CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3137|Reply: 16

MENELADANI KISAH NUH DI NEGERI SERAMBI MEKAH

[Copy link]
Post time 28-1-2017 12:24 AM | Show all posts |Read mode
MENELADANI KISAH NUH DI NEGERI SERAMBI MEKAH
January 27, 2017 | Darul Ithmi


Majoriti masyarakat yang beragama dan tidak beragama sudah sedia maklum dengan kisah Nabi Nuh dan usaha beliau membina bahtera besar demi menyelamatkan golongan manusia yang beriman beserta dengan spesies haiwan daripada bencana banjir besar yang dikatakan telah menenggelamkan keseluruhan kawasan berdarat di muka bumi.

Al-Kisah ini juga sering diceritakan dan diulang-ulang oleh para guru, agamawan, malahan ditulis dan dicetak serta dijual dalam ribuan naskhah untuk bacaan umum segenap lapisan masyarakat. Bersumberkan daripada kitab-kitab suci yang menjadi pegangan kepada para penganut agama semitik (samawi); Judaisme, Kristian, dan Islam, ia telah menjadi salah satu daripada perkara yang WAJIB diimani.

Namun, sejauh manakah kisah ini diteladani dan diaplikasikan pelajarannya di masa kini? Terutamanya di kalangan komuniti orang beragama itu sendiri? Dari sudut pandang Islam, segala kisah-kisah orang terdahulu terdapat pelajaran yang sangat bermakna kepada orang-orang yang mempergunakan akalnya (Yusuf : 111).

Kisah mereka ini bukanlah dogengan belaka yang dijadikan sebagai ‘bedtime stories’, atau hujah untuk menghukum mereka yang tidak mempercainya. Di zaman yang penuh dengan unsur kebodohan dan kezaliman inilah sepatutnya kisah-kisah mereka ini dikaji secara mendalam nilai-nilai yang patut diteladani seterusnya disampaikan di dalam setiap syarahan agama – ceramah, tazkirah, usrah, khutbah, dan sebagainya.

Kerana itulah sifat kitab Tuhan iaitu – mengeluarkan manusia daripada kegelapan (kebodohan dan kezaliman) kepada cahaya yang terang-benderang (pencerahan ilmu) (Ibrahim : 1).

Malangnya, golongan agamawan dan kaum pendakwah telah dimanipulasikan untuk menjaga kepentingan golongan tertentu. Agama telah dirogol secara habis-habisan untuk menindas marhaen, menjadikan mereka pasif, serta lemah daya fikir untuk menentukan perkara yang benar dan salah.

Situasi Islam kini sudah kembali dan menyerupai sistem feudal di era Zaman Pertengahan (Middle Ages) – di mana pihak gereja dijadikan alat untuk menyebarkan propaganda pemerintah. Laungan larangan meniru kebiasaan Nasrani dan Yahudi yang sering dilontarkan oleh para agamawan kini hanya tertakluk kepada pengucapan ‘Merry Christmas’ semata. Sangat dangkal bukan?

Situasi yang dilalui oleh Nabi Nuh adalah sangat terkait dengan kondisi dunia semasa terutamanya di negara kita. Dari sudut pandang dunia, ‘global warming’ telah memberikan impak yang sangat besar kepada sistem ekologi. Peningkatan populasi manusia dan pembakaran sumber tenaga berasaskan fosil adalah antara penyebab utama yang menjadikan pelepasan karbon dioksida makin meningkat dan menyebabkan ia terperangkap di bawah lapisan atmosfera lantas menjadikan suhu semakin panas.

Suhu di waktu siang menjadi semakin panas, dan suhu di waktu malam menjadi semakin sejuk. Akibatnya, maka berlakulah perubahan cuaca yang drastik – perubahan kadar dan ragam hujan & salji yang tidak menentu, peningkatan paras air laut, pencairan glasier, kekerapan bencana alam dan sebagainya. Penghujungnya ramai pakar kaji bumi merumuskan akan berlakunya banjir besar yang bakal menenggelamkan kebanyakan kawasan berdarat di muka bumi ini.

Kita tidak pernah tahu, adakah Nabi Nuh mengalami petanda yang sama dalam persiapannya menghadapi banjir besar tersebut. Namun, Tuhan telah memberikan peringatan demi peringatan agar Nabi Nuh sentiasa berada di dalam keadaan bersiap-siaga. Beliau perlu bertindak untuk membuat sesuatu supaya spesies manusia serta flora dan fauna tidak mengalamai kepupusan - maka dibina sebuah bahtera yang besar.

Peringatan yang diberikan oleh Tuhan kepada Nabi Nuh ini samalah seperti simptom-simptom perubahan iklim yang sedang dialami oleh dunia sekarang. Adakah kita bersedia?  Adakah kita sudah memulakan langkah-langkah untuk membina ‘bahtera’ untuk menyelamatkan ekosistem kita? Diharapkan langkah pengharaman penggunaan plastik dan polisterin di beberapa negeri di negara kita adalah satu permulaan yang positif untuk menghadapai situasi ‘global warming’ ini (namun masih ada juga yang bebal & tidak bersetuju).

