CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: annabellaruz2

Jom kongsi kenangan zaman sekolah dan kanak-kanak

[Copy link]
 Author| Post time 19-7-2017 10:51 AM | Show all posts
syitaeyqa replied at 19-7-2017 10:59 AM
Masa rumah belum pasang paip air n guna air perigi je utk masak, ktorg akan pegi cuci baju kat sunga ...

seronok kan syita??
paling suka kalau sebut aktiviti air..
makcik aku siap gelar aku hantu air..
bayangkan..
kul 6.30pg aku dah turun ke sungai panjat pokok ara lastik burung..
pastu dalam kul 8 pg aku start basuh baju..
kat situ ada jeti yang besar dan selesa untuk menduduk kampung mandi manda dan mencuci baju...
air sungai kat situ klu bukan waktu pasang, setakat paras pinggang orang dewasa jer..
jernih dan sejuk sebab dasarnya batu & pasir..
boleh nampak ikan berenang2 berhampiran orang yg mandi manda..
dah selesai, aku akan hantar baju ke rumah untuk sidai..
dah siap sidai, aku turun balik ke sungai dengan senapang ikan/joran/tangguk...
selagi tak puas, aku takkan balik ke rumah smpai tghari kecuali klu hari hujan..
tghari, aku memasak untk makan tghari kami adik beradik..
lauknya dah tentulah ikan dan udang yang aku dapat kat sungai td..
rehat sebentar sebelum aku angkat kain baju yg selalunya dah kering waktu2 mcm tu..
longgok dulu atas sofa..
aku ambik pula parang kontot dan raga..
cari pucuk ubi, pucuk rebung, petik pucuk paku tepi sungai kat bahagian hulu sungai..
yang kat hulu tu biasanya sawah padi paya penduduk kampung..
kat belakang rumah aku dalam jarak 500 mtr ada padang bola..
kat situ pun ada lagi 1 tempat mandi yg menjadi pilihan aku untuk aksi tarzan..
yg pertama tu
sebelah tepi pula ladang getah yang byk rumpun buluh dan bermcam sumber sayur hutan yg boleh dibuat lauk..

sesiapa yang tinggal di Serian, ini adalah Sungai Ranchan...


apa yg aku nak bgtau adalah...macam ni la sungai yg terdapat di kampung aku.





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-7-2017 10:54 AM | Show all posts
Edited by annabellaruz2 at 19-7-2017 02:46 PM
syitaeyqa replied at 19-7-2017 11:26 AM
heee, u got priceless experience anna. I merasa laa jugak sikit2 pengalaman tu, tp bersawah tu tak ...

babe....

tiap kali klu adarojek pembinaan jambatan atau bangunan yg besar2...
maka akan kedengaran la kisah pemotong kepala ni..
khabarnya, untuk teguhkan tiang utama sesebuah bangunan atau pembinaan, perlukan korban kepala manusia..
gerun tau klu dengar kisah ni..
aku ada share kat benang misteri aku klu tak silap..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2017 10:57 AM | Show all posts
syitaeyqa replied at 19-7-2017 11:27 AM
haah cili gerunung. officemate I bawak sbb kwn dia yg produce sos tu. Dia ckp cili tu femes kt sar ...

aku rasa sebab bukan cili mentah kot..
dah diproses, kurang la pedas nya..
ko pernah makan yang rare tak??
itu mmg pedas giler..

untuk resepi semangkuk pucuk rebung tumis santan...
biasanya aku akan guna 3 biji cili besar untuk dapatkan warna merah..
dan dalam 15 biji cili api iuntuk pedas..
tp klu guna cili berunung ni..
2 biji dah cukup untuk dapatkan pedas dan warna merah yang sama..





Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 12:50 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 19-7-2017 10:54 AM
babe....

tiap kali klu adarojek pembinaan jambatan atau bangunan yg besar2...

omaigod seriously? I tak pernah dengar pasal ni. Kiranya mmg adat atau mcm mana?

Jambatan tu yg kat Limbang tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 12:51 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 19-7-2017 10:57 AM
aku rasa sebab bukan cili mentah kot..
dah diproses, kurang la pedas nya..
ko pernah makan yang  ...

Ohh, mungkin jugak kot, Hehe. Pedas laa kiranya kan kalau cuma guna 2 biji jee, Sbb I pun kalau menumis, biasanya guna dlm 15 biji jugak cili api biasa tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 12:54 PM | Show all posts
annabellaruz2 replied at 19-7-2017 10:51 AM
seronok kan syita??
paling suka kalau sebut aktiviti air..
makcik aku siap gelar aku hantu air.. ...

