CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7059|Reply: 41

Soo Wincci buka rahsia fobia berumah tangga

[Copy link]
Post time 31-1-2017 09:42 AM | Show all posts |Read mode
Di sebalik kerelaan Dr Soo Wincci bereksperimen melihat wanita lanjut berumah tangga namun ada detik hitam membuatkan hatinya belum terisi hingga ke saat ini.

Bekas ratu cantik Malaysia berkata teman lelakinya dahulu pernah dikecewakan namun impak yang diterima cukup hebat membuatkannya fobia untuk berumah tangga.

“Pernah seorang lelaki tunggu saya tetapi akhirnya saya tidak memilihnya. Ibu bapanya pula persoal mengapa biarkan anaknya menunggu?
“Saya sudah dapat pengajaran. Ramai kata saya kejam kerana jodoh datang, saya terus tolak. Saya sudah fobia. Bukan lelaki itu yang datang tetapi ibu bapanya.

“Mereka kata saya sudah berjanji dan masa itu saya sudah fobia untuk berkahwin.
“Mereka letakkan pula syarat bila sudah berkahwin tidak boleh terlibat dalam dunia seni,” katanya kepada ProjekMMO.

Penyanyi Musim Asmara sebelum ini mendakwa bukan satu masalah mendirikan rumah tangga di usia lanjut asalkan kekal berbahagia ke akhir hayat.
Katanya, untuk tujuan itu, beliau sanggup menjadi “tikus putih” bagi mengetahui apa yang akan terjadi wanita mendirikan rumah tangga di usia lanjut.
Wincci, 31, berkata pengalaman cinta terdahulu membuatkannya lebih berhati-hati dalam merencana perancangan masa depannya.
Katanya, pengalaman lalu akan dijadikan pengajaran kerana tidak mahu lelaki lain menunggu cintanya yang tidak pasti.

"Masa itu ramai yang tidak faham dan saya tidak mahu jelaskan. Sekarang saya boleh jelaskan hal ini.
“Tiada sesiapa yang salah cuma saya tidak mahu sesiapa menunggu saya. Ia berat untuk diterima. Saya ada adik lelaki dan saya pernah lihat dia kecewa.
“Saya tidak mahu mainkan perasaan lelaki,” katanya dengan nada tenang.
Pelakon drama Injustice Stranger berkata walau hatinya sudah terbuka untuk jodoh namun bakal suaminya perlu memberikannya kebebasan dalam bidang seni.

Katanya, dunia seni sudah menjadi kehidupan maka teman lelakinya perlulah memahami asam garam kehidupan seorang selebriti.  
“Dahulu selepas saya bergelar ratu cantik banyak yang tidak boleh buat. Teman lelaki akan marah.


“Pegang tangan pun tidak boleh tetapi dalam lakonan itu perlu dibuat. Kadang-kadang bergurau di TV pun, dia ingat betul. Hati saya tidak boleh fokus.
“Saya suka bereksperimen tetapi saya akan pulang. Saya tidak akan bermain di luar tetapi untuk TV dan radio itu sekadar menghidupkan suasana,” katanya tersenyum manis.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2017 09:44 AM | Show all posts
iqram dinzly camner? dah bosan ? kesian iqram dinzly selalu je dlm fasa friendzone
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 09:47 AM | Show all posts
Aduradura replied at 31-1-2017 09:44 AM
iqram dinzly camner? dah bosan ? kesian iqram dinzly selalu je dlm fasa friendzone

dia masih rapat ngan iqram dinzly lg ker?
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 10:04 AM | Show all posts
sejenis nippon paint kah heshe
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 10:05 AM | Show all posts
Aduradura replied at 31-1-2017 01:44 AM
iqram dinzly camner? dah bosan ? kesian iqram dinzly selalu je dlm fasa friendzone

kalau dengan Iqramina bukan skandal la namanya sis, tapi coverina jaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduradura replied at 31-1-2017 09:44 AM
iqram dinzly camner? dah bosan ? kesian iqram dinzly selalu je dlm fasa friendzone

Sah sah heshe bapok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2017 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
terpaku replied at 31-1-2017 10:04 AM
sejenis nippon paint kah heshe

Ade kemungkinannnn hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 10:16 AM | Show all posts
lofa & patah sila baca

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2017 12:30 PM | Show all posts
terpaku replied at 31-1-2017 10:04 AM
sejenis nippon paint kah heshe

jengjengjeng.. hahaa
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols harap dia dapat husband yang setara dari segi IQ, EQ dan SQ
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 01:35 PM | Show all posts
Laa baru 31 ke dia ni nmpk cm almost 40 dh..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Laa...itu je ke motif jd fobia
Ingat pernah ade pengalaman tgk mak or kakak yg kene dera suami sampai setengah mati......
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
seeri_7843 replied at 31-1-2017 01:46 PM
Laa...itu je ke motif jd fobia
Ingat pernah ade pengalaman tgk mak or kakak yg kene dera suami samp ...

Saja nak bagi sedap jalan cerita  

Lagi pun nampak sikit dia ada pendirian. Bukan main kaup je asal berlaki.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 02:49 PM | Show all posts
31? ingatkan mid 30's dah..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 02:52 PM | Show all posts
bagus lah Soo Wincci... berhati2 tu perlu lagipun kedudukan u sekarang takkan nak pilih lelaki yg tak selaku perangai. jangan jadi mcm perempuan Melayu asalkan berlaki je sampaikan keluar dating pun sanggup spedo makan minum... selalu sgt nampak kat mana-mana pun... perempuan Chinese jangan harap lah, diorang princess ok.. nak dating, sila driving & ambil i di depan rumah

dan tak payah lah Soo Wincci jadi tikus putih... nak cth apa jadi, sila rujuk Jennifer Aniston. dia kahwin umur 46.



Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 03:09 PM | Show all posts
wanitajelita replied at 31-1-2017 02:52 PM
bagus lah Soo Wincci... berhati2 tu perlu lagipun kedudukan u sekarang takkan nak pilih lelaki yg ta ...

meols suka komen u WJ! kipidap dr soo winci!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2017 03:12 PM | Show all posts
pening kepala baca artikel ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka Wincci berambut pendek... Ssuai sngat gan wajah yer
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
lagu dia best2 ..Tapi sayang radio melayu jarang nak Pasang lagu dia :
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 04:26 PM | Show all posts
Sheols nampak kertu dalam pic je, IRL lawa. Flawless kulit sheols walaupun takde makeup.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.088081 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list