CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12793|Reply: 34

Novel ~ SERU NAMAKU

  [Copy link]
Post time 5-2-2017 12:09 AM | Show all posts |Read mode
Edited by elamorangers at 5-2-2017 01:00 AM

1
     “Ouchh!” aku yang rasa sakit bila jari manis Ilya tersepit di pintu bilik. Ilya menggosok dan meniup jarinya berkali-kali. Garis luka mulai kelihatan. Sejak hampir sebulan berada di sisi Ilya aku mula belajar sebanyak sedikit tentang dia. Ilya ni jenis yang cuai. Dalam seminggu mesti ada sekali dia cederakan diri sendiri tanpa sengaja. Langgar bucu meja lah, terpegang periuk panas lah, tangan terhiris dengan pisau lah. Hari ni lepas dah seminggu tak cedera entah macam mana dia boleh pergi kepit jari dia dekat celah pintu bilik tidur. Seketul ais yang dibalut dengan sehelai sapu tangan dituam atas jarinya yang mula membengkak. Kasihan pula aku tengok dia. Nak tolong ubatkan tak boleh nak pegang pulak. Tangan, kaki dan hampir semua anggota tubuh aku dah tak ada fungsinya lagi sejak sebulan yang lalu. Semua yang aku pegang tembus. Kaki pun tak ada fungsi lagi bila aku boleh terbang melayang-layang dari satu tempat ke satu tempat. Mula-mula aku rasa seronok bila aku boleh terbang ke tempat-tempat tinggi macam atas bumbung tapi lama-kelamaan aku jadi rindu dengan kaki sendiri. Aku nak berjalan macam manusia normal. Aku nak rasa kaki cecah muka bumi macam dulu.

“Kau ni yang pergi masuk celah pintu tu buat apa?!” bebel Ilya sendiri.
Aku tergelak kuat dengar omelan dia. Ilya ni kadang-kadang naif macam kanak-kanak. ‘Kau tu yang pergi kepit jari sendiri buat apa.’ Aku berbisik di telinga Ilya. Ilya lantas berpaling melihat kiri dan kanan. Sebelah tangannya kemudian meraba belakang lehernya. Reaksi Ilya buat aku kaget. Dia boleh dengar ke? Selama ni aku selalu cakap dengan dia tapi ini pertama kali Ilya bagi reaksi pelik macam ni. Dada aku berdebar kuat bila bebola mata Ilya terarah tepat pada aku. Dia nampak aku ke? Aku berundur dua tiga langkah kebelakang. Bersedia untuk lari jika Ilya betul-betul nampak aku tapi kemudian Ilya bergerak menuju ke dapur seolah-olah tiada apa yang berlaku.Aku bersandar di dinding melepaskan nafas lega. Mustahil dia boleh nampak aku.Kalau tak tiga minggu lepas lagi dia dah bantai aku dengan penyapu sebab duduk melekat dengan dia dan ikut ke mana je dia pergi. Aku jadi ingat dengan peristiwa minggu lepas waktu aku teman Ilya pergi majlis hari jadi kawan dia. Entah kenapa dalam ramai-ramai tetamu tu ada seorang lelaki ni boleh nampak kelibat aku. Dia pandang aku semacam sebab aku pakai baju hospital warna biru. Dia cuba dekati aku tetapi aku berjaya menghilangkan diri disebalik orang ramai. Sejak daripada hari itu aku sedar ada sesetengah manusia yang dikurniakan keistimewaan untuk lihat entiti tak berjasad seperti aku ini jadi aku kena lebih berhati-hati. Dari arah dapur aku dapat dengar dengan jelas suara Ilya yang mendayu-dayu. Ilya suka nyanyi satu lagu arab ni, tajuknya ‘Albi Nadak’. Setiap kali dia buat kerja dekat dapur mesti dia akan nyanyi lagu yang sama sampai aku dah boleh hafal liriknya walaupun tak tahu maknanya. Pertama kali aku dengar Ilya nyanyi lagu ni aku rasa sayu tak tentu pasal. Rasa emosi tak stabil sampai air mata mengalir tiba-tiba. Sekarang bila Ilya nyayi lagu ni aku akan ikut nyanyi sekali sambil bayangkan aku dan Ilya berjalan atas padang pasir yang luas terbentang dengan seekor unta. Berada di samping Ilya buatkan aku lupa seketika dengan kesedihan yang aku lalui malah dalam diam aku berdoa supaya aku dapat tinggal lebih lama di sisi dia.

