Sata ikan atau satey ikan merupakan antara makanan tradisional yang sangat popular di negeri Terengganu.
Jika anda berpeluang bercuti ke Terengganu, lengkapkan percutian anda dengan pergi ke pasar malam atau gerai ditepi-tepi jalan untuk merasa hidangan ini. Rugi tak cuba tau!
Apa maksud Sata? Secara ringkasnya perkataan sata bermaksud lurus. Mungkin kerana sata ini dimasak dengan cara dicucuk pada belahan buluh lurus dan dipanggang (seperti sate). Harganya agak murah dan cara penyediaannya juga ringkas.
Jika dilihat dari segi cara membuatnya, ia juga hampir menyerupai otak-otak. Namun,terdapat perbezaan antara kedua-dua makanan ini. Perbezaannya terletak pada bentuk, rupa, warna dan cara bungkusannya.
Anda mungkin mudah untuk mendapatkan otak-otak di mana-mana restoran atau gerai-gerai, tetapi sata ikan agak sukar di temui di luar negeri Terengganu. Jadi jika "mengidam" nak makan sata ikan, tak perlu lagi bersusah payah ke Terengganu kerana kami ada resepi untuk dikongsikan. Kini, anda boleh cuba sendiri dirumah mengikut resepi sata ikan dibawah ini.
Kredit: Surita Hassan
Bahan-bahan
5 ekor ikan sardin/selayang
3/4 biji kelapa putih
6 biji bwg merah (ditumbuk)
Seinci halia (ditumbuk)
Sedikit daun kesom (diracik halus)
1 sdb cili boh
1 biji telur
Garam,gula dan abe aji
Resepi rahsia budu sedikit
Cili api potong kecil2 x nk pedas potong cili besar
Daun pisang layur atas api
Cara-caranya
Ikan ambil isinya
Tumbuk atau mesin
Gaul dengan bahan yang lain
Ambil daun pisang buat kelongsong
Bakar/goreng jer atas kuali leper