CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10580|Reply: 131

[Tempatan] Gadis Melayu Kemaman terima tempahan 4,000 biji kuih bakul sempena CNY

[Copy link]
Post time 25-1-2017 02:35 PM | Show all posts |Read mode

KEMAMAN: Kuih bakul atau 'Nian Gao' pastinya menjadi makanan wajib bagi kaum Cina setiap kali menjelang perayaan Tahun Baharu Cina, namun tentu tidak ramai menyangka bahawa ada juga gadis Melayu yang mampu menghasilkannya.

Kuih bakul hasil air tangan Haziqah Nurul Huda Harun, 20, yang merupakan orang kelainan upaya (OKU), lebih istimewa kerana beliau mempelajari pembuatan kuih itu dari sahabat Facebooknya, yang berasal dari Beijing, China, dua tahun lepas.

Ternyata, kuih bakul yang diperbuat daripada adunan tepung pulut, air dan gula hasil resepi gadis berkerusi roda ini lebih enak, apabila menerima tempahan tinggi iaitu 4,000 biji sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini dan tahun lepas beliau turut menerima tempahan 500 biji dari Singapura dan Qatar.

Kuih bakul Haziqah atau lebih mesra dengan panggilan Yaya, sentiasa 'menjadi' walaupun ada yang menyatakan penghasilan kuih bakul mempunyai banyak pantang larangnya.

Yaya yang tinggal di Kampung Bukit Kuang, di sini lumpuh selepas mengalami demam panas empat tahun lalu, berkata beliau mengambil masa tiga hari untuk menghasilkan kuih bakul bermula daripada proses mengadun, mengukus sehinggalah proses pembungkusan.

"Proses untuk sediakan adunan memakan masa selama empat jam iaitu Yaya buat adunan 70 kilogram tepung secara manual. Selepas adunan dibuat, Yaya akan mengisi adunan tersebut dalam acuan sebelum mengukusnya selama 12 hingga 15 jam bergantung kepada saiz kuih.

"Selepas siap proses mengukus, kuih tersebut akan dibiar dan disejukkan selama sehari sebelum proses pembungkusan dijalankan," kata Yaya ketika ditemui Bernama di kediamannya di sini.

Anak keempat daripada lima beradik itu berkata perniagaannya berkembang dari hari ke hari sehingga beliau mendapat tempahan hampir 2,000 kuih bakul setiap bulan dan ia bertambah sekali ganda menjelang musim perayaan Tahun Baharu Cina.

"Selain kaum Tionghoa, Yaya juga dapat tempahan daripada syarikat minyak dan gas, kaum Melayu dan ada juga permintaan dari luar negara.

"Yaya hasilkan kuih bakul dengan dua perisa iaitu perisa asli dan perisa durian yang setiap satu dijual dengan harga RM8 hingga RM15 mengikut saiz," katanya.

Yaya berkata pada mulanya beliau hanya menggunakan modal RM300 hasil daripada duit raya yang diperolehnya, kemudian beliau terpaksa meminjam duit daripada bapanya Harun Che Muda, 62, untuk membeli barang kelengkapan.

"Yaya pinjam duit abah untuk beli oven, pengukus berkapasiti tinggi dan alat-alat lain...tetapi bila dah dapat untung, Yaya ganti balik duit abah dan sehingga sekarang Yaya habis dalam RM50,000 termasuk mengubah suai dapur untuk dijadikan tempat memproses kuih bakul, sesuai dengan keadaan fizikal Yaya, katanya.

Berkongsi saat getirnya, Yaya berkata suatu ketika beliau pernah menganggap masa depannya hancur apabila beliau tidak dapat menguruskan diri dan hanya mampu terlantar hampir dua tahun.

"Masa tu Yaya tingkatan empat, Yaya diserang demam panas kemudian kedua-dua mata tidak dapat melihat dan doktor juga beritahu gegendang telinga Yaya pecah. Yaya terpaksa berhenti sekolah awal dan ketika itu Yaya terlantar...hanya kepala sahaja yang dapat bergerak.