“ Nak makan?” Ilya bertanya disebalik muka pintu dapur.
‘Meow’ seekor kucing oren gemuk yang diberi nama Biskut datang dan menggeselkan badannya di kaki Ilya. Sesuai dengan nama dia, Biskut ni kadang-kadang ada kadang-kadang lenyap entah ke mana. Aku allergic betul dengan si Biskut ni.Mula-mula Biskut nampak aku dia tenung aku macam nak gaduh. Lepas tu sepanjang hari dia me‘ngiaw’ satu rumah sampai Ilya naik hairan. Lepas beberapa hari Biskut mula terbiasa dengan kehadiran aku. Dia sendiri yang datang dan cuba bergesel dekat kaki aku malangnya dia cuma mampu bergesel dengan kaki sofa.Lepas makan biskut datang dan duduk di atas riba aku. ‘Kau pergi mana dah tiga hari tak balik?’ perut biskut yang bulat aku cucuk-cucuk dengan jari telunjuk.‘Meow’ balas Biskut sepatah sambil menjilat bulunya yang lebat. Ilya membawa pinggannya yang berisi nasi lauk ayam goreng dan duduk di sebelahku. Matanya terarah di kaca televisyen sambil menyuap makanan. Bau sedap makanan yang menusuk hidung buatkan aku rindu nak makan. Sudah sebulan aku tak makan sejak aku tercampak keluar daripada badan sendiri. Hidup aku tak lagi macam manusia normal. Aku tak pernah rasa lapar, mengantuk ataupun rasa nak membuang.Sesekali aku jadi rindu nak makan dan tidur macam selayaknya manusia biasa.Setiap malam selepas Ilya tidur aku akan berlegar-legar di sekitar bandar Kuala Lumpur ni dan kembali semula sebelum azan subuh tetapi semenjak dua tiga hari ni aku lebih selesa tinggal di rumah daripada terus menyaksikan pelbagai ragam kaki kelab, orang mabuk, transgender dan wanita-wanita yang berdiri di kaki lima menanti pelanggan. Aku jadi muak dan rimas. Berada di samping Ilya dalam keadaan dia jaga dan lena buatkan aku rasa lebih tenang dan selesa.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2017 12:26 AM | Show all posts
Malam itu hujan lebat turun mencurah-curah membasahi bumi. Ilya masih tekun di hadapan komputer riba menyiapkan kerjanya. Sesekali dia berhenti menaip dan berfikir panjang sambil jari jemarinya mengetuk meja.
“ Macam mana nak buat Adi jadi hero ya?” Ilya membetulkan ikatan rambutnya.
“ Kenapa Adi pula yang jadi hero? Bukan watak utama cerita tu Nadim ke?” aku baring santai di atas katil Ilya yang jauhnya lebih kurang tiga meter daripada meja kerjanya.
“ Adi selalu cemburu dengan Nadim. Kali ini Adi akan jadi hero cerita untuk buat dia sedar setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.” Aku mengangguk-anggukkan kepala tanda faham. Ilya jenis manusia yang suka cakap seorang diri bila dia bersendirian. Sesekali aku membalas setiap pertanyaan dan bicaranya, berpura-pura dia sedang berkomunikasi dengan aku. Dia buat aku lupa sementara yang aku ni tak wujud pada pandangan mata kasar manusia apatah lagi untuk didengari dan diajak berbual tetapi respon-respon Ilya selalunya buat aku rasa seram sejuk. Dia macam boleh dengar apa yang aku katakan.  
“ Adi ni pelik. Budak umur macam dia tak sepatutnya fikir sejauh ni. Budak-budak selalunya cemburu pasal robot siapa lagi besar atau mainan siapa lagi banyak. Haihh.” keluhan Ilya buat aku ketawa geli hati.
“ Siapa suruh kau reka watak dia macam tu.” Ilya merupakan penulis buku kanak-kanak. Sejak terbitnya buku pertama Ilya yang bertajuk ‘Kembara Nadim’, pihak penerbitan mencadangkan agar Ilya menulis buku tersebut secara bersiri seperti buku bersiri kanak-kanak Enid Blyton yang terkenal iaitu ‘The Famous Five”.
“ Walaupun watak Adi ni dah banyak menyusahkan hidup aku, tapi tanpa Adi, Nadim takkan tahu erti sebenar persahabatan. In the end, Nadim tolak tawaran berguru dengan Tok Endang demi untuk selamatkan Adi.” Ilya tersengih sendiri. Sahabat? Dada aku tiba-tiba terasa sempit dan sesak.
“ Mengantuknya.” Ilya menguap lebar. Dia kemudian mematikan lampu di meja kerjanya dan bangun perlahan-lahan menuju ke katil. Aku beralih sedikit memberi ruang kepada Ilya untuk merebahkan tubuhnya dengan selesa. Ilya menarik selimut sehingga ke paras dada dan baring lurus menala ke siling. Sesekali dia membetulkan letak rambutnya yang panjang melebihi paras bahu. Aku menyelinap ke dalam selimut dengan cermat pabila Ilya tidak lagi membuat sebarang pergerakan.
Suasana sepi mulai bermaharaja lela bersama gelapnya malam. Hujan yang tadinya turun dengan lebat masih belum menunjukkan tanda mahu reda. ‘ Selamat malam.’ Aku berbisik di telinga Ilya sebaik melihat matanya mulai terpejam rapat. Turun naik nafas Ilya kelihatan begitu jelas di pendengaran membuatkan dadaku berdebar-debar. Pertama kali aku begitu rapat dengan Ilya sepanjang tinggal bersama-sama dengannya selama hampir sebulan. Walaupun aku telah terpisah daripada tubuh fizikalku, aku masih lagi seorang manusia normal yang punyai nafsu dan perasaan. Berada di sisi Ilya sepanjang masa bukan suatu perkara yang mudah tambahan dia seorang wanita yang cantik jelita. Wajah Ilya putih bersih tanpa sebarang cela. Matanya besar dan galak. Hidung Ilya tidak terlalu mancung dan tidak pula terlalu kecil sementara bibirnya yang merah mekar terletak elok diantara hidung dan dagunya yang runcing. Ilya juga memiliki tubuh yang cantik tetapi segalanya ditutup rapi dengan jubah atau baju labuhnya setiap kali dia keluar rumah. Rambut ikal mayang Ilya juga turut disembunyi disebalik tudung labuh bidang 60 yang dipakainya. Melihatkan kesungguhan Ilya menjaga maruahnya membuatkan aku malu untuk mengambil kesempatan ke atas dirinya. Aku akan merayau-rayau diluar rumah ketika Ilya sedang mandi ataupun berada dalam keadaan yang boleh mengugat iman lelaki normal seperti aku. Aku mahu sentiasa dekat dengan Ilya jadi aku pilih untuk kembali ke sisinya walaupun terpaksa berperang dengan nafsu lahiriahku sendiri. Aku tidak mungkin menyakiti Ilya. Namun  berada di bawah satu selimut  dengan Ilya dalam kesejukkan yang melampau saat ini buat aku tak keruan. Aku dapat rasakan kehangatan tubuh Ilya disebalik fabrik nipis biru yang tersarung di badan dek kerana jarak yang terlalu rapat. Walaupun aku tidak mampu mengapa-apakan Ilya secara fizikal, aku masih boleh melakukan banyak perkara ke atasnya tanpa diketahui sesiapa ketika ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2017 12:29 AM | Show all posts
Edited by elamorangers at 5-2-2017 01:08 AM