Dari sudut pandang rakyat biasa pula, kita mampu untuk memulakan gerak budaya 3R (Reuse, Reduce, Recycle). Poin utama yang boleh dikaitkan dengan sikap Nabi Nuh ialah, kita harus bersedia dan harus membuat sesuatu.

Menyentuh aspek banjir, jika diperhatikan kembali kisah semasa Nabi Nuh membina bahtera, usaha beliau tersebut ditentang dan diejek habis-habisan oleh golongan yang tidak beriman (samalah seperti situasi sekarang di mana sudah wujud golongan yang tidak mempercayai ‘global warming’, termasuklah Presiden USA sekarang). Walhal apa yang dilakukan oleh beliau adalah demi menyelamatkan nyawa mereka sendiri.

Di dalam negara kita sendiri, di negeri yang diberi gelaran ‘Serambi Mekah’ ini memang sudah diketahui setiap tahun akan mengalami situasi banjir yang sama. Negeri yang ditadbir oleh sebuah parti islamik ini sendiri, yang sering melaungkan kalimah ‘rahmatan lil ‘alamiin’ ini sendiri kelihatan seperti tidak membuat apa-apa untuk mengatasi masalah ini.

Para pengkritik kepada permasalahan ini pula kemudiannya di ejek-ejek dan dihukum sebagai penghina ulama’ kerana mempertikaikan kepimpinan ulama’ di negeri tersebut. Berbeza dengan kisah Nabi Nuh, di mana najis-najis yang dilontarkan oleh orang yang tidak beriman ke arah bahtera tersebut dibersihkan dengan khinzir-khinzir, para pembela ulama’ ini pula kelihatan seperti makhluk yang sama membersihkan kritikan kepada kepimpinan ulama’ tersebut agar imejnya kelihatan suci lagi murni.

Banjir di negeri tersebut pun bukanlah banjir kilat yang biasa-biasa, malahan ia adalah banjir besar yang memusnahkan harta benda, dan sumber rezeki – termasuklah nyawa. Di manakah perasaan empati pemimpin negeri tersebut kepada masalah utama yang dihapai oleh rakyat mereka ini? Sejauh mana kepimpinan ulama’ ini mengambil pelajaran daripada kisah Nabi Nuh yang WAJIB diimani ini?

Apakah peranan perkataan ‘Islam’ di dalam nama parti pemerintah ini? Di negara Jepun yang kebanyakan rakyatnya beragama selain Islam, yang meminum arak, berzina, dan memakan babi ini mampu mewujudkan sistem persiapan mengahadapi bencana alam yang sangat efisien. Kanak-kanak seawal di hari pertama mereka menjejakkan kaki di alam persekolah sudah diajarkan ‘emergency drills’. Mereka mempunyai sistem penggera untuk mengesan gempa bumi dan tsunami sejak dari tahun 1952, dan beroperasi sepanjang 24 jam. Dan kerajaan mereka memberikan servis dan bantuan yang terbaik untuk mangsa-mangsa bencana bagi meringankan beban. Tidak hairanlah Jepun dinobatkan sebagai negara yang paling bersedia dalam menghadapi bencana.

Lebih malang lagi, kerajaan negeri tersebut jugalah yang memberi permit pembalakan yang bukan sahaja akan memudaratkan lagi situasi banjir tersebut, malahan menindas orang asal yang tinggal dan bergantung harap kepada sumber alam untuk hidup di sana. Mereka bukan sahaja gagal melakukan pelan tindakan pencegahan, malahan memburukkan lagi keadaan.

Memetik kalam Tuhan - “Dan bila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan." Al-Baqaroh, ayat 11. Betapa zalimnya mereka, di samping tiada usaha untuk membina ‘bahtera’ untuk menyelamatkan dan membela nasib rakyat mereka, mereka sanggup bersekongkol dengan kapitalis demi haloba harta dan wang ringgit – umpama Qarun yang akhirnya ditenggelamkan oleh Tuhan dan persekitarannya menjadi danau.

Jika keadaan ini sama dan tidak berubah, eloklah dibuang sahaja spirit Islam di dalam kepimpinan ulama’ ini. Seorang yang beragama haruslah menegakkan segala ajaran yang Tuhan firmankan di dalam kalam-kalamnya. Jika tidak mampu, lebih baik tidak payah beragama (tetapi orang tidak beragama kebanyakannya lebih baik daripada orang beragama). Sebagai penutup, Tuhan sendiri telah berkata, “Katakanlah: "Hai Ahli Kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikitpun hingga kamu menegakkan ajaran-ajaran Taurat, Injil, dan Al Quran yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu." Al-Ma’idah, ayat 68.

