CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3467|Reply: 3

Perginya Angkasawan Terakhir Mendarat Di Bulan

[Copy link]
Post time 22-1-2017 12:54 PM | Show all posts |Read mode




SAAT Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mengumumkan kematian salah seorang angkasawannya, Eugene A. Cernan Isnin lalu, rata-rata rakyat Amerika Syarikat (AS) bersedih dan mula terkenang lelaki yang mencipta sejarah dunia itu.

Dikenali sebagai manusia terakhir yang menjejakkan kaki ke bulan, Cernan meninggal dunia pada usia 82 tahun.


Cernan yang juga orang kedua berjalan di angkasa lepas, menghembuskan nafas terakhir dengan dikelilingi ahli keluarganya, kata NASA dalam satu kenyataan tanpa memberikan butiran penyakit Cernan.

Begitu pun, beberapa kenyataan yang diberikan oleh ahli keluarga Cernan pula menyebut, lelaki itu mati kerana berdepan beberapa komplikasi kesihatan.

Kematiannya nyata memberi kesan khususnya buat pengikut angkasawan itu yang sudah lama mengagumi Cernan berikutan dia merupakan salah seorang angkasawan paling berpengalaman di AS.

Seorang peminat Cernan yang hanya mahu dikenali sebagai Phil berkata, dia cukup mengagumi Cernan dan menganggap lelaki itu sebagai hero sebenar AS.

“Buat yang tidak tahu, terdapat sebuah dokumentari hebat tentang Cernan yang bertajuk The Last Man on The Moon yang memaparkan kehidupan sebenar Cernan.

Dokumentari kisah hidup

“Saya mencadangkan anda semua menontonnya untuk mengenali hero AS itu dengan lebih dekat,” tulisnya dalam laman web yahoo.com.

Sepanjang hayatnya, Cernan sudah terbang ke angkasa lepas sebanyak tiga kali dan mencipta sejarah sebagai manusia terakhir yang berjalan di bulan.

Akibat kekangan bajet, tiada seorang manusia pun yang menjejakkan kaki ke bulan selepas Cernan, lebih 44 tahun lalu.

Tiga tahun selepas angkasawan pertama dunia, Neil A. Armstrong mendarat di bulan, Cernan yang merupakan antara angkasawan NASA yang paling berpengalaman akhirnya turut mengikut jejak langkah Armstrong, seterusnya berjaya menyempurnakan hasrat bekas presiden AS John F. Kennedy yang mahu menerbangkan lebih ramai rakyatnya ke bulan.

Cernan merupakan antara 12 orang rakyat AS yang mendarat di bulan dalam enam misi pendaratan roket Apollo.

Pemilik nama penuh Eugene Andrew Cernan itu dilahirkan di Chicago, AS pada 14 Mac 1934.

Menerima ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan aeronautik dari Universiti Purdue, Indiana, Cernan kemudian menyambung pengajian peringkat sarjana dalam bidang sama dari Pusat Pendidikan Tentera Laut, Monterey, California pada tahun 1963.

Kehidupan peribadi



Cernan berkahwin dengan dengan Barbara Jean Atchley pada tahun 1961. Pasangan itu bagaimanapun bercerai 20 tahun kemudian sebelum Cernan berkahwin pula dengan Jan Nanna dan dikurniakan tiga orang anak perempuan.

Memetik laporan portal berita nytimes.com, Cernan menjadi angkasawan NASA pada tahun 1963 dan kapal angkasa pertama yang dinaikinya adalah Gemini 9 pada tahun 1966.

Lelaki tinggi lampai itu juga memegang rekod sebagai individu termuda yang menjejakkan kaki ke bulan iaitu pada usia 32 tahun.

Pendaratan pertama Cernan di bulan adalah pada tahun 1969 dalam misi Apollo 10. Misi Apollo ke 17 pula menjadi saksi Cernan kali terakhir mendarat di bulan.


Di sana, Cernan menghabiskan masa selama beberapa hari dan misi tersebut adalah untuk menjalankan kajian geologi ke atas permukaan bulan.

Sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang penerokaan angkasa lepas, Cernan berkongsi kisah pengembaraannya dan bersetuju menulis sebuah buku bertajuk The Last Man on The Moon pada tahun 1999, sebelum dokumentari bertajuk sama pula diterbitkan pada tahun 2014.



Dalam dokumentari tersebut, sambil merenung ke arah modul roket Apollo 17 yang terletak di ibu pejabat NASA, Cernan mengimbau kembali kenangannya yang berjaya sampai ke bulan.

Bersara

“Ketika ini, saya terkenang misi saya dahulu dan tidak menyangka berjaya menjadi salah seorang manusia yang berjaya sampai ke bulan.

“Segalanya terasa bagaikan mimpi,” katanya.

Biarpun dunia tidak pernah merancang untuk menghantar angkasawan lain ke bulan, Cernan pada tahun 2007 pernah berkata, dia percaya bahawa dia bukanlah individu terakhir sampai ke bulan.

“Saya yakin sejarah akan berulang,” ujar Cernan.

Selepas misi Apollo 17, Cernan menghulurkan bantuan dalam program AS dan Kesatuan Soviet iaitu Apollo-Soyuz.

Pada tahun 1976, Cernan bersara dari NASA dan menjadi eksekutif syarikat petroleum Coral di Houston.


Beliau kemudian menubuhkan Cernan Corporation, iaitu sebuah badan pertubuhan yang mengumpulkan kosultan-konsultan bidang angkasa lepas.

- Kosmo -





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2017 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts

Tapi ada yg masih percaya kata osotat yg manusia ni tak sampai pun kat bulan sinun...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2017 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Rip.......
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 11:07 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.056031 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list