“ Aarrghhhhhh!” jeritan Ilya hampir buat jantung aku pecah. Ilya terjaga daripada tidur. Dia duduk kebingungan. Nafasnya tidak teratur. Matanya terbuka luas. Peluh merecik di seluruh wajahnya. Lama Ilya cuba menyusun nafasnya dan duduk berteleku sebelum kembali merebahkan kepala diatas bantal dan memejamkan mata. Aku masih kaku di sebelah Ilya yang kini kembali lena di buai mimpi. Hampir saja aku yang tidak berjasad ini dapat heart attack! Nafas panjang kulepaskan. Ilya mimpi buruk barangkali. Aku lantas bangun mendekati tingkap bilik Ilya yang terbuka luas. Angin malam mendamaikan gelora dalam dada yang hampir meletus tadi. Mujur gadis naif itu menjerit. Aku berpaling seketika melihat Ilya sebelum terjun ke luar tingkap. Nampaknya malam ni aku terpaksa merayau sehingga ke dinihari lagi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2017 12:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam semua, sorry tak bagi salam dari awal. Dah 5 tahun berhenti menulis dekat sini. Im thinking of starting new. Enjoy reading~
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2017 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan plss cik tt maniss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2017 06:02 PM | Show all posts
JENABREJAM89 replied at 7-2-2017 12:36 PM
Sambungan plss cik tt maniss