Majulah RUU355 untuk Negara!


https://www.thukulcetak.com/sing ... EGERI-SERAMBI-MEKAH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2017 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah habis jugak aku baca
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2017 05:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa solution untuk cegah banjir instead of article panjang bercakap tentang corrupted muslims ?

Acong u sudah baca epic of gilmesh i baca thread u di board kkk lebais counter funny sangat
U pernah baca tentang the kings list ziusudra of shuruppak no.ah character jadi atrakhasis
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2017 06:20 AM From the mobile phone | Show all posts
kena buat projek tebatan banjir
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2017 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
The fuck did I just read?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2017 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chazey at 28-1-2017 06:32 AM

Poodeymark korang la yang kaitkan segalanya dengan politik, hatta hal banjir pun mahu menceceh soal politik, siap pergunakan agama, pergunakan ayat Quran lagi untuk menyerang sesama umat manusia.

Daripada penulis mentulis panjang lebar menceceh entah apa benda pointing finger going yada yada about humans' weaknesses baiklah fikir dan bentang terus hujah berbentuk solutions bak kata @Dwdrum.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2017 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca flood myth untuk berkongsi ilmu
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Flood_myth

Tapi flood di malaysia is a fact. Ada tak polisi insurans yg cover natural disaster?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2017 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Poodeymark mahu bicara soal pembalakan di Kelantan konon punca banjir, tindas rakyat bagai sedangkan nugri2 pimpinan Barisan lain pun hutan hijaunya dirogol habis-habisan oleh kapitalis atas izin pemimpin jahanam. Lupa or pura2 buat tak ingat persahabatan utuh Michael Chia dan Musa Aman? Puih!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2017 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 28-1-2017 06:31 AM
Poodeymark korang la yang kaitkan segalanya dengan politik, hatta hal banjir pun mahu menceceh soal  ...

iols dah selamat mengehide sepupu iols kat fb yg kehulu kehilir politaik  
berak sembelit pun slhkan najib... agama ke hulu kehilir.... ujung2 p masjid kutip derma utk smbg bljr kat mesir....  nak ludah je...

iols anti spesis politaik agama yg kira dosa org nih.... korg tak bawa hasil pd kmajuan agama pun...

selain bersangka buruk ngan org.... dok telek tudung org... tu la keje ko....
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2017 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrum replied at 28-1-2017 05:44 AM
Apa solution untuk cegah banjir instead of article panjang bercakap tentang corrupted muslims ?

...

Nak link...
Suka baca psl gilgamesh dan enkidu ni..  
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2017 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila Spiderman nak banned TT Acong gila ni ??::
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2017 08:02 PM | Show all posts
Dwdrum replied at 28-1-2017 05:44 AM
Apa solution untuk cegah banjir instead of article panjang bercakap tentang corrupted muslims ?

...

dah baca pasal epic of gilgamesh... but not in details laa....... masa terhad.... nak main game lagi  
pastu ada lagi code of hammurabi  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2017 08:04 PM | Show all posts
ustazahLASER replied at 28-1-2017 07:35 PM
Bila Spiderman nak banned TT Acong gila ni ??::

ko nie dah sewel? cuba amalkan makanan sunnah......  
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2017 04:18 AM From the mobile phone | Show all posts
finesse replied at 27-1-2017 05:36 PM
Nak link...
Suka baca psl gilgamesh dan enkidu ni..

http://www.livius.org/sources/co ... -epic-of-atrahasis/

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2017 04:28 AM From the mobile phone | Show all posts
..Atheist. replied at 28-1-2017 04:02 AM
dah baca pasal epic of gilgamesh... but not in details laa....... masa terhad.... nak main game la ...

Lol...
acong bukan giant itu nabi adam kah ?  Burung itu burung tolong waktu perang  burung babil....ababil bunyi seperti begitu like that ?
Banyak lah acong versi zaman dahulu tentang nabi nabi ini ... cuba acog tanya lebai dan priest pasal ashabul kahfi @ the cave nanti acong dapat jawapan pusing mereka  yang penting bukti
Burung babil or ababil itu ada 1 guy jumpa stone ada craving gambar burung berebut ereb kaya mahu beli untuk bukti kan sejarah burung itu end up that guy just simpan untuk beliau saja i doubt sedikit  
Nasib baik tiada hujan api or else lobai ambik cerita dari soddom dan gamorrah pula   
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 08:42 AM | Show all posts
Acong kena bersedia..buat lah bahtera besar ..boleh juga kita tumpang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2017 03:53 PM | Show all posts
Dwdrum replied at 28-1-2017 08:28 PM
Lol...
acong bukan giant itu nabi adam kah ?  Burung itu burung tolong waktu perang  burung babil ...

sehingga kini, kewujudan tuhan2 mereka cumalah hipotesis......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.069096 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list