CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 68778|Reply: 317

Edika Yusof Kekal Botak Selagi Penyakit Isteri Belum Pulih

[Copy link]
Post time 5-2-2013 12:38 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA:  Pelakon era 1990-an Edika Yusof mempunyai sebab untuk berimej botak gara-gara isterinya Norhidayah Yusri mengalami lumpuh separuh badan akibat menghidap demam panas.

Edika, 45, berkata, dia telah bernazar selagi isterinya itu tidak pulih daripada penyakit tersebut, dia tidak akan sesekali menyimpan rambut walaupun ia telah berlanjutan sejak tujuh tahun lalu.

“Isteri saya mengalami lumpuh dari bahagian badan sehingga ke bawah selepas melahirkan anak kedua kami. Akibat penyakit itu, dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak dan sayalah yang menjaganya selama ini,” kata Edika kepada mStar Online.



Pelakon Pelumba Malam dan Maria Mariana ini berkata, nazar itu bukanlah sesuatu yang membebankan dan dia akan terus berimej sedemikian sehinggalah isterinya pulih.

Ditanya apakah cabaran menjaga isteri yang sakit sejak sekian lama jelas Edika, dia tidak menghadapi masalah besar kerana Norhidayah 3,4 masih boleh bergerak menggunakan kerusi roda elektrik kerana paras dadanya ke atas tidak mengalami sebarang masalah.



“Kami bahagia bersama anak-anak dan Alhamdulillah, saya dapat menjaga keluarga saya dengan baik tanpa perlu mengambil pembantu rumah.

Hasil perkahwinannya dengan Norhidayah sejak 10 tahun lalu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Fardeen Nurulhaq, 9, dan Fareena Nurulhaq, 8, serta seorang anak angkat Nazirul Afiq yang berusia 14 tahun.

Ditanya mengenai perkembangan terbaharu selepas meninggalkan dunia seni lebih 15 tahun lalu kata Edika, dia banyak melakukan kerja-kerja grafik dan percetakan.

Malah dia juga berhasrat untuk kembali aktif dalam dunia seni sebagai sekiranya terdapat mana-mana tawaran yang bersesuaian dengannya.

“Saya berhasrat untuk berlakon semula tetapi biarlah watak-watak yang hendak diberikan kepada saya itu benar-benar mencabar dan bukannya watak retorik seperti anak orang kaya dan juga lelaki mata keranjang,” katanya.

Selain Pelumba Malam dan Maria Mariana, Edika yang aktif dalam dunia peragaan suatu ketika dahulu pernah membintangi filem Driving School, XX-Ray, Father dan Awas.







Last edited by freekey on 5-2-2013 12:40 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2013 12:40 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 12:40 PM | Show all posts
tepek pic terbaru plis!
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 12:41 PM | Show all posts
dia ni popular cam patrick swayze dulu2
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 12:44 PM | Show all posts
bagus lah beliau jaga isteri lumpuh bertahun tahun lama nya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 12:45 PM | Show all posts


sayang dia dengan wifenya  walaupon dah lumpuh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2013 12:45 PM | Show all posts
Edika yusuf..aduhhh lamany x dgr berita dia nih..seorg suami yg baik..klau lelaki hensem lain yg dpt isteri lumpuh x taulah sampai bila mrk boleh bersanr jaga..at least dia dh jaga 7 thun..bkn sekejb..itupun msih ada keceriaan di wjhny
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 12:47 PM | Show all posts
Hensem lagi....daddy2 sgt...

Bagus la setia ngan wife....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2013 12:48 PM | Show all posts
salute la lu bro! tabikkk!
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 12:49 PM | Show all posts
die sgt hensem mase mudenye.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 12:49 PM | Show all posts
pojaaan hatiku walaupun sudah botak licin namun dikau masih menawan hatiku lagi... (abis laa kalau laki aku tau..ahahahah)
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 12:51 PM | Show all posts
aku kenal dia nie.. tapi dia tak kenal aku
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 12:53 PM | Show all posts
Ada jugak artis yg setia...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 12:54 PM | Show all posts
walau botak, masih hensem jer setara dengan umur dia tu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 12:55 PM | Show all posts


credit: mediamalaya.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 12:58 PM | Show all posts
kalu jumpe, haram tak prasan ni edika yusof
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2013 01:02 PM | Show all posts
Susah sgt nak jumpa lelaki yg sanggup menjaga isteri yg sakit lumpuh cenggitu... muka dah laa hensem, pangai pulak baik ... bertuah wife dia.... dan juga anak2 sbb dapat papa yg penyayang cenggini.... :-)
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 01:08 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 01:08 PM | Show all posts
bagusnye la die ni.. untung wife die.. n yes, still hensem wlupn botak..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 01:08 PM | Show all posts
mulianya suami mcm ni.. bukannya xda rupa utk cari pengganti isteri, tapi setia ke hujung nyawa..wah gitu.. salute la uncle edika..wakaka uncle pulaks
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.076408 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list