ai ai sir!
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-2-2017 06:59 PM | Show all posts
Edited by elamorangers at 9-2-2017 07:06 PM

2
     Tuaipadi antara masak
    Esok jangan layu layuan
    Intai kami antara nampak
    Esok jangan rindu rinduan...


Tenggelam timbul suara nek Mah mendendangkan Gurindam Jiwa nyanyian asal Noordin Ahmad dan Latifah Omar. Sesekali matanya singgah ke arahku tetapi tiada kata-kata yang terluah dari mulutnya. Aku tahu. Sejak daripada mula aku terpandangkan nek Mah, aku tahu nek Mah bukan manusia sebarangan. Dari jauh mata nek Mah tajam merenung aku yang membuntuti Ilya masuk ke dalam rumah kayu sederhana besar milik kedua ibu bapanya tapi aku tetap berdegil tak mahu meninggalkan Ilya. Ini pertama kali aku bermusafir di kampung Ilya, takkan aku nak merayau sesuka hati. Kalau Ilya kembali semula ke Kuala Lumpur tanpa aku, tak ke haru biru hidup aku nanti? Lagipun aku tak pasti berapa ramai lagi manusia yang boleh nampak aku macam nekMah dekat kampung ni.

“ Ya ada jumpa Milah ke sebelum dia kahwin ni?” Ibu Ilya meletakkan cucur tepung panas di atas meja makan. Ilya yang ralit mengupas buah mangga membalas pertanyaan ibunya dengan anggukan.
“ Milah tak ada kata apa-apa ke?” kali ini pertanyaan ibunya dibalas dengan gelengan pula. Kenapa pula dengan suara si Ilya ni?
“ Ermm.. Milah tak ada ke nak kenalkan Ya dengan sesiapa?” perlahan pertanyaan diajukan kepada Ilya. Muka Ilya bertukar keruh.
“ Patut lah Milah sibuk sangat kenenkan Ya hari tu, ibu yang suruh dia carikan, kan?” Ilya mengeluh panjang. Wajahnya tunduk menghadap mangga yang siap dikupas. Nek Mah yang duduk di atas kerusi malas tidak jauh dari meja makan sekali lagi memandang aku ke atas dan ke bawah sebelum kembali mendendangkan lagu kegemarannya.
“ Ibu bukan apa Ya, tapi Milah yang muda lagi dari Ya pun dah nak kahwin. Ya pula sampai lani membujang lagi.”
“ Biarlah Milah nak kahwin pun. Dah jodoh dia.”
“ Jodoh ni kena la usaha cari. Ya dah nak masuk 30 tahun. Orang dah sibuk tanya ibu pasal Ya sampai ibu tak tahu nak jawab apa lagi. Orang masuk meminang semua Ya tolak. Cuba Ya cakap dengan ibu kenapa Ya buat lagu ni? Jangan cakap dengan ibu Ya masih harap dekat lelaki tu!” Ilya menggelengkan kepalanya penuh kesal.
“ Awat ibu benci sangat dekat Bang Man? Dulu Ya nak kahwin dengan dia, ibu dengan pak kemain lagi marah Ya. Lani ibu sibuk suruh Ya kahwin.”
“ Ya ibu bukan benci dia. Ibu cuma rasa cara dia tak betoi. Ibu cuma nak yang terbaik untuk Ya.” Suara Ibu Ilya meruntun sayu. Nama Bang Man yang muncul secara tiba-tiba menjadi tanda tanya. Siapa Bang Man? Cinta pertama Ilya ke?
Ilya bangun meninggalkan ruang dapur menuju ke kamarnya. Ibu Ilya mengesat air mata dengan hujung lengan baju. Nek Mah berhenti mendendangkan lagu. Suasana tegang tadi berubah menjadi suram. Aku hanya duduk membatu di meja makan menyaksikan kerenah perempuan tiga generasi di dalam keluarga Ilya ini. Nek Mah membuang pandang ke arahku untuk kali yang entah ke berapa. Pandangan matanya sarat dengan seribu pertanyaan tetapi mulut nek Mah masih membisu. Sejak dari kelmarin nek Mah masih belum mengambil sebarang langkah drastik seperti membaca mantera atau memanggil ustaz untuk mengusir aku macam dalam filem seram tempatan sekarang. Namun wajahnya akan berkerut seribu setiap kali aku mengekori Ilya ke bilik tidurnya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2017 07:53 PM | Show all posts

