Dramatis Liza Abdullah mengakui rindu untuk kembali menyanyi setelah lebih 15 tahun tidak aktif secara secara serius dalam bidang tersebut.
Liza atau nama sebenarnya Norliza Abdullah,53, berkata, selepas lagu duetnya bersama Ringgo (Arrow) berjudul Samarenda 1994 dahulu, fokusnya hanya tertumpu pada bidang lakonan.
"Alhamdulillah, saya bersyukur dalam situasi ramai pelakon bersilih ganti sekarang, nama Liza Abdullah masih ada di tempatnya sendiri sebagai seorang pelakon.
"Pun begitu, saya tidak boleh sembunyikan kerinduan untuk kembali menyanyi dan mempunyai lagu baru selepas lebih 15 tahun menyepi dari lapangan itu. InsyaAllah kalau tidak ada ara melintang, saya bersama seorang sahabat iaitu Syerry yang merupakan bekas anggota kumpulan Princess merancang untuk merakamkan sebuah lagi duet tidak lama lagi," katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, kata pelakon yang pernah mencipta nama menerusi filem Ali Setan ini lagi, usahanya ini juga adalah untuk memaklumkan kepada peminatnya dari generasi baharu yang tidak pernah tahu tentang penglibatannya di dalam bidang nyanyian.
"Ada peminat saya dari generasi baharu tidak percaya saya pernah ada lagu sendiri yang hit suatu ketika dulu dan apabila saya memaklumkan lagu tersebut berjudul Samarenda, ada yang tahu tetapi tidak menyangka saya adalah penyanyinya.
"Justeru, mereka meminta saya kembali merakamkan lagu dan perkara ini ibarat mengantuk disorong bantal sebab saya tidak pernah berniat nak tinggalkan kerjaya nyanyian kerana jiwa saya masih di situ," katanya.
Bagaimanapun, kemunculannya pada kali ini bukan untuk bersaing dengan mana-mana artis, sebaliknya ingin sama-sama memeriahkan industri hiburan sedia ada. Di samping itu, kata ibu tunggal kepada empat cahaya mata ini lagi, dia kini masih menyanyi di pentas persembahan berskala kecil seandainya menyertai mana-mana karnival jualan.
"Sampai sekarang saya masih disuruh menyanyi oleh peminat sekiranya menyertai mana-mana acara dan karnival jualan dan saya tiada masalah untuk itu.
"Malah, sehingga kini saya masih lagi menyimpan minus one lagu Samarenda walaupun lagu tersebut sudah berusia lebih 15 tahun ," ujarnya.
Menyentuh perkembangan lakonannya, dia tidak kisah jika dirinya lebih dikenali di televisyen berbanding di layar perak.
"Di awal kemunculan dulu memang saya banyak berlakon filem namun saya tidak nafikan penerimaan masyarakat hari ini kepada pelakon drama TV memberi impak tersendiri dan saya antara yang merasa tempias itu.
Katanya, dia hanya bersyukur kerana rezeki lakonannya tidak pernah putus sehingga terpaksa menolak beberapa tawaran agar tidak menganggu komitmen kerja sedia ada.
Post time 31-1-2017 08:23 AMFrom the mobile phone|Show all posts
dia bg hint tu..nk masuk GV4..
sapa tau..dulu tiap2 minggu dia ada kt mbsa..
tahun ni quota veteren milik dia
mak meols cerita dulu masa zaman kegemilangan dia beli civic 1985 xde bonet tu cash...
Post time 31-1-2017 09:58 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Liza Abdullah ni dah start nyanyi dari zaman rambut kepok kepok dulu.. sedap gak lagu dia.. pastu dia rajin nyanyi kat Mekar Sejambak.. so no wonder la dia teringin nk menyanyi lg..
ramai juga yang tak tau dulu ramai pelakon ada bikin satu dua album nyanyi.. dan ramai pelakon popular dulu asalnya dari menyanyi .. mcm Uji Rashid.. Norlia Ghani.. Azean Irdawati
respek kak liza walaupun da acik2 tetap rupa paras menten...tidak la berubah cucuk sana dan sini untuk kelihatan lebih jelita seperti rakan seangkatan beliau dara binti jalil...contohhhhh