CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annabellaruz2

Jom kongsi kenangan zaman sekolah dan kanak-kanak

[Copy link]
 Author| Post time 6-2-2017 10:56 AM | Show all posts
Bila malam, kami study dari pukul 6pm - 7pm.

Kadang2 dapat pengawas yang sekepala memang seronok study malam...sebab apa???

Sekeliling kawasan sekolah tu memang tersusun elok pokok bunga raya. Bila malam, banyak terdapat belalang rusa. Jadi aktiviti kami adalah menangkap belalang. Lepas tu bertanding tengok sapa punya belalang paling besar. Ada lagi beberapa kategori - paling kurus, paling gemuk, paling panjang sayap..




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2017 11:04 AM | Show all posts
kadang2 waktu petang kami berlumba tangkap belalang kat padang sekolah..

buh dalam plastik...lepat tu gunting kepak belalang dan berlumpa belalang sapa yang boleh buat lompatan paling jauh..

antara belalang2 yang biasa kami tangkap kat padang bola sekolah...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2017 11:07 AM | Show all posts
sapa tau sejenis serangga yan gbernama riang-riang..
serangga ni klu kena pegang, bising ya amat!
malam2 kalau serangga ni tersesat masuk dalam kelas waktu study, mmg berebut bebudak nak tangkap..
biasa yang berwarna hijau perut padat jarang berbunyi..
tp klu yang berwarna hitam dan perut kosong, bunyi dia macam siren latihan kebakaran...hahahaha


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2017 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa aku sekolah menengah, afa cikgu ni garang yg amat . Dahlah tak pernah senyum. Muka mencuka je. Sbb garang sangat kwn2 panggil bulldong. Kslau dia lalu je adalah yg buat bunyi menyalak sayup2. Kalau dia mengajar takde sapa yg berani bercakap hatta nak gi toiletpun. Dua tahun pulak tu dia mengajar aku. Tapi ye la zaman2 bukan cerdik sgt. Bila exam semua takut fail paper dia. Tapi SPM pun aku tak scorepun paper yg cikgu tu ajar. Masa tu diapun dah lewat 30an n tak kahwin lagi. Agaknya dia tension kot. Apa2 pun tk cikgu atas ilmu dan kenakalan kitaorang masa jadi pelajar dulu. Ilmu cikgu tetap kami hargai.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2017 02:05 PM | Show all posts
masa sekolah rendah dulu kalau hari jumaat ptg lepas balik sekolah agama berbasikal aku akan ikut jln jauh balik rumah..merayap explore kampung..sabtu ahad x dak can sbb kena buat keje umah
sekarang kalau budak2 lambat balik risau nye lahai..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2017 03:19 PM | Show all posts
bhahahahaha,..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2017 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Haiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2017 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Happening betul zaman sekolah korang. Aku duduk kl.. tp best gak sbb makcik aku jaga.. rumah dia kat kg kerinci yg skng nih dah byk building tinggi tu.. situ dulu rumah setinggan.. so banyak gak lah main2 ngn budak2 situ. Kami x de sungai.. so kami main longkang ler.. balik dari main jer aku mmg kene tenyeh dgn berus sabut tuh.. kaki ngn tangan.. yelah mcm2 kan kami pegang.. manalah kwn2 aku yg nakal tuh skng
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-2-2017 10:09 AM | Show all posts
dulu kala sebelum kampung aku tu ada air paip, seluruh penduduk kampung mandi manda dan membasuh baju kat sungai..
bila musim kemarau bertambah meriah pagi dan petang sebab penduduk kampung sebelah pun tumpang mandi kat sungai tu..
sekali sekala suasana menjadi kelam kabut bila ada yang menjerit gara-gara ular yang 'join' sekali kemeriahan kat situ...hahahah
aku pernah kena baling dengan kasut boot oleh mak aku sebab aku sauk ular tu bawa balik dalam tangguk...






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2017 10:43 AM | Show all posts
kalau nak sebut pasal menyelam...kategori pompuan, mmg aku la jaguhkan...hahahaha
aku suka mencari 'rezeki' dalam sungai tu...
memandang sungai kat kampung aku tu dasarnya adalah batu kerikil dan pasir, jadi mmg jernih la kan..
setiap kali mandi, aku suka bawa tangguk untuk menangguk ikan dan udang kat tepi2 sungai..
kegunaan lain tangguk tersebut ialah aku tangguk pasir dan batu kerikil lepas tu gouang buang pasir..lepas tu selalu ada rezeki dapat duit syiling..
kadang2 sampai RM1 aku dapat..balik umah aku g belanja kat kedai ketua kampung..belanja adik2 aku beli keropok..hehe
tahun 1985-1990 RM1 tu sama la dengan RM10 skrg!
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2017 11:17 AM | Show all posts
kenangan waktu sekolah rendah..plg tak leh lupa masa time rehat main kejar2 tup tup terjelepuk kat tanah sampai berbalut tangan seminggu nasib takde patah ke apa..

lagi satu bila dah hujung2 tahun lps exam mesti ada rombongan pegi jalan2..masa tu best sgt2 teruja lain mcm

bila dah besar2 ni slalu pikir..kalau la masa bole putar kan best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2017 11:27 AM | Show all posts
SepatUngu replied at 7-2-2017 12:17 PM
kenangan waktu sekolah rendah..plg tak leh lupa masa time rehat main kejar2 tup tup terjelepuk kat t ...

kannn...klu la poket doraemon tu betul2 wujud...
x mampu beli, aku sewa sehari semalam khas utk mengimbau kembali zaman kanak2..hahaha

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2017 11:41 AM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 7-2-2017 03:27 AM
kannn...klu la poket doraemon tu betul2 wujud...
x mampu beli, aku sewa sehari semalam khas utk m ...

kannn2 alangkah bestnyer wak tu sekolah kecik2 dulu..happy jer takda nk pikir mslh apa2 pon
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2017 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Dapat no.1 from standanrd 1-6
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2017 12:07 PM | Show all posts
eita2 replied at 7-2-2017 12:45 PM
Dapat no.1 from standanrd 1-6

me too!
sekolah kampung..mundur..tp berjaya dapat 5A UPSR..
sekolah tu 2 orang jer yg dapat mencapai 5A dan ditawarkan ke sekolah berasrama penuh di Semenanjung..
tp disebabkan berjauhan dengan family, bapa tak lepaskan.
so, sambung la form 1 kat sekolah yang paling popular kat Sarawak zaman pemerintahan british dulu2..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-2-2017 03:17 PM | Show all posts
Bila naik sekolah menengah, sebelum menjelang hari sukaneka kat sekolah, setiap rumah sukan mesti menghantar 6 wakil lelaki dan perempuan untuk pertandingan merentas desa. Kiranya dalam acara tersebut terdapat 48 orag peserta setiap kategori.

Biasanya nama aku mmg tersenarai walau pun aku atlet acara pecut. Sebulan sebelum hari pertandingan, seminggu 2 kali kami akan menjalani latihan. Laluan biasa dah tentu akan melalui kampung2 yang berhampiran.

Disepanjang laluan memang banyak kebun koko dan pokok buah-buahan.

Klu musim buah-buahan, kami lagi bersemangat untuk menjalani latihan sebab masa ni la kami2 yg 'nakal' ni akan ambik kesempatan rembat buah2 yang ditepi jalan.

Kebanyakkannya pokok buah rambutan dan pelbagai mangga dan buah hutan yang tumbuh liar dikaki2 bukit yang menjadi laluan untuk merentas desa.

klu bukan musim buah, maka yang menjadi mangsa adalah buah koko. Rasa buah koko masak yang masam2 dan lemak memang menjadi legemaran aku.

Pernah sekali, ketika sedang melalui jalan kampung, aku dan 3 orang rakan bernasib baik sebab buah durian yang gugur tidak mengenai kepala. Makanya buah durian tersebut kami berempat kendurikan...hehehe..masa ni budak2..nakal susah nak control..

Selang seminggu, semasa menjalani latihan yang sama, kami mengambil buah koko yang masak ditepi jalan...tapi yang malangnya, pokok koko tu ada penyengat!

Bertempiaran kami menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam sungai yang berhampiran. Padan muka kami...hahaha

Agar tak terpecah rahsia, kami mengambil keputusan untuk berjalan kami di dalam panas terik. So, at least, bila sampai digarisan penamat, kami tidak basah kuyup.

Semasa hari pertandingan yang sebenar, biasanya aku akan mendapat nombor yang berbelas2..almaklum, aku pelari jarak dekat, bukan jarak jauh...





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-2-2017 03:28 PM | Show all posts
bila cerita pasal 'MENIPU' ni, teringat zaman sekolah menengah sewaktu dudk di asrama.

Disebabkan terlalu banyak kes pelajar terkena gastrik, maka masa aku form 2, sekolah dah start sarapan, lunch dan makan petang menggunakan kad kehadiran.

Setiap kali hadir ke dewan makan, pengawas akan cop pada column yang disediakan untuk kehadiran ke dewan makan.

Sebulan sekeping kad. Jika didapati tidak hadir dan tidak bercop maka anda bersedia untuk menerima hukuman atau denda RM0.50 setiap ketidakhadiran. Masa tu RM0.50 besar woooooo..

Disinilah bermulanya episod penipuan kehadiran ke dewan makan. Pemadam akan menjadi mangsa diubah menjadi rubber stamp dan pen biru bakal menjadi stamp pad!

Pemadam akan diukir dengan pisau membentuk tarikh mengikut tarikh semasa. Kreatif sungguh kan bebudak yg mengajar menipu nih..

Yang kelakar tu, pengawas pun terlepas pandang akan cop2 tipu nih...selama 4 tahun aku duduk asrama dan sesekali menipu guna taktik ni, setakat tu memang terlepas.

Aku speku, pengawas sebenar dah tangkap penipuan tersebut tapi malas nak ambk port. Janji kad x der 'blank' kat coulmn cop...kikiki
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
zaman sekolah best takyah pikir masalah dunia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2017 04:03 PM | Show all posts
ada lagi 1 permainan yg menyumbang kepada penghasilan sampaj yang agak tinggi...


Kapal terbang kertas...hahahaha

memula start size yg kecik2 jer..

bila makin lama rasa riak dan ingin berlumba tu datang..maka saiz kapal terbang tu semakin besar dan besar...

kalau nak besar, apa lagi?

dah tentu2 kertas lukisan saiz A3 paper ygn jadi mangsa...hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2017 04:07 PM | Show all posts
masa zaman sekolah menengah aku duduk kat asrama..
sekeliling sekolah byk pokok bunga raya & aloevera..

klu petang sabtu tidak terlibat dengan apa2 aktiviti, aku suka petik daun bunga raya dan ramas bersama aloe vera..
lepas tu lumur kat rambut sebelum mandi..

rambut jd lebat dan hitam berkilat..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:51 PM GMT+8 , Processed in 0.170778 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list