Hari ini aku keseorangan di rumah apabila seluruh keluarga Ilya bertolak ke Melaka sejak awal pagi tadi bagi memenuhi undangan perkahwinan sepupunya. Kenduri dan majlis keramaian bukan tempat yang sesuai untuk mahluk tidak berjasad macam aku. Nanti pasti ada mata-mata yang tidak senang melihat aku. Aku berlegar-legar di sekitar rumah Ilya tanpa tujuan. Beberapa minit yang lalu aku bertinggung di tepi reban ayam milik keluarga Ilya sambil bersiul-siul cuba menarik perhatian mereka dan beberapa minit kemudiannya aku cuba menghidu belasan jenis bunga yang ditanam selari di laman rumah Ilya. Bosan betul bila Ilya tak ada di sisi. Sejak menjadi teman tanpa jasad Ilya beberapa bulan lalu, aku tidak pernah bosan dengan kehadiran Ilya. Hatta ketika Ilya sedang tidur sekali pun aku masih rasa terisi. Tidak pernah sesaat pun waktu aku berlalu dengan rasa bosan terhadap kehidupan baru aku di samping Ilya. Alangkah bahagianya hidup aku jika Ilya dapat merasai kehadiran aku. Sekurang-kurangnya aku dapat teman bicara untuk meluahkan isi hati dan kekacauan jiwa yang melanda roh terbiar seperti aku ni. Hari sudah lewat petang, aku bangun dan melompat ke anak tangga paling atas. Aku mahu menanti Ilya di dalam biliknya, badan aku rasa lemah tidak berdaya sejak semalam. Belum sempat badanku menembusi pintu kayu utama rumah Ilya, sebuah kereta Honda Civic merah memasuki perkarangan rumah. Aku berdiri tegak sementara menanti pemilik kenderaan menunjukkan wajahnya. Seorang wanita lewat dua puluhan berselendang ungu dan berkaca mata hitam keluar daripada perut kereta. Matanya berlaga pandang dengan bebola mataku. Hampir saja aku rebah apabila dia tiba-tiba tersenyum manis dan berjalan mendekati aku. Dia boleh nampak aku!

