CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dridri

IMANginasi Pekin - *buat comeback 2022, post #914

  [Copy link]
Post time 8-2-2017 12:13 AM | Show all posts
apsal pekin tu makin debab....?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2017 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
kontang replied at 7-2-2017 09:53 PM
A ah filem Ophilia tu Ellyna pengarangnya ... kisah skinhead ... Madeyanie berbeza sikit ... bukan ...

Ngeri nya tgk chart ni..mcm chart penjahat bersiri je
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
MarissaMiller88 replied at 8-2-2017 12:13 AM
apsal pekin tu makin debab....?

Dia ok je kot debab tp rambut dia buat dia nampak busuk  
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila iman nak activate ig dia balik...mmg konpem la iman ni dah takut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2017 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
kontang replied at 7-2-2017 09:53 PM
A ah filem Ophilia tu Ellyna pengarangnya ... kisah skinhead ... Madeyanie berbeza sikit ... bukan ...

Ellyna ahmad penulis skrip ni dia ada current twitter, instagram tak? nak jugak tengok daily life dia as ellyna ahmad
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2017 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
MarissaMiller88 replied at 8-2-2017 12:13 AM
apsal pekin tu makin debab....?

Pekin tu debab sebab dia stress iman tak datang2.. asyik2 bagi excuses.. sampai pekin terpaksa menipu2 kat press..   so dia makan dan makan dan makan sbb tekanan jiwa menunggu model antarabangsa pelbagai jenama terkenal tak kunjung tiba  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2017 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
dridri replied at 8-2-2017 12:35 AM
Ellyna ahmad penulis skrip ni dia ada current twitter, instagram tak? nak jugak tengok daily life  ...


Rasanya ada tp kita taktau. Org catfish yang mengumpan org thru dunia maya ni bole ke idup takde internet. Im sure 24jam tgn melekat handphone. Powerbank dua tiga bijik..cable berselirat sana sini..   kalau tak active mengayat jantan at least dok stalking retis2 jantan ni je la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2017 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
cekelatkopi replied at 8-2-2017 12:57 AM
Rasanya ada tp kita taktau. Org catfish yang mengumpan org thru dunia maya ni bole ke idup takde ...

Hahaha.  Mana tau kan. Kot too busy to jadi diri sendiri sebab bila online duk manage account2 watak2 fake lots of mix dia tu semua...   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2017 01:24 AM | Show all posts




'Saya bukan Maya Darina!'
Oleh Zubir Mohd Yunus



Ellyna (kiri) bekas penulis skrip MMP nafi dirinya Maya Darina, Molie atau Melia.

Bekas penulis skrip mengaku kenal dan menjadi kawan kepada 'gadis misteri'

GADIS misteri yang dikenali dengan nama Maya Darina Dahlan Hain yang dikaitkan dengan Pierre Andre, terus menjadi tanda tanya hingga hari ini. Adakah dia benar-benar wujud atau sekadar ilusi? Pencarian siapa sebenarnya Maya bermula sejak Ogos lalu apabila bekas kekasih Pierre, Norliana Samsudin atau Yana yang juga pengarah filem Selamat Pagi Cinta mendakwa kononnya Pierre bercinta dengan Maya.

Nama Maya Darina terus panas apabila dua penyanyi popular, Faizal Tahir dan Farah Asyikin mendakwa Maya Darina tidak wujud apabila kedua-duanya pernah menjadi mangsa tipu gadis misteri itu! Faizal mendakwa Maya ada masalah mental, selain menggunakan pelbagai nama apabila berinteraksi dengannya seperti Molie dan Melia. Kononnya Melia ialah kakak Maya.

Ada dakwaan mengatakan Maya Darina atau Molie atau Melia adalah orang yang sama. Desas-desus memberitahu, perancang utama ‘permainan’ ini ialah Elie, gadis yang mungkin menyamar sebagai Maya Darina! Difahamkan, Elie pernah bertugas selama dua bulan di Metrowealth Movie Productions (MMP) sebagai penulis skrip. Perkara ini disahkan sendiri oleh penerbit MMP, David Teo.

Usaha menjejaki Elie bermula apabila penulis menerima kiriman gambar Pierre bersama seorang wanita berbaju kurung warna coklat apabila ada dakwaan mengatakan wanita itu adalah Elie yang kononnya menyamar sebagai Maya Darina selama ini.

Faizal dalam kenyataannya sebelum ini pernah memberitahu, Maya mendakwa dia anak ‘somebody’, memiliki saham di syarikat media, mempunyai rumah mewah, ada pengaruh politik dan mengenali ramai menteri! Difahamkan, Maya juga mempunyai kereta mewah seperti Austin Martin, Ferrari dan penthouse! Pun begitu, Maya pernah mendakwa, dia sakit jantung dan hanya menghitung hari saja untuk menemui ajal!

Aktres jelita, Julia Ziegler yang berlakon bersama Pierre di Jakarta menerusi filem usaha sama Malaysia-Indonesia, Teman Selamanya (kini ditukar judul Bego), memberitahu ketika di Jakarta, tiba-tiba nama Maya muncul apabila Pierre mengakui mengenali Maya. Julia mendakwa dia pernah terdengar Pierre memanggil Maya dengan panggilan baby, sayang! Namun, Julia turut mendakwa Maya Darina tidak pernah wujud!

Berita Harian terbitan 30 Oktober melaporkan, ibu Pierre, Khatijah Tan yang juga pelakon terkenal, memberitahu, Pierre ada bercerita mengenai Maya kepadanya tetapi tidak lebih mengenai soal perniagaan bukan kisah percintaan seperti yang digembar-gemburkan media massa selama ini. Pierre sendiri pernah mengaku kepadanya, dia tidak pernah berjumpa dengan Maya, mereka sekadar berbual di telefon, justeru bagai mana hendak bercinta.

Malah, Pierre pada sidang media baru-baru ini juga mengaku mengenali Maya Darina menerusi Elie dan pernah berhubung dengan Maya menerusi telefon tetapi tidak pernah bersua muka.

Baru-baru ini, penulis menerima kiriman e-mel daripada seseorang bercerita perihal Elie dan bertitik tolak daripada e-mel berkenaan, akhirnya gadis misteri yang selama ini dicari-cari, Elie mengirimkan SMS kepada penulis dan menyatakan kesediaannya bertemu penulis. Elie memberitahu, dia kini baru dua minggu bertugas di sebuah kedai buku di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Masa yang dinanti-nanti akhirnya tiba apabila penulis bertemu Elie pada 17 November lalu kira-kira jam 1.15 tengahari. Selain jurugambar, turut bersama penulis pada hari itu ialah sekumpulan wartawan Melodi TV3 yang diketuai sendiri penerbit, Nas Ahmad.

Elie jadi penyelia kedai buku

Menerusi pertemuan itu, Elie mengakui nama sebenarnya ialah Ellyna Ahmad, 28, berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Dia kini menetap bersama ibunya di Gombak. Bapa Elie sudah meninggal dunia akibat barah pada 2006. Elie juga adalah bekas pelajar Akademi TV3 sesi pembelajaran 1998/2000. Selepas meninggalkan MMP, dia kini bertugas sebagai penyelia di kedai buku berkenaan.

Selepas diasak dengan pelbagai soalan supaya Elie mengakui dia sebenarnya Maya Darina yang selama ini memperdayakan ramai artis termasuk Faizal Tahir dan Pierre, namun dia tetap dengan pendiriannya: “Elie adalah Elie dan Maya adalah Maya!” Erti kata lain, Elie tetap mempertahankan kewujudan Maya! Elie menegaskan, Maya Darina Dahlan Hain memang wujud!

Ditanya hubungannya dengan Maya, Elie mengakui Maya adalah kenalan baiknya sejak sekian lama. Elie mendakwa, Maya yang kini seusia dengannya adalah bekas pelajar University of East London dalam bidang perniagaan antarabangsa dan kewangan. Elie tidak menafikan, Maya anak orang berada yang mewarisi kekayaan daripada datuknya. Maya juga ahli lembaga pengarah di sebuah syarikat pembinaan terkenal, selain memiliki sebuah premis perniagaan di Ritz Perdana, Damansara Perdana.

Tunjuk bukti salinan akaun bank

Ditanya, mana Maya dan kenapa dia tidak hadir menemui media untuk membuktikan kewujudan dirinya, Elie memberitahu, dia tidak tahu di mana Maya. Namun, Maya sempat mengirimkan e-mel penyata akaunnya kepada Elie untuk membuktikan kewujudan dirinya. Penulis dan team Melodi berkesempatan melihat penyata akaun Maya yang menunjukkan wang simpanannya melebihi RM2 juta! Pun begitu, nombor akaun yang tertera dan maklumat lain mengenai Maya, dikaburkan.

Diasak dengan pertanyaan lain, kenapa Maya tidak menyertakan salinan kad pengenalannya, Elie menambah, dia sudah memintanya daripada Maya, tapi Maya gagal menyediakannya. Memang pelik bunyinya! Elie menambah, dia juga sudah lama tidak berhubungan dengan Maya, selain nombor telefon yang kononnya milik Maya 017-2081544 tidak dapat dihubungi ketika cuba disambungkan wartawan Melodi, Ayau.

Selain itu, Elie juga sempat menunjukkan kad cinta kononnya kiriman Pierre dan Faizal kepada Maya. Ditanya daripada mana dia memperoleh ‘bukti’ itu kerana sudah lama tidak bertemu Maya, Elie berkata dia memperolehnya daripada adik Maya, Mukriz yang dikirimkan pada 12 November lalu. Memang kelakar bunyinya! Tidak ketinggalan Elie sempat menunjukkan klip video Faizal menyanyikan lagu Sampai Syurga yang kononnya pernah dikirimkan penyanyi itu kepada Maya menerusi telefon sebelum ini.

Pernah temani Pierre beli perabot

Dalam keteguhan Elie membuktikan kewujudan Maya, penulis berjaya menghubungi Faizal menerusi telefon bimbitnya dan perbualan kami diperdengarkan menerusi pembesar suara. Menerusi perbualan yang tidak berapa jelas itu, Elie menafikan beberapa perkara yang dibangkitkan Faizal.

Dalam pertemuan itu juga, Elie mengaku, dialah gadis berbaju kurung warna coklat yang bergambar bersama Pierre. Gambar itu dirakamkan dalam satu majlis perkahwinan rakan mereka. Ketika ditunjukkan kepada Elie ‘gambar’ seorang gadis cantik yang kononnya Maya Darina, Elie berkata, dia tidak pernah melihat gambar itu, tapi mengakui ada sedikit persamaan dengan Maya. Elie sekali lagi menafikan Maya Darina itu sebenarnya dirinya.

Elie juga mendakwa pernah ke rumah Maya di Sri Maya, Setiawangsa dan Tropicana, Damansara. Namun, Elie tidak menafikan pernah menemani Pierre membeli perabut di Ikea apabila Maya tidak dapat ikut sama apabila ada urusan lain. Selain itu, Elie mendakwa kenyataan yang pernah dikeluarkan Faizal dalam B*Pop terbitan 14 September lalu hanya 40 peratus saja yang betul, namun tidak menafikan Maya memang tidak berapa sihat, sakit dada dan selalu sibuk.

“Saya memang bukan Maya Darina! Molie dan Melia adalah ahli keluarga Maya. Saya tak tahu, sekarang Maya bekerja di mana?”, tegas Elie setiap kali diasak dengan pertanyaan.


zubir pernah interview dia lar....throw back dari thread Mesra Forum
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Belit2 twist sana sini
Susahnyer kehidupan
Lebih teruk menyusahkn manusia lain: menjawab ler ko nnt
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduradura replied at 8-2-2017 12:26 AM
Ngeri nya tgk chart ni..mcm chart penjahat bersiri je

Iols rasa next target is que haidar. Dlm ophilia tu que belakon gak kan n baca porumer mana tah ckp que ade kejesama dgn elly ni latety. Ke iols salah baca or salah info tak tau la
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 06:53 AM | Show all posts
mrsLucky replied at 8-2-2017 01:24 AM
'Saya bukan Maya Darina!'
Oleh Zubir Mohd Yunus

Kesian minah ni, dok belit sana sini, tipu sana sini, konar baring sana sini last-last termakan kata-kata sendiri. Nampak sangat dia ni sakit mental tahap kronik.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
apa latest update. ig iman da xde.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Iman aka maya darina spesis manusia terdesak..kt real life jls nyata tkda yg nak.. so tpksa la dia create watak2 too good to b true kt alam maya semata2 nk dpt phatian jejans..ni dh kntoi sume tggu sthun dua nanti muncul balik ngn nama baru..yg penting dlm reramai mangsa si maya darina ni,pekin la yg paling bangang..sbb tergamak menipu dh bawak jmpa mak bagai
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 09:38 AM | Show all posts
toxicated replied at 8-2-2017 06:42 AM
Iols rasa next target is que haidar. Dlm ophilia tu que belakon gak kan n baca porumer mana tah ck ...

baru nak tanya siapa lagi dalam ophilia yang belum jadi mangsa tapi ada nilai komersial

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 09:43 AM | Show all posts
kalau betullah madeyanie pun jelmaan dari orang yang sama, tergamak betul buat rumahtangga orang sampai berantakan. yang bujang tu, sekurang-kurangnya tak memberi kesan kepada anak-anak dan isteri. eh tapi kalau diikutkan sejarah, faizal tu pun bukan bujang masa terjebak dengan cinta maya ni. anak ramai pula tu

harap kak shahora cabaikan beliau kalau kisah ini betul!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2017 10:16 AM | Show all posts
dridri replied at 8-2-2017 12:38 AM
Pekin tu debab sebab dia stress iman tak datang2.. asyik2 bagi excuses.. sampai pekin terpaksa men ...

terlintas gak dlm fikiran dia yg ada jg model international nakkan kat dia ye..dia rasa dia ada exotic look kot...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 10:19 AM | Show all posts
aku tgk elyana ni mcm ada split personality je...ala2 zetti niqabis penipu tu..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 10:20 AM | Show all posts
at least catfish dr nigeria ok lg dapat duit selepas menipu...yg dia ni stakat canang2 dia kaya n mau meninggal je...last2 rumahtangga org berantakkan kerana dia...mmg giler
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 10:21 AM | Show all posts
pekin... pempuan pasir mas ramai yg cantik & comel.
anak buah aku ada sorang dapat bini org pasir mas.
cari jer sorang dari area sana & berhenti la berangan pasal model internasional tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.268242 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list