Seronok. I terbayang balik kecik2 dulu. Selalu jugak merungut rasa susah kan, tapi bila dah besar ni, baru I faham maksud rindu tu. Skrg kitorang dah tak pegi sungai, tak guna air perigi, nak kangkung, pucuk paku beli je. Sebab dah mudah semuanya dah ada.

Mandi sungai antara benda I paling suka masa kecik dulu. Spend masa berjam-jam pun takpe kat sungai tu, sampai kecut jari. Tengah mandi, hujan pun bantai jugak mandi. Kadang tu, petang2 balik sekolah gi mandi sungai sampaikan mak jerit suruh balik pastu takutkan kata nanti hantu sungai kacau. hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-7-2017 01:47 PM | Show all posts
syitaeyqa replied at 19-7-2017 01:50 PM
omaigod seriously? I tak pernah dengar pasal ni. Kiranya mmg adat atau mcm mana?

Jambatan tu yg ...

done edit my post...heheh

takut jadi hal plak..huhuhu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2017 01:48 PM | Show all posts
syitaeyqa replied at 19-7-2017 01:50 PM
omaigod seriously? I tak pernah dengar pasal ni. Kiranya mmg adat atau mcm mana?

Jambatan tu yg ...

bukan adat syita...tp dengar kata...setiap pembinaan mesti ada korban
or else, tempat tu akan sentiasa memakan korban setiap masa..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-7-2017 01:49 PM | Show all posts
syitaeyqa replied at 19-7-2017 01:51 PM
Ohh, mungkin jugak kot, Hehe. Pedas laa kiranya kan kalau cuma guna 2 biji jee, Sbb I pun kalau me ...

mmg pedas sangat..
kami tak berapa suka buat sambal belacan guna cili tu..
sebab sebenarnya tak sesuai utk perut..
klu memasak, ye, aku suka pakai cili tu..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2017 02:01 PM | Show all posts
syitaeyqa replied at 19-7-2017 01:54 PM
Seronok. I terbayang balik kecik2 dulu. Selalu jugak merungut rasa susah kan, tapi bila dah besar  ...

tau tak aku paling suka main hujan dulu2..
klu hujan yang lebat giler takde petir dan guruh,
mmg diluar rumah la tempat aku..
kan kami dulu tadah air hujan dalam tong besar??
klu tong dah penuh, kami alihkan corong air tu kat tempat lapang..
beramai2 kami budak2 maacam pesta air.
masa ni mmg ambik kesempatan betul....tadah air selagi ada bekas kosong utk cuci baju dan pinggan mangkuk.
abah aku best tau...kat rumah aku ada 1 tong air hitam yang besar dan bulat.

macam ni...


bbdak suka masuk dalam tong tu untuk mandi berendam..
sekali masuk boleh 4 orang jer..

tak lama lepas tu abah aku buat bekas bela ikan puyu...



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
syitaeyqa replied at 19-7-2017 09:59 AM
Masa rumah belum pasang paip air n guna air perigi je utk masak, ktorg akan pegi cuci baju kat sunga ...

Iols dulu minat sgt dgn perigi. Sbb kat bandar xde perigi   klu blk kg iols pun suka sgt tangkap anak2 udang tu. Dulu2 longkang dpn umah arwah opah tu jernih airnya. Sonok tgk ikan puyu, ikan keli berenang2. Pastu dorg start bedil batu kapor, abis air sungai keruh, ikan pun dah xde. Skrg meols dah kertu n site batu kapur tu pon dah tutup..abah kt air dah jernih balik, ikan keli pun dah dtg balik. Tp iols pulak xbalik kg sbb arwah opah dah xde.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols  org bandar. Klu blk kg tengok arwah opah, br la rasa hidup kg. Tu pon x pernah tidor sbb abah ni jenis pantang tido umah org Zaman sekolah iols, ada gak cite menarik. Antaranya senior iols kat skolah termasuk la amy mastura. Sheols prefect hokay, tp suka buli adik2 bukan la buli pukul2 tp antaranya bila naik bas, tak kasi budak kecik duduk. Jenuh tau berdiri sampai sekolah andai kt kaka amy ada kat porum ni, jgn marah haaa
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
annabellaruz2 replied at 7-2-2017 03:28 PM
bila cerita pasal 'MENIPU' ni, teringat zaman sekolah menengah sewaktu dudk di asrama.