“ Assalamualaikum.” ramah gadis selendang ungu itu menyapa.
“Wa.. Walaikumussalam” balasku gugup, masih ragu ragu dengan kenyataan yang dia boleh nampak kewujudan aku.
“ Err.. minta maaf tapi saya cari Ilya. Ilya ada dekat rumah?” dia mengajukan soalan sambil matanya meliar melihat sekeliling rumah Ilya yang mana pintu dan tingkapnya berkunci rapat. Aku balas dengan gelengan pula. Aku terlalu kaget sampai terlupa untuk bernafas. Namun disebalik kejutan ini, jauh di sudut hati aku rasa sedikit gembira dan terharu. Setelah sekian lama aku akhirnya dapat berbicara seperti manusia normal dengan manusia lain. “ Ohh.” Perempuan tadi membuka langkah mendekati aku yang masih tercegat kaku di hadapan pintu.
“ Kalau boleh saya tahu, awak ni siapa ye?” Aku hampir terlupa bagaimana suara aku kedengaran di telinga sendiri dan manusia maujud seperti perempuan tersebut. Perempuan tu pun nampak ramah, untung nasib dapat la aku berborak panjang dengan dia.
“ Saya Nadhirah. Kawan rapat Ilya. Saya baru je seminggu balik Malaysia, saya ingat nak jumpa Ilya sementara dia ada dekat kampung ni. Terlupa pula dia beritahu dia tak ada dekat rumah hari ni.” Nadhirah tersenyum manis sambil mengetuk kepalanya dengan kunci kereta di tangan berkali-kali. Aku ketawa dalam diam melihatkan kelakuannya. Lekukan lesung pipit di pipi sebelah kanannya jelas kelihatan. Kelakar juga kawan Ilya ni.
“ Sorry saya nak tanya, awak pula siapa? Saya tak pernah pun nampak awak sebelum ni.” Nadhirah mengajukan soalan yang sama kepadaku. Aku berdehem perlahan sebelum duduk di atas anak tangga betul betul berhadapan dengannya. Dia memerhatikan aku tajam daripada atas ke bawah. Pelik mungkin sebab aku berpakaian seperti pesakit hospital. Cis, aku terlupa langsung pasal pakaian buruk ni! Disebabkan pakaian hospital ni lah aku jadi mangsa keraguan orang yang boleh nampak kewujudan aku macam si Nadhirah ni.
“ Err.. saya.. saya kawan satu tempat kerja dengan Ilya.” Aku menggaru belakang telinga. Nervous.
“ Kebetulan kampung saya tidak jauh daripada rumah Ilya jadi saya bermalam di rumah Ilya beberapa hari sebelum balik ke kampung saya esok.” Peduli lah. Dia nampak sama naif macam Ilya untuk percaya dengan semua pembohongan aku. Jangkaan aku tepat. Nadhirah mengangguk membenarkan pembohongan aku.
“ Ohh iye ke. Ilya tak cerita pun dia bawa balik mamat handsome. Sampai hati, tunggulah dia balik nanti!” rungut Nadhirah perlahan lebih kepada kepada dirinya sendiri. Aku hanya mampu tersengih malu, berlakon seperti bakal suami Ilya yang masih belum diperkenalkan kepada kawan baikknya sendiri.
“ Awak kata awak baru balik Malaysia, sebelum ni awak duduk dekat mana?” Nadhirah kembali menoleh ke arahku.
“ Oh saya dah tiga tahun bekerja di Melbourne. 5 bulan lepas mohon pindah balik Malaysia.”
“ Wow! Kenapa pindah balik sini, tak best ke tinggal dekat sana?”
“ Seronok memang la seronok. Kerja tak stress sangat. Suasana tak jauh beza dengan Malaysia, tapi rindu dekat kampung. Mak ayah pun semakin berusia, kalau kerja sana tak dapat nak selalu tengok-tengok mereka.”
“Oh.” Aku tanya sepatah je, panjang betul jawapan dia. Kelakar juga perempuan ni.
“ Kenapa awak sengih-sengih tu?” Aku tersentak. Padam langsung sengihan lebar tadi.
“ Okay lah, dah lewat ni, saya balik dulu lah. Assalamualaikum” tergesa-gesa Nadhirah kembali ke kereta tanpa sempat aku jawab salam. Aku hanya mampu menghantar Nadhirah pulang melalui pandangan mata. Dia terkejut agaknya tengok aku sengih macam orang gatal. Aku segera bangun dan kembali ke kamar Ilya.

