CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3483|Reply: 31

Scandal Dokumen Tun Dr. Mahathir didedahkan oleh CIA

[Copy link]
Post time 25-1-2017 10:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Borak_Ola at 25-1-2017 10:04 PM

Agensi Risikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) mendakwa pentadbiran Tun Mahathir Mohamad terlibat dalam skandal Bumiputera Malaysia Finance Limited (BMF) yang melibatkan wang berbilion ringgit era 1980-an.




Dokumen rasmi yang didedahkan badan risikan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mengenai skandal perbankan besar menggegarkan negara pada 1980-an menunjukkan ada pembabitan Tun Dr. Mahathir Mohamad, menurut laporan portal berita.


The Asian Correspondent berkata dokumen itu, antara 13 kertas siasatan yang dikeluarkan minggu lalu oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA), juga mempertikaikan respons pentadbiran Mahathir dalam mengendalikan kerugian kira-kira AS$1 bilion itu.
Menurutnya, kerajaan Malaysia tidak boleh kata tidak tahu mengenai skandal itu kerana ia membabitkan Bank Bumiputera, bank dimiliki kerajaan yang berkait rapat dengan UMNO pada masa itu dan dipantau rapat oleh Kementerian Kewangan.
“Keterangan bukti menunjukkan skandal itu terkait dengan pentadbiran Mahathir. Sebagai bank milik kerajaan, Bank Bumiputera dipantau secara dekat oleh Kementerian Kewangan dan bank pusat dan tidak ada keputusan penting dibuat tanpa persetujuan atau pengetahuan mereka,” kata laporan itu, setebal sembilan muka surat, bertajuk “The Bank Bumiputera Scandal: More Trouble Ahead for Malaysia’s Mahathir?”

“Tidak mungkin kerajaan tidak sedar peningkatan had pemberian pinjaman Bank Bumiputera kepada cawangan-cawangannya di luar negara bagi membolehkan lebih banyak dana disalurkan ke Hong Kong,” kata laporan CIA.
“Ada laporan lain melangkaui CIA yang menyatakan saya tidak terlibat. Akhbar luar negara menyerang saya kerana saya tidak berhenti mengkritik mereka bila mereka buat salah, jadi mereka memburukkan saya,” katanya, menambah beliau dituduh melakukan sesuatu yang tidak dilakukannya.

Ketika ditanya adakah beliau mencadangkan segala dilaporkan CIA tidak benar, Dr Mahathir berkata: “Perkara ini berlaku terlalu lama pada 1981 hingga 1984, kenapa bangkitkan semula sekarang? Bolehkah anda betulkan apa-apa yang saya buat dulu.”

“Tujuannya ialah politik, mungkin ada orang yang akan terima manfaat daripada ini. Ada laporan lain yang berbeza dengan laporan CIA. Baca laporan itu juga,” katanya.Katanya, kini dokumen CIA sudah dikeluarkan secara umum, semua orang boleh membuat kesimpulan sendiri. kata Dr Mahathir.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2017 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Menjawab la kao tun
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2017 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
'Mari kita tengok....sapa yang kena'-IP.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2017 12:11 AM | Show all posts
aikkk bukan dah lama bogel ke skandal BMF perbicaraan kat Hong Kong dlu tetiba je keluar laporan CIA ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2017 05:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun tun M terlibat dgn skandal tersebut, rakyat tidak terkesan secara direct dan tidak seperti yg berlaku sekarang... RM jatuh teruk, harga brg melambung tinggi, bad impression on political situation around the world, corruption and scandal highlighted on newspaper around the world, stupid statements from menteri2.... & many more...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2017 11:13 PM | Show all posts
Dr Mahathir berkata: “Perkara ini berlaku terlalu lama pada 1981 hingga 1984, kenapa bangkitkan semula sekarang? Bolehkah anda betulkan apa-apa yang saya buat dulu.”
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2017 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Borak_Ola replied at 27-1-2017 11:13 PM
Dr Mahathir berkata: “Perkara ini berlaku terlalu lama pada 1981 hingga 1984, kenapa bangkitkan sem ...

Barang yang lepas jangan dikenang bak kata p.ramlee...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2017 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Scandal dah basi...dont look back. Betulkan keadaan sekarang..rakyat susah niii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2017 04:28 PM | Show all posts
ni cara nak tutup mslh n salah yg skrg nih ke hape?
bongoklah...
mslh skrg nih yg harus kite banteras....
ni x, dok leka salah org tu salah org nih
nak uruskan negara pon xreti dok leka buka cerita lama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2017 05:55 PM | Show all posts
surwanis replied at 8-2-2017 04:28 PM
ni cara nak tutup mslh n salah yg skrg nih ke hape?
bongoklah...
mslh skrg nih yg harus kite bante ...

Setuju dengan ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 08:09 PM | Show all posts
TDM ni atleast ada otak sikit laa dari yang sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 11:52 PM | Show all posts
apa yg Tun M buat ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 11:53 PM | Show all posts
Tun M doktor kannnnnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 11:53 PM | Show all posts
Siti Hasmah nama isteri beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 11:53 PM | Show all posts
Tun M ni otak geliga
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 11:53 PM | Show all posts
Tun M  tulis buku the malay dilemma .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2017 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bosan. .citer lama . Baik uruskan masalah ekonomi skrg
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 12:17 PM | Show all posts
betul ape Tun.M bgtaw kenapa baru sekarang?? kenapa tak dari dulu..
ooo yela tak lama nk PRU14 next year
u know what i mean
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 08:31 PM | Show all posts
jgn laaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 08:31 PM | Show all posts
tun M ni bijak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.092195 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list