CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13245|Reply: 91

[Pelbagai] SOMBONG

  [Copy link]
Post time 3-2-2017 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Antara penyebab  manusia sombong

1. Ilmu
2.Keturunan
3.Kecantikan
4.Kekuatan @ Kuasa
5.Kekayaan
6.Kawan @ Kenalan

Aper pengalaman anda ?

Atau ada lagi penyebab lain ?


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2017 10:38 PM | Show all posts
Tular di Whatsapp-

*Nauzubillah Min Zalik!! Inilah 26 Sifat Sombong Yang Kita Sering Amalkan Tanpa Kita Sedari. Baca Dan sama-sama muhasabah diri...*

Ada 26 tanda-tanda sifat sombong yang adakalanya tanpa kita sedari selalu kita amalkan.

Ingatlah, jangan kita bersifat sombong terhadap orang lain kerana orang sombong tidak akan masuk ke dalam syurga.

1. Orang sombong payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.

2. Orang sombong mudah marah bila berlaku perbincangan dua hala. Cepat naik darah kalau ada kesilapan.

3. Orang sombong memilih kawan dan suka berkawan dengan orang yang sama taraf dengannya saja.

4. Bahkan dengan orang yang sama taraf dengannya pun masih dipilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu mendengar kata-katanya sahaja.

5. Orang sombong memandang hina kepada orang bawahan.

6. Orang sombong ketika dalam perbincangan, suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.

7. Orang sombong ketika dalam perbincangan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan dituruti. Sebaliknya, dia sendiri sukar hendak mendengar pendapat orang lain.

8. Orang sombong di dalam pergaulannya, dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.

9. Orang sombong kalau menjadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut dan orang bawahannya.

10. Orang sombong sukar memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.

11. Orang sombong kalau dia bersalah sukar hendak meminta maaf.

12. Orang sombong suka dihormati.

13. Orang sombong suka menzalimi samada secara halus ataupun kasar.

14. Orang sombong kurang mesra dengan orang lain kecuali terpaksa kerana memerlukan orang itu.

15. Orang sombong suka memperkatakan keburukan orang dengan mengumpat, memfitnah serta membenci orang lain.

16. Orang sombong kurang menghormati pemberian orang lain.

17. Orang sombong suka menceritakan kelebihan diri sendiri.

18. Orang sombong suka menghina dan menjatuhkan air muka seseorang di hadapan orang lain.

19. Orang sombong kurang mensyukuri nikmat Allah SWT. Kalau ada pun, dibazirkan.

20. Orang sombong kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.

21. Orang sombong kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.

22. Orang sombong tidak suka menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang lain.

23. Orang sombong tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.

24. Orang sombong suka membesar-besarkan kesalahan orang lain sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.

25. Orang sombong tidak senang dengan kejayaan orang lain.

26. Orang sombong sangat tersinggung jika disebut kelebihan orang lain didepannya tetapi jika dipuji, dia sangat gembira.


Semoga memberi manfaat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 10:43 PM | Show all posts
Ego yang terlebih over pun boleh menjurus kearah tu jugak. Ego bermaksud tak nak mengalah, dia je yg semua betul, org lain asyik diperlekehkan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 10:44 PM | Show all posts
Lagi satu yang aku nak sebut ialah orang yang suka mempersendakan orang dengan alasan buat lawak/lucu. Org panggil personal joke. Buat joke konon, tapi dengan kaedah menjatuhkan air muka orang lain. Mungkin bukan kategori sombong seperti yang TT maksudkan, tapi hampir2 sama.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda2 material atas dunia
Darjat
Gaya hidup walaupun kedudukan keWangan biasa2 (kalau yg kaya tu biase la)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan sombong kecuali jenazah kita bole bergolek masuk sendiri ke dalam lubang kubur

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-2-2017 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
aishahnoordin replied at 3-2-2017 10:47 PM
Jangan sombong kecuali jenazah kita bole bergolek masuk sendiri ke dalam lubang kubur

Komen win  
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2017 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh sombong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2017 12:05 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 3-2-2017 10:38 PM
Tular di Whatsapp-

*Nauzubillah Min Zalik!! Inilah 26 Sifat Sombong Yang Kita Sering Amalkan Tan ...

Yg lain ok. Bila baca nombor 20 tu jd lawak plak.

Sorii..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2017 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Too much ego will kill ur talent

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2017 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by najlah at 4-2-2017 08:04 PM

SOMBONG..

Sikap memuji diri. Sikap ini muncul kerana merasa dirinya memiliki kelebihan harta, ilmu pengetahuan dan keturunan. Oleh sebab itu ia merasa lebih hebat berbanding dengan orang lain.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2017 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by najlah at 5-2-2017 07:09 PM

SOMBONG..

Suka mencela dan membesar-besarkan kesalahan orang lain. Orang yang sombong selalu menyangka bahawa dirinyalah yang benar, baik dan mulia. Sedangkan orang lain dianggap rendah, kecil dan hina.Bahkan orang lain dimatanya selalu berbuat salah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2017 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Arrogance and ego will kill yoursef at the end

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2017 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa perlu sombong.?

Sedangkan kita semua bermula dari setitis air mani (melainkan Nabi Adam & Hawa) dan kemudian akan ditanam di dalam tanah..kemudian isi dan kulit kita akan dimakan oleh ulat2 pula sehingga tinggal tulang dan tengkorak shj..

Kecuali utk mereka2 yg dipelihara jasadnya oleh Allah s.w.t sehingga hari kiamat..  
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2017 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
najlah replied at 4-2-2017 10:23 AM
SOMBONG..

Suka mencela dan membesar-besarkan kesalahan orang lain, Orang yang sombong selalu meny ...

Betul tu..suka mencela orang dan mencari2 kesalahan dan keaiban org lain..

Itu juga ciri2 orang yg sombong dan takbur..  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2017 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Suka mempermainkan perasaan org yg lemah juga antara ciri org sombong juga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2017 11:26 AM | Show all posts
Arrogance is weakness disguised as strength

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2017 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sombong mcm cite kura2 ngn arnab.last2 arnab ketinggalan. Slow doesn't mean stupid

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2017 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa la yang kita dapat kalau sombong mendongak tinggi ke langit nun sana

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2017 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ladybosss replied at 3-2-2017 10:25 PM
Antara penyebab  manusia sombong

1. Ilmu

Rasanya smua tu puncanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.084770 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list