Malam kian larut tapi tiada tanda-tanda yang menunjukkan keluarga Ilya akan pulang. Ah, sunyi betul rasa duduk keseorangan macam ni. Aku terbaring kaku di atas katil Ilya sambil merenung siling. Beberapa ketika, kedengaran bunyi siren kereta memasuki perkarangan rumah Ilya. Aku lantas melompat turun dari katil dan mengintai disebalik tingkap yang terbuka sedikit. Sebuah kereta polis galak dengan lampu biru terparkir dihadapan rumah. Di sebelah kiri, Ilya juga turut menghentikan keretanya dihadapan rumah. Ilya dan keluarganya keluar daripada perut kereta mereka dengan riak wajah yang bimbang. Ilya dan seorang gadis yang baru aku kenali petang tadi berbicara seketika dengan seorang anggota polis. Aku masih bingung dengan kejadian ini. Apa yang berlaku sebenarnya ni. Mereka nak tangkap siapa?
“Kami dah kepung rumah ni, jika awak masih di dalam, saya arahkan awak serah diri sekarang atau kami terpaksa menggunakan kekerasan!” tegas suara polis tadi menjerit daripada laman rumah. Siapa pula yang pecah masuk rumah ni? Seharian aku jadi penghuni setia rumah ni, aku tak nampak pun batang hidung pencuri. Aku betul-betul bingung. Aku berjalan disekitar rumah, cuba mencari pencuri yang dimaksudkan. Kosong. Jangankan pencuri, hatta bayang seekor lipas pun aku tidak nampak apatah lagi pencuri seperti yang dikatakan ketua anggota polis tadi. Setelah beberapa amaran dilaungkan daripada tengah laman itu tidak dihiraukan, bapa Ilya mengeluarkan kunci dan membuka pintu utama. Aku segera melompat di atas almari kayu di ruang tamu rumah Ilya demi mendapatkan pandangan yang lebih jelas. Derap bunyi tapak kaki beberapa anggota polis menaiki tangga rumah mulai kedengaran. Mereka memasuki rumah dan berjalan dengan penuh berhati-hati sambil mata meliar mencari suspek yang dimaksudkan. Setiap anggota polis dilengkapi dengan sepucuk pistol sedia menghadapi sebarang ancaman. Aku hanya mampu memerhati dengan penuh simpati. Aku dah tolong cari tadi. Tiada pencuri pun dalam rumah ni. Maklumat palsu mana yang mereka dapat ni? Setelah hampir 15 minit menggeledah, mereka keluar dengan kekecewaan yang jelas tergambar di wajah. Keluarga Ilya masuk ke dalam rumah setelah berbincang dengan anggota polis tersebut. Anggota polis beransur pulang setelah memeriksa pintu dan tingkap.
“ Pelik betul Ya! Mana dia hilang? Aku siap berborak lagi dengan dia tadi. Dia pakai baju pelik, macam baju hospital.” Dari muka pintu, suara Nadhirah hampir membuatkan aku putus nafas. Baju hospital?!
“ Takut betul acik dengar. Boleh jadi dia orang gila terlepas sampai ke mari. Bahaya betul. Mujur dia tak apa-apakan Nad.” Ibu Ilya mengaduh penuh kebimbangan.
“ Itulah acik. Dia mengaku dia kawan satu tempat kerja dengan Ilya, Nad mula-mula percaya tapi tengok pakaian dia Nad rasa semacam. Nasib baik Nad terfikir nak tanya Ilya.”
Cis! Pencuri yang mereka cari tu aku rupanya! Bertuah betul budak Nadhirah ni. Darah terasa meruap ke kepala. Ikutkan hati nak je aku pergi sergah dia, tapi aku cuba berfikir dengan waras. Aku kena jaga maruah aku depan keluarga Ilya lebih lagi depan nek mah yang sedari tadi merenung aku daripada muka pintu. Dia kemudiannya menghilang ke dalam kamar sebaik kami bertentang mata. Boleh tahan seram juga nek Mah ni. Takut aku. Siapa patut takut dengan siapa sekarang ni.
“ Hati-hati balik tu Nad. Terima kasih tolong tenogk-tengokkan rumah pakcik ni.” Perbualan mereka berakhir dengan ucapan salam Nadhirah yang akhirnya pulang. Namun ibu dan ayah Ilya melanjutkan perbualan mereka sehingga ke bilik tidur. Mereka mula mempersoalkan ciri-ciri keselematan rumah dan apa yang seