CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13833|Reply: 120

Edisi MV: Anuar Zain 448 K vs Khai Bahar 1.5M

[Copy link]
Post time 28-1-2017 12:03 AM | Show all posts |Read mode
Edited by katibism at 22-3-2017 08:58 AM

Chuols..lepas tengok Jejak Karmilla td.. meols perasan benda yg trending mlm ni.

Bam nuar jeng melancarkan single terbaharu, kesinambungan Andainya Takdir, yakni lagu bertajuk Cinta Takkan Berakhir.



Dan dlm masa yg sama, Khai Bahar pun langgar & pukul habis viewer bam Nuar dgn single kedua sheols, Dari Jauh Saja.



Buat masa ni... BBNU Khairina Baharina mengatasi kakak Nuar... 14 Ribu dgn 4 ribu views jah
Pagi ni.. abam Nuar dah 23K views mengatasi Khai Bahar 19K views

Dan hari ni..hari kedua, Abam Nuar 62K jah.. Khai Bahar dah 132 K views

Apa2pun.. Lagu Terbaik AIM ni...song of the year 2016 : Sejati.. MV nya meleTOP yach!



Update chuols.. setelah hampir 1 minggu (mlm esok genap 1 minggu yach), berikut merupakan jumlah tontonan :

1) AZ = 174 ribu
2) KB = 334 ribu

3) FT = 1 juta dah (in a fortnight)
4) Dek eman tino = 6.5 juta utk MV Permata Cinta yach

slps 1 minggu.. KB = 415K > AZ = 210K

Latest... KB = 636 K > AZ = 287 K
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2017 12:10 AM | Show all posts
Btw..Khai Bahar buat MV sampai Eropah yach!

Dan lagu Dari Jauh Saja bukan ciptaan Hairy Khalifah dah..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2017 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian pulak kat sakinah...terpaksa rupanya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2017 12:14 AM | Show all posts
semaklahlu replied at 28-1-2017 12:13 AM
kesian pulak kat sakinah...terpaksa rupanya..

Kan.. iols ada baca berita mana entah..ada org nak jadikan filem ke drama MV bam nuar jeng nih..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2017 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
2 2 x mnat tp klu dipaksa tgk aku pilih khai bahar. Nuar dah biasa dgn typical ballad dia... blenggok2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2017 12:21 AM | Show all posts
September14 replied at 28-1-2017 12:15 AM
2 2 x mnat tp klu dipaksa tgk aku pilih khai bahar. Nuar dah biasa dgn typical ballad dia... blenggo ...

Tp chuols..MV bam Nuar berkualiti yach!

Cinta Takkan Berakhir ada plot twist hoccay~

Kinah Ting tong best kavavooom
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2017 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
katibism replied at 28-1-2017 12:21 AM
Tp chuols..MV bam Nuar berkualiti yach!

Cinta Takkan Berakhir ada plot twist hoccay~

kinah ni walaupun  dia ting tong...tp lakonan beliau selalu menjadi..watak jahat, watak komedi, watak mulut hansuang, watak dia dlm pekak pun menjadik dia bawak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2017 12:25 AM | Show all posts
semaklahlu replied at 28-1-2017 12:23 AM
kinah ni walaupun  dia ting tong...tp lakonan beliau selalu menjadi..watak jahat, watak komedi, wa ...

Kan..baca kt komen Youtube tu..ada org menyesal kutuk Kinah berbulan2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2017 12:34 AM | Show all posts
Edited by katibism at 28-1-2017 12:35 AM

cc : @semaklahlu

2017 tahun sibuk Anuar Zain

Oleh ARINA AZLAN
Foto AIZZUL A. MAJID



Anuar Zain akan beraksi pada persembahan mini, Yonder Music Live Series By The Lake - Anuar Zain &You bertempat di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur pada Sabtu ini.


Kemunculan semula penyanyi bersuara lunak, Anuar Zain dengan album baharu pada tahun lalu ternyata memberi impak besar kepada bintang yang mempopularkan single baharunya Andainya Takdir itu.
Kini, selepas hampir lima bulan lagu tersebut diperkenalkan, Anuar mempertaruhkan pula lagu Cinta Takkan Berakhir sebagai single kedua.
Jujurnya, lagu tersebut sudah didengar oleh kebanyakan peminat yang telah mendapatkan albumnya tetapi apa yang menjadikan Cinta Takkan Berakhir sebuah bingkisan istimewa apabila ia bakal menampilkan sebuah klip video sebagai kesinambungan daripada single Andainya Takdir.
“Saya tidak menyangka jalan cerita klip video Andainya Takdir membuat ramai peminat jatuh hati kepada karakter yang dimainkan. Ramai tidak sabar-sabar mahu menyaksikan apa yang terjadi seterusnya.
“Terima kasih kepada pengarah klip video ini, Amor Rizan kerana berjaya meninggalkan kesan mendalam dalam hati para peminat,” luah Anuar ketik ditemui usai sidang akhbar dan tayangan eksklusif klip video Cinta Takkan Berakhir di Hotel Le Meridien, di ibu kota, Selasa lalu.
Tambah Anuar, bukan sahaja penonton yang memberikan sambutan hangat terhadap klip video lagu-lagunya, respons luar biasa turut diterima daripada pengarah drama dan filem tempatan.
Mengakui menerima tawaran daripada beberapa pihak untuk mengangkat kisah klip video lagunya menjadi sebuah drama atau filem, Anuar masih lagi dalam proses mempertimbangkan perkara berkenaan semolek-moleknya.
Saat ditanya adakah harapan peminat untuk melihat pelantun lagu Lelaki Ini kembali ke layar perak selepas filem Bintang Hati, hanya senyuman dan ketawa girang terletus daripada bibirnya.
“Saya belum boleh mengatakan ‘ya’ atau ‘tidak’, setakat ini tiada sebarang pengesahan bahawa projek drama dan filem tentang kisah klip video itu akan dilaksanakan. Jika kena dengan masa dan keadaan, mungkin saya akan turut berlakon, siapa tahu,” tuturnya memberi kata putus yang selamat.
Sibuk
Tahun 2017 juga bakal menyaksikan Anuar menyambung jelajah promosi albumnya yang sudah berlangsung tahun lalu. Kini jelajah akan diperluaskan sehingga ke Sarawak, sekali gus menjadikan ia antara tahun paling sibuk sepanjang kerjaya seninya dalam tempoh hampir 20 tahun.
Jelajah yang diberi nama Anuar Zain Album Tour 2017 dengan kerjasama antara Anuar Zain Network bersama pasar raya Mydin tersebut akan bermula pada 12 Februari nanti bergerak ke enam lokasi cawangan Mydin terpilih di seluruh Malaysia.
“Kejayaan jelajah tahun lalu telah memberi keyakinan kepada pihak Mydin untuk meneruskan jalinan kerjasama. Setakat ini, sebanyak 11,000 unit album telah terjual di cawangan-cawangan pasar raya Mydin,” jelasnya lagi.
Selain itu, Anuar juga bakal muncul menjayakan sebuah persembahan mini, Yonder Music Live Series By The Lake- Anuar Zain & You di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur pada 21 Januari ini.
Bakal menyanyikan 14 buah lagu termasuk dua buah lagu daripada album baharu iaitu Andainya Takdir dan Karena Aku Cinta, Anuar juga tidak risau mengenai jumlah kehadiran penonton kerana menganggap persembahan tersebut sahaja sudah sebuah rezeki buat dirinya.
“Apa yang penting ialah saya telah melakukan yang terbaik.
“Saya cuma mahu berhibur dengan peminat dan sesiapa sahaja yang hadir akan dijanjikan momen terindah sepanjang persembahan berlangsung,” ulasnya dengan tenang.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0120&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_05.htm#ixzz4WyrelzfG
Hakcipta terpelihara
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2017 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
katibism replied at 28-1-2017 12:34 AM
cc : @semaklahlu

2017 tahun sibuk Anuar Zain

thanks .

hrp bam nuar takyah la blakon, aku xselera nak tgk...cukup jd soundtrack je..kata nk jaga keexclusivan diri tu kenn
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2017 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Plot MV lagu ni mmg x djangkakan..twist habes!I love this song
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2017 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Whatever it is abam nuarjeng still my no1! Tibeeewww
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2017 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols tengok mv bang nuar je, memang dah macam tengok cerita walau cuma mv. Iols suka pelakon yg jadi anak bang nuar dewasa tu tak tau nama apa. Kinah memang superb la.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2017 12:50 AM | Show all posts
bebaru ni je iols dengar lagu khai bahar tu... masa dgr part chorus tetiba iols teringat lagu2 bang nuar, mcm sepesen... ni dah ada pulak benang dua org ni.. hiks

iols x minat bang nuar, mv andainya takdir pun x tgok lg..

ni baru tgok mv yg tt tempek... best, iols dpt rasa dia punya citer, ralit lak iols tgok... tp lagu nk minat tu x kot wat masa skrg... hehe.. tp molek jd soundtrack filem tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2017 01:10 AM | Show all posts
kalau compare 2 lagu tu iols lagi suka anuar zain... suke style lagu dia ada choir kat background
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2017 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by minahsleepy at 28-1-2017 01:19 AM

Bam nuar dr segi lagu meols suka lg Andainya Takdir tu dr Cinta Takkan Berakhir ni..meols layan tgk mv dia.x fokus sgt pun dgr lagu..cuma nk tau jd ape kat kinah

Lagu khai pun not bad jua.meols tgk dua2 mv bam nuar ngan khai ni..kalo suruh pilih meols nk pilih bam nuar  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2017 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Apai90 at 28-1-2017 01:23 AM

Berdosa pulak rasanya selama ni dok maki bini dia macam2

Anak dia tu tak payah nak kekwat sgt la esok buatnya mak hang tu mati and baru hang tau kebenaran, menangis tak sudah la kau nnt
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2017 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Apai90 replied at 28-1-2017 01:21 AM
Berdosa pulak rasanya selama ni dok maki bini dia macam2

Anak dia tu tak payah ...

Dlm mv ke3 mungkin kisah anaknya pulak kot...mv1 ayah..mv2 mak..mv3 anak
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2017 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
wlaupun agak trganggu dgn rupe abam nuar yg sembap dan rmbut yg serabut tuh..tp dem!! ai is trsentuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2017 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
mimi77 replied at 28-1-2017 01:24 AM
Dlm mv ke3 mungkin kisah anaknya pulak kot...mv1 ayah..mv2 mak..mv3 anak

Mungkin laa..mv 1 kutuk kinah ting tong.. mv2 kutuk balqis nangis beria emosi sama..maka haruz mv 3 hencap wajah botox nelayan bam nuar  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.356850 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list