Foto: Boredpanda
Dari dulu sampai sekarang, sebut sahaja ais krim pasti tiada siapa mampu menolak dari godaannya apatah lagi dengan pelbagai pilihan perisa yang hebat dan menarik.
Sesuai dengan peredaran masa dan trend terkini, muncul pula ais krim yang disajikan dengan bentuk bunga ros. Wah, nampaknya gabungan antara elemen bunga dan ais krim ini memang sangat meletup!
Foto: hwww.odditycentral.com
Flower Gelato ini boleh didapati di I Creamy yang terletak di Sydney, Australia di mana pelanggan yang berkunjung dapat menikmati ais krim kon persis kuntuman bunga ros.
Foto: Boredpanda
Terdapat sebanyak 96 perisa yang berlainan antaranya Black Sesame, Blueberry Cheesecake, Caramel Choc Chip, Durian Coconut Crunchy, French Vanilla, Strawberry Panna Cotta, dan Young Coconut.
Foto: danielfooddiary.com
Kedai ais krim ini memang sangat popular dan dipenuhi pelanggan yang sanggup menunggu 'jambangan bunga' mereka siap walaupun terpaksa beratur panjang.
Bermula dengan harga AUD$8.90 atau lebih kurang RM30, pelanggan dapat memilih gabungan ais krim dari 3 perisa yang berlainan. Mungkin kedengaran agak mahal, tapi memang berbaloi untuk dicuba.
Cantik sangat sampai ada yang rasa sayang untuk menikmatinya. Jika ke Sydney, jangan lupa singgah di I Creamy.
i-Creamy Artisan Gelato
Shop 13 Skyview Plaza 531–551 George Street, Sydney
Waktu Operasi: 11am – 10pm
Agak-agaknya bila kedai ais krim bunga ros seperti ini akan dibuka di Malaysia ya? Sama-sama kita nantikan. -CARI |