CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Cico Harahap hilang?? (#46 dijumpai overdose)

  [Copy link]
 Author| Post time 18-2-2019 01:10 PM | Show all posts
mrsLucky replied at 12-2-2019 09:22 AM
Nak up thread ni sebab nak tahu perkembangan Cico...anyone knows? Dia dah pulih ker

kejap.

nak tepek nih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2019 01:11 PM | Show all posts
Isnin, 18 Februari 2019 | 10:01am




UJI bersama Cico dan cucunya pada majlis pelancaran buku biografi Rosnani berjudul Dari Sungai Geringging ke Kota London di Kompleks FINAS di Hulu Kelang, Rabu lalu. - Foto Aziah Azmee


Cico sudah 80 peratus pulih


Oleh Muhamad Fairoz Azizan
muhamadfairoz@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Pelakon, Cico Harahap yang menghidap penyakit misteri hingga sukar bertutur dan membaca sejak dua tahun lalu, kini sudah boleh menghafal skrip serta berlakon.

Ibunya yang juga pelakon dan penyanyi era 1970-an, Uji Rashid memberitahu, Cico, 40, bagaimanapun memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya.

“Ada yang bertanya dan menawarkan Cico berlakon... Buat sementara ini, saya masih belum boleh melepaskan dia lagi. Ini kerana dia perlu menjalani beberapa rawatan susulan.

“Daripada segi membaca dan menghafal, Cico sudah boleh. Malah, tahap kesihatannya sudah lebih 80 peratus pulih,” katanya kepada BH Online.

Uji berkata, anaknya memerlukan sedikit masa sebelum kembali aktif berlakon.

“Beri dia sedikit waktu... Cico ada meluahkan hasrat kepada saya untuk kembali berlakon,” katanya.

Sementara itu, Cico yang kembali aktif bersenam di gimnasium, mengaku merindui dunia lakonan.

Sehubungan itu, dia berharap masih ada peluang untuknya kembali beraksi di kaca televisyen (TV).

“Selain bersukan di gimnasium, saya suka rakam foto dan membawa anak-anak menonton filem.

“Saya selalu mengikut emak ke majlis-majlis untuk kembali menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling selain bertemu orang ramai.

“Daripada saya habiskan masa memerap di rumah, sekurang-kurangnya saya dapat pulihkan keadaan dan lupakan apa yang saya alami,” katanya.

Cico mengalami masalah kesihatan sejak akhir 2016. Selain rawatan hospital, Cico merujuk masalah yang dihadapi kepada pengamal perubatan Islam hingga hari ini.

Minggu lalu, Uji dan Cico menghadiri majlis pelancaran buku biografi Datuk Rosnani Jamil berjudul Dari Sungai Geringging ke Kota London di Kompleks Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS) di Hulu Kelang.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 18-2-2019 01:10 PM
kejap.

nak tepek nih.

Owh Thank you Syd...
Syukur lah semakin pulih. Hopefully dia tidak lagi melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan dia mendapat "sakit misteri" tersebut.
Bila Cico dah berkerja dan dapat pendapatan yang bagus, dia boleh berusaha dapatkan rumah yang lebih baik seiring dengan status Uji Rashid.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 25-1-2017 10:47 PM
Dia overdose drugs? Langkah paling tepat untuk sesiapa yang ambil drugs ialah inject dia bagi mamp ...

Ohh ya baru teringat mak dia kata sakit kena buatan org.. cehh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2019 06:03 PM | Show all posts
mrsLucky replied at 18-2-2019 05:10 PM
Owh Thank you Syd...
Syukur lah semakin pulih. Hopefully dia tidak lagi melakukan aktiviti yang b ...

emak mana tak sayang anak.
itu lah sorang sorang nya intan payung dia
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 05:25 AM | Show all posts
faiz-za replied at 25-1-2017 10:41 PM
Ayahnya dah update 11hb hari tu
Cico katanya overdose

rip engrish
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2020 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
cny bru ni bru je dok lepak makan ngn dorg ni semua
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sasakim replied at 11-2-2020 10:28 AM
cny bru ni bru je dok lepak makan ngn dorg ni semua

Dah okay ke cico? Ke tak mampu bertutur dan membaca lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2020 12:50 PM | Show all posts
Syd replied at 18-2-2019 01:11 PM
Isnin, 18 Februari 2019 | 10:01am

ai beriya baca.. rupanya news 2019
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
izat123 replied at 11-2-2020 12:00 PM
Dah okay ke cico? Ke tak mampu bertutur dan membaca lagi

alhamdulillah.makin sihat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Login_ID replied at 11-2-2020 12:50 PM
ai beriya baca.. rupanya news 2019


Yg depan tajuk tu news 2017. i lagi gigih baca. Tapi kelakar2 asek tergelak je porumer memasing mengimbas kenangan lalu ... Hahaaa

Byk giler nak reply menyampok , tp bila nengok date 2017 hmm lupakan saja
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2020 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
La.. Cerita lama rupanya.. Mati2 ingat latest news..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2021 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape la up kan kisah lame ni...aiols rase nampak die early jan tgh jlan2 dkt kl east mall sorang2..lame gak cube buat pengecaman..helok jah sado
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.149585 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list