Disebabkan ...

Iols xde la ddk asrama. Anak manja kot dulu    tp lari kluar sekolah tu ada la. I mmg xminat add maths. Bila daftar spm cepat2 drop add maths. Rupanya cikgu add maths tu pon suka, siap ckp "hallelujah" sbb i x amik add maths..cacat rekod dia nnt   anyway ms add maths ni la sll cabut awal      zaman dulu mana ada shopping mall canggih2. Yg ada kat ipoh Super Kinta je (mst @sukacactus tahu). Tp kitorg suka gi SK tu, sbb masa tu Abu (gitaris MAY) dulu keje situ. My bff ms tu, minat sangat Abu tu. Tp setakat tgk je la, nak tegor malu. Lps tu MAY meletop, Abu pindah KL kot & tiada penampakan lagi  
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 09:00 PM | Show all posts
mimpi jumpa hantu ...........terus jatuh katil ....
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 05:18 AM From the mobile phone | Show all posts
JeepersCreepers replied at 19-7-2017 06:48 PM
Iols xde la ddk asrama. Anak manja kot dulu    tp lari kluar sekolah tu ada la. I mmg xminat add ...

Mesti la tau JP
Tu la tempat paling happening masa tu
Bila balik kg, chu iols ada la bawa kami adik beradik naik bas gi ipoh
Ada sekali tu abg iols tunjuk terror
Konon tau jalan nak naik ke super kinta tu
Kan tingkat bawah dia pasar
Dibawa nya kami adik beradik masuk ikut side pasar cina
Tu la first time nampak khinzir bergantungan
Busuk nak mampus..mmg dah nak termuntah dah kami adik beradik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2017 03:54 PM | Show all posts
@FARRAZOOL

meh sambung kisah rakit tu...

kat kampung nenek aku dulu, klu mandi kat sungai mmg kami mandi atas rakit sebab kat situ tak de jeti yg proper..
nak mencuci baju pun kami alaskan dengan papan atas rakit tu..
biasanya rakit tu saiznya lebih besar dan lebar..diikat pada sebatang pokok supaya tak hanyut..
tp aku ada sebiji rakit yang diperbuat dari buluh betong...
tak lebar sangat..agak2 dalam 2 kaki...
rakit tu la yg kami selau guna untuk mudik ke hulu dan ke hilir kat sungai tu tapi tak jauh pun...
kami tolak rakit tu dengan batang buluh ke hulu....
dah jauh sikit, kami biarkan rakit tu hanyut sendiri mengikut arus sungai yang tak deras langsung..
masa tu tak pernah ada ancaman buaya..
dan belum pernah terjadi lagi kes mati lemas kat sungai tu..
lagi pun, masa tu ramai orang dewasa yang ada mandi bersama kat sana..
klu zaman dulu, bila kata 'tak pandai berenang' macam menipu jer bunyi nyer..
budak2 kecik pun terer berenang kat sungai...hehehe
kadang2 aku kayuh ke hulu dan ikat kat pokok di tebing sungai sebelum aku mula memancing..

kampung mak aku tu terletak di kawasan yang agak rendah...
jd bila tiba musim tengkujuh memang kampung akan ditenggelami air..
sebab tu la rumah panjang kami dulu2 bertiang tinggi..biasanya lantai rumah panjang setinggi lebih dari 5 kaki dari aras tanah....
reban ayam itik dan binatang ternakan yang lain, mmg dibuat di bawah rumah..
tetapi apabila kerap berlaku banjir, untuk mengelakkan haiwan ternakan mati lemas, penduduk mula mendirikan reban ayam di belakang rumah..
masa dahulu, musim tengkujuh senang dijangka..bukan macam sekarang yg tidak mengira musim..
klu hujung tahun mmg musim hujan kat sana..

begitu juga musim buah...serentak dgn musim hujan..
boleh dikatakan setiap penduduk kampung ada sebiji perahu ataupun rakit buluh sebagai persediaan untuk menghadapi musim hujan.
biasanya kalau musim tengkujuh, banjir kerap naik separas pinggang atau pun beberapa inchi kurang dari paras lantai..
walau pun di anggap sebagai bencana, tetapi bagi kami kanak2, itu merupakan satu pesta..
sebab, masa ni la masing2 nak tunjuk terer sapa pandai mengayuh sampan/perahu atau mengemudi rakit..
aku la tu salah satunya budak perempuan yg suka berlagak dgn budak lelaki..

