CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2924|Reply: 13

Budak 10 Tahun Hidap 'Penyakit Orang Pokok'

[Copy link]
Post time 31-1-2017 06:14 PM | Show all posts |Read mode
Mengejutkan! Budak perempuan berusia 10 tahun menderita penyakit ganjil menyebabkan tubuhnya seolah-olah mengalami perubahan menjadi pokok.


Dikenali sebagai Shahana, dia mengalami sejenis penyakit dipanggil epidermodysplasia verruciformis (EV) yang lebih dikenali sebagai 'penyakit orang pokok' sejak berusia enam bulan lagi. Ketumbuhan itu merebak dengan cepat ke bahagian pipi, hidung, dagu dan cuping telinga.




Foto: Barcroft




Keluarga Shahana berasal dari sebuah kampung terpencil kini dipercayai berada di Hospital Kolej Perubatan Dhaka bagi mendapatkan rawatan untuk kanak-kanak itu.


Shahana memberitahu agensi berita tempatan bahawa  dia berasa gatal pada muka dan lutut setiap pagi dan malam. Walaupun menghidap penyakit ganjil itu, Shahana bernasib baik kerana rakan sekelasnya menerima keadaannya tanpa prejudis.


Penyakit keturunan itu jarang berlaku dan menyebabkan ketumbuhan seperti ketuat timbul di mana-mana bahagian tubuh penghidapnya. Keadaan itu disebabkan jangkitan Human papillomavirus (HPV) dan untuk menjangkiti penghidapnya dan ia diwarisi daripada kedua-dua ibu bapa pesakit.


Sehingga kini masih belum ada penawar bagi penyakit itu kecuali beberapa kaedah rawatan yang hanya mampu mengurangkan kesakitan penghidapnya.


Hanya dua minggu sebelum kisah Shahana didedahkan, seorang lelaki juga dari Bangladesh, Abul Bajandar dilaporkan menghidap penyakit sama berjaya dirawat.


Lelaki itu menjalani sekurang-kurangnya 16 pembedahan bagi membuang kira-kira lima kilogram ketumbuhan pada tangan dan kakinya sejak keadaannya itu mendapat perhatian doktor setahun lalu.




Foto: Mail Online




Doktor percaya Abul mungkin orang pertama berjaya sembuh daripada penyakit itu asalkan ketuatnya tidak tumbuh semula. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2017 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian adik ni..semoga sembuh..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap dpt penawar sblm bertambah teruk. Budak ni cantik
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
maaflah tapi geram tgk rasa mcm nak cabut2
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ksian yer, nasib g spital awal tuk rawatan... Comel Adik Shahana nie, semoga dberi kesembuhan
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2017 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga adik ni berjaya dirawat. Comey budak nya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2017 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..moga dpt sembuh dan kembali normal
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2017 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
adik ni muke manis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2017 08:24 AM | Show all posts
semoga dberi kesembuhan
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2017 12:29 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 02:10 PM | Show all posts
manis senyuman adik ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2017 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian adik ni. Manis orang nya
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2017 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
bertabah la dik...sakit tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2017 01:47 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 2.905686 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list