CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1556|Reply: 1

AWAS! 6 Jenis Wanita Yang Mudah Ditipu Lelaki

[Copy link]
Post time 23-1-2017 02:35 PM | Show all posts |Read mode
DITIPU lelaki bukan sesuatu yang aneh buat wanita. Ramai wanita sering terpedaya dengan janji manis dan pujuk rayu lelaki yang kononnya mencintai mereka. Malangnya, rasa cinta itu hanya satu pembohongan agar wanita jatuh ke dalam pelukan mereka. Dan apabila yang dihajati berjaya diperoleh, wanita ditinggalkan merana sendirian.
Senario tersebut tidak seharusnya dipandang sepi. Wanita seharusnya lebih bijak menilai individu yang mendekati diri mereka dan mengetahui cara untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan lelaki-lelaki durjana. Selain itu, mereka harus mengetahui ciri-ciri wanita yang mudah ditipu lelaki agar diri lebih berwaspada.
Untuk itu, ketahui enam jenis wanita yang mudah ditipu lelaki agar anda tidak menjadi mangsa kelicikan atau terjebak dalam perangkap cinta palsu lelaki.
1. TERLALU MEMPERCAYAI
Jangan sesekali meletakkan sepenuh kepercayaan kepada lelaki. Wanita yang bersikap terlalu percaya mudah ditipu oleh pasangannya kerana dia mempercayai semua perkara tanpa sebarang pertikaian. Apa sahaja yang diperkatakan, dipercayai sepenuh hati tanpa sebarang keraguan sehingga memberi peluang untuk lelaki berbohong kepada mereka. Lelaki akan memanipulasikan keadaan untuk mempergunakan diri wanita terbabit. Akibatnya, wanita akan berasa kecewa dan merana di atas perbuatan lelaki kesayangan mereka yang tidak jujur.
2. SOSIAL
Wanita yang gemar berpelesiran di disko dan kelab malam juga mudah ditipu lelaki. Cara hidup bebas dan bersosial tanpa batasan memberi banyak ruang dan peluang kepada lelaki-lelaki tidak bertanggungjawab untuk menipu mereka. Ini kerana gaya hidup bebas secara terang-terangan telah mendedahkan diri wanita kepada lelaki pemangsa yang sentiasa mengintai peluang dan memasang perangkap untuk merosakkan gadis-gadis remaja bagi memuaskan nafsu mereka.
3. TIDAK BERILMU
Tidak berilmu bukan bermakna tidak berpendidikan. Tetapi ia juga bukan bermakna anda perlu berkelulusan tinggi kerana wanita yang memiliki PhD sekali pun boleh menjadi bodoh dalam soal cinta dan lelaki.
Dalam konteks ini, wanita berilmu adalah wanita yang tahu membezakan antara perkara baik dan perkara buruk dalam mencari jodoh. Mereka tidak hanya mengikut rasa cinta sebaliknya bijak menilai peribadi lelaki yang layak dijadikan suami. Jika tetap terjatuh dalam perangkap lelaki durjana, mereka tahu akan hak, berani memperbetulkan keadaan dan bijak menuntut keadilan buat dirinya serta anak-anak.
Wanita seumpama ini sememangnya digeruni lelaki kerana kefahaman mereka tentang hak seorang wanita. Sedangkan wanita tidak berilmu, sering menjadi mangsa lelaki kerana kedangkalan ilmu mereka dalam mempertahankan hak diri.
4. TERDESAK UNTUK BERKAHWIN
Umur yang semakin meningkat membuatkan wanita bujang risau akan status diri. Walaupun berkahwin lewat bukan lagi masalah, namun masih ramai wanita yang terdesak untuk mencari jodoh.
Desakan itu membuatkan wanita bersikap ‘tangkap muat’ dalam memilih pasangan hidup sehingga menikahi lelaki tanpa mengambil kira akan sikap, kualiti dan peribadi lelaki tersebut asalkan dapat berkahwin.
Jika mendapat suami bertanggungjawab, tidak mengapa. Tapi bagaimana sekiranya tersalah pilih? Apatah lagi ramai lelaki masa kini gemar mengambil kesempatan memandangkan wanita berkahwin lewat memiliki aset dan kewangan mantap.
5. TERLALU SABAR
Makan hati berulam jantung! Pepatah paling tepat untuk menggambarkan wanita yang terlalu penyabar. Walaupun didera dan tidak dihargai oleh pasangan, dia sentiasa sabar dan merelakan dirinya diperlakukan sedemikian rupa tanpa mengambil sebarang tindakan dengan harapan pasangannya itu akan berubah suatu hari nanti.
Kesabaran yang keterlaluan hanya membuatkan pasangan semakin berani untuk terus menipu dan mendera wanita terbabit kerana mereka tahu tiada tindakan akan diambil. Justeru, bersabarlah mengikut batasannya. Jangan sampai memudaratkan diri sendiri.
6. MEMENTINGKAN PARAS RUPA
Ada wanita yang mementingkan rupa paras dalam mencari pasangan hidup. Soal akhlak ditolak ke tepi asalkan memiliki wajah tampan. Akibatnya, ramai wanita merana kerana dipermainkan oleh lelaki yang hanya mengambil kesempatan di atas kelemahan mereka yang mudah ‘cair’ dengan ketampanan sehingga sanggup melakukan apa sahaja.
Memang bukan semua lelaki kacak gemar memburu cinta atau memperdayakan wanita. Namun tidak salah, jika mengamalkan sikap berhati-hati. Paling penting, jangan jadikan ciri fizikal sebagai syarat utama dalam mencari pasangan hidup.
SUMBER: ekselen.my


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2017 09:44 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


30% UNLIMITED DEPOSIT BONUS hanya untuk anda!!!


Membuat deposit dengan mendapat tambahan 30% bonus deposit



cepatlah sertai kami!!!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.058997 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list