View: 984|Reply: 13
|
[Tempatan]
Demo parti PAN bantah Donald Trump tak laku
[Copy link]
|
|
so dah nampak PRU14 ni pakatan harapan bakal bungkus selagi tak melutut/menyembah parti PAS. so blh nampak kekuatan jentera grass root ada dalam PAS. yg lain2 cuma menumpang jentera PAS jer masa PRU13. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang dah jangka
DAP ingat nak umpan emosi jemaah melayu yang solat jumaat
Sorry la, ahso dengan ahbeng je penyudahnya yang diperbodoh dapig
Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
PERANG MEDIA AMERIKA DAN KEKELIRUAN POLITIKUS & MEDIA MALAYSIA
Saya dengar ada parti politik dan media yang ingin mencari markah politik murahan (“score cheap political points”) dengan cuba menjadi jaguh anti-Trump, sekali gus libas kerajaan Malaysia. Kononnya mereka lebih berprihatin dengan maslahat umat Islam. Uncle Lim membela nasib umat Islam dan memanggil OIC untuk bertindak? Masya Allah.
Di mana kalian ketika kerajaan Malaysia membela nasib kaum Rohingya berseorangan dalam ASEAN dan menggerakkan OIC berseorangan, selain mendapat reaksi sinis dari kalian?
Di mana solidariti kalian bersama umat Islam di Yaman, Pakistan dan Somalia yang dibom siang malam oleh Obama, selain beria-ria menulis petisyen kepada Rumah Putih untuk mengundang campur tangan asing?
Kita sepatutnya menjadi lebih peka dan teliti dalam melaporkan berita-berita antarabangsa, terutamanya yang melibatkan diplomasi dan geopolitik, bukan telan bulat-bulat apa yang dilaporkan oleh media pro-Democrat (CNN, MSNBC, New York Times, Washington Post, Huffington Post) yang sememangnya main kotor (“nasty”) dengan Trump.
Orang yang jenis membaca tajuk sahaja akan terus melatah dengan istilah “Muslim Ban”, tanpa meneliti fakta mengenai Arahan Eksekutif tersebut yang hanya merupakan “moratorium” (penangguhan atau penghentian sementara) bersifat sementara (90-120 hari) untuk tujuan pemeriksaan (“vetting”). Ini namanya prosedur berjaga-jaga, bukan “hate crime”. Media-media tersebut tidak membincangkan pasal moratorium tersebut, tetapi menyimpang ke cerita “Steve Jobs pun anak kepada pelarian Syria”. Macam lah imigresen US dahulu tidak pernah “vetting” ayah Steve Jobs.
Sebenarnya Obama sendiri yang mengenalpasti 7 buah negara tersebut (Syria, Iraq, Iran, Libya, Somalia, Sudan dan Yaman) untuk digantungkan kelayakan Visa Waiver Program (VWP) atas alasan “growing threat from foreign terrorist fighters”. (https://www.dhs.gov/news/2016/02 ... visa-waiver-program) Tetapi mengapa Obama tidak pernah dikecam oleh media US, Trump pula dibantai seteruk-teruknya? Nampak tak permainan di situ? |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang berlaku di US sekarang ialah pertarungan kuasa tiga penjuru antara “liberal” (Democrat), “conservative” (Republican) dan “populism” (Trump). Kemunculan Trump dan dasar-dasarnya yang tidak konvensional (mansuh TPP, sekat pelobi asing) bakal menggugat kepentingan “Establishment” yang terdiri dari elit kedua-dua parti utama. Maka elit-elit yang mengawal media dan Hollywood ini sedang bercuba sedaya upaya mengusir Trump, bukan sahaja melalui desakan dalaman malah juga melalui desakan antarabangsa. Trump kaya, tetapi kekayaannya (US$ 4 bilion) tidak dapat menandingi jaringan dan dana George Soros (US$ 25 bilion) yang merupakan penggerak utama kempen anti-Trump. Itu sebabnya semua berita mengenai Trump adalah negatif belaka.
Tindakan Trump adalah selari dengan bidang kuasanya, bukan hak kita untuk senang-senang memberi komen, kerana itu adalah urusan domestik US. Ia bukan penganiayaan hak Muslim secara mutlak yang memerlukan suara dan tindakan OIC. Negara-negara Islam seperti Saudi, UAE, Mesir dan sebagainya tidak menerima kesan. Trump sendiri menafikan ia satu sekatan ke atas Muslim. Media pro-Democrat yang menyumbat kata-kata ke mulut Trump.
Ada yang kata kononnya negara-negara yang tidak disekat ini ada hubungan perniagaan dengan Trump. Dakwaan tersebut disebarkan oleh Ian Bremmer, ketua Eurasia Group yang sememangnya seorang jurucakap “Establishment”. Obama sendiri yang mengenalpasti 7 buah negara ini, habis Obama itu kroni Trump?
Jangan cepat melatah dengan perkembangan di US. Apa yang perlu kita buat ialah tunggu dan lihat selagi ia tidak menggugat kepentingan Malaysia. Tidak perlu kita bersorak untuk kem Clinton, McCain dan Soros. Kalau tidak mahu dilabel sebagai pengikut Soros, bertindaklah secara profesional dan bijaksana.
Ini bukan nak "backup" Trump, tetapi kita perlu memahami asbab di sebalik setiap peristiwa politik antarabangsa. Kalau Trump membuat perkara-perkara yang betul menggugat kepentingan umat (contohnya pemindahan kedutaan US ke Baitul Maqdis), kita bantah. Tetapi kalian tengoklah nanti, media-media ini juga yang akan membisu dan tidak berkata apa-ap |
|
|
|
|
|
|
|
source : Facebook Ayman Rashdan Wong |
|
|
|
|
|
|
|
jom derma untuk trump..
akak ada 2.6 billion ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Soros bagi duit sikit ke |
|
|
|
|
|
|
|
Trend terkini... macai memuji memuja pas |
|
|
|
|
|
|
|
tanpa PAS perhimpunan soladariti anwar pun tinggal berapa belas org saja yg pegang lilin. haha..
klu tahun 1998 ratusan ribu turun utk anwar, tapi sejak PAS boikot, skrg berapa belas org saja yg turun depan mahkamah utk support kes rayuan liwat anwar. SEDEY KAN ??
|
|
|
|
|
|
|
|
tobby replied at 5-2-2017 12:37 AM
tanpa PAS perhimpunan soladariti anwar pun tinggal berapa belas org saja yg pegang lilin. haha.. ...
Realitinya orang kita memang tak minat berhimpun ni... bukan takat pembangkang je jumlah sikit... umno punya anjuran pun tanpa makanan dan transport, jumlah amat menyedihkan...rakyat kita dah sampai ke tahap cuma fikirkan nak kerja cari rezeki untuk diri sendiri dan family jer... |
|
|
|
|
|
|
|
whatever.
ai harap donald trump sempat la declassify area 51, 28 pages of the redacted 9/11 report, operasi seal team 6 yg bunuh osama bin laden etc, sebelum beliau di impeach atau di JFK~ kan ke... |
|
|
|
|
|
|
|
Ape ke sebok dgn trump pun nak cari pasal? Dia kaco PAN ke? Ke pasal PAN sokong soros? Soros kasi dedak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
dody_farid replied at 5-2-2017 12:57 AM
Realitinya orang kita memang tak minat berhimpun ni... bukan takat pembangkang je jumlah sikit... ...
Lu silap
Himpunan bantah genocide atas rohingya kumpul ramai orang tanpa dijanji makanan pun |
|
|
|
|
|
|
| |
|