"Tapi, alhamdulillah berkat dorongan mama dan abah, Yaya bangkit semula dan mereka berdua yang banyak membantu Yaya untuk melakukan fisioterapi di rumah sehinggalah sekarang ini Yaya dapat bergerak menggunakan kerusi roda walaupun kaki sebelah kiri belum pulih dan tak dapat bergerak," katanya.

Gadis cekal ini berkata beliau berhasrat membuka bengkel dan menggaji pekerja untuk memenuhi permintaan pelanggannya.
"Sebenarnya kuih bakul ini Yaya hasilkan setiap bulan kerana ada permintaan daripada pelanggan. Selain kuih bakul, Yaya turut menjual kuih bulan yang menawarkan 29 perisa dan ia dijual dengan harga RM6 hingga RM14 mengikut saiz.

"Lepas ini, insya-Allah Yaya nak kembangkan lagi bisnes dan Yaya berhasrat untuk buka bengkel serta menggaji pekerja sebab nak buat seorang diri dengan kuantiti yang lebih banyak memang tak mampu," katanya.

Beliau yang tidak pernah mendapat apa-apa bantuan daripada mana-mana pihak turut berharap agar kerajaan negeri membantunya untuk merealisasikan harapan untuk membina sebuah bengkel bagi memudahkan urusannya.

"Ini sahaja yang Yaya mampu buat untuk masa sekarang...Yaya tak pernah mengikuti mana-mana kursus dan tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Yaya harap sangat ada pihak yang sudi membantu," katanya.

-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2017 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Good on ya girl

Ni baru di katakan awaken the sleeping giant

Syukur mak abah very supportive
Yaya lagi bermaruah dari beruk itam kj tu or  najebon:
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2017 02:47 PM | Show all posts
sedihnya baca kisah yaya ni...semoga yaya sentiasa dilindungi Allah dan murah rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2017 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
berkali2 rasa nak nangis baca kisah dia sobss
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2017 03:01 PM | Show all posts
semoga yaya berjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2017 03:03 PM | Show all posts
alhamdulillah rezeki yaya melimpah ruah dgn usaha kerasnya sendri serta dorongan ibu bapa yang sentiasa disisi. Semoga bisnes yaya teus maju
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2017 03:08 PM | Show all posts
semoga maju jaya! hebat gadis nih! cekal.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2017 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya kuih bakul! Semoga sukses selalu dek!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2017 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuih bakul sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2017 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah yaya
Akak pun xsecekal yaya
Teringin gak nk rasa kuih bakul ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2017 03:46 PM | Show all posts
all the best to you yaya! kalau la rumah akak dekat dengan rumah kau, memang hari-hari akak borong kuih bulan kau dekkk
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2017 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
kira mitos cina tak langgang business melayu tu finah la
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2017 03:53 PM | Show all posts
bagus budak ni ...bekerja mencari rezeki..takder plak mintak derma
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2017 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Gamba yaya pls thumbs up utk yaya
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2017 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Jajabeans replied at 25-1-2017 03:57 PM
Gamba yaya pls  thumbs up utk yaya

Awani ada upload pic sheols dekat Twitter. Lawa budaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2017 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
pulauturtle replied at 25-1-2017 03:49 PM
kira mitos cina tak langgang business melayu tu finah la

Ejaan u olls nampak cina sangat      
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2017 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lah cantik, rajin pula. Go Yaya!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2017 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah Yaya..
semoga terus berjaya..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2017 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah yaya.. moga bisnes terus maju.. nitik air mata aku membacanya

Xde contact ke? Nk beli camne? Aku suka gila kuih bakul tp skang ssh nk cari yg sedap...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2017 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
aHoi83 replied at 25-1-2017 04:00 PM
Ejaan u olls nampak cina sangat

mmg pun aku cina
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.121809 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list