tapi yg paling best sebab musim buah...aku dah lupa tahun bila, tapi yang aku ingat, masa tu aku sekolah rendah..
berlaku anir besar di sarawakbyk kawasan perkampungan yang dinaiki air dan penduduk terpaksa berpindah ke tempat tinggi
termasuklah penduduk rumah panjang nenek aku tu..

masa banjir besar tu, kami tak perlu nak menyelinap dalam semak utk pergi ke tapak perkampungan lama yang banyak pokok buah..
dan tak perlu bersusah payah nak panjat pokok buah..
memadai dengan mengayuh sampan dan memetik buah dari dalam sampan..
tapi awas hati2...

bila musim hujan dan banjir macam ni, ular2 byk yg melingkar di dahan2 pokok..
tp dijamin pokok2 tersebut bebas kerengga dan penyengat sebb masa ni la kerengga dan penyengat bersembunyi di dlam sarang mereka..
lepas dah bersukaria memetik buah bermain air dan mengayuh sampan, balik ke rumah, terus dapat upah sebat dan kena bebel dgn nenek sebab bahaya katanya..klu nak pergi petik buah, biarlah pergi dengan orang yg lebih besar..
masa tu aku pergi dgn sepupu aku yg lebih kurang sebaya..
aku yg kayuh smpan..

ala, sampan kecik jer..pengayuh pun kecik sbb mmg khas atok sedara aku buat utk aku..
ingat tak atok sedara yg panggil aku cucu bu'ung....
aku jadi cucu kesayangan dia wlupun dia ada cucu kandung sendiri...hehehe
atok tu mmg ambik upah buat sampan kat kampung tu..
sejak dia meninggal, anak2 dia takde seorang pun yg menyambung kerjayanya sebagai pembuat sampan.
Almaklum, masa kini, xde sapa yg  berani naik sampan kat sungai yg berhampiran...
lagi pun semua dh guna jalan darat..naik kete dan moto..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2017 02:42 PM | Show all posts
syitaeyqa replied at 19-7-2017 01:54 PM
Seronok. I terbayang balik kecik2 dulu. Selalu jugak merungut rasa susah kan, tapi bila dah besar  ...

babe,

teringat aku masa aku kecik2 dulu..
kami ni paling awal ada peti sejuk pun kalau tak silap aku tahun 1992..
Sebelum2 tu, cara kami simpan stok lauk seperti daging atau ikan, adalah dengan membuat pekasam pun disalai.
Kalau ayam memang dimasak sup jer untuk tahan at least sehari suntuk.
Nak tau kenapa??
Sebab kami makan ayam kampung dan isi ayam ni agak liat seperti ayam pencen.
Jadinya memang sup jer la yang sesuai.

Daging2 kancil/pelanduk/rusa/kijang memang akan disalai atau dibuat pekasam untuk disimpan lama.
biasanya sambil memasak dengan kayu api, kami tumpang sekali menyalai daging dan ikan.

Air sejuk? Zaman tu nak minum air sejuk, cuma di pasar2 atau di pekan sahaja.
Kat rumah, kami minum air masak biasa sahaja.
Tapi kalau ke sawah, biasanya perigi akan dibuat di kawasan yang terdapat sejenis tumbuhan atau rumput yang batangnya segitiga.
Sebab, air yang terdapat dikawasan rumput tersebut akan menjad sejuk seolah-olah air dalam peti sejuk.



Susah nak cari kat google..huhu



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2017 11:27 AM | Show all posts
lama nya tak kongsi cerita dalam ni..
@deehanania
@jeeperscreepers
@jiwakacau
@azie999
@oak.balustrate
@cardigan85
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 02:37 PM | Show all posts
teringat main zero point.gelang getah yang disambung2 tu.melompat bukan main. sekarang nak melompat..hahahaha.tak larat dah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2017 02:39 PM | Show all posts
dr1234 replied at 20-10-2017 03:37 PM
teringat main zero point.gelang getah yang disambung2 tu.melompat bukan main. sekarang nak melompat. ...

tubest woo..
bangganya klu dapat lompat getah yg paras ubun2 pihak lawan..ahahahah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:42 AM GMT+8 , Processed in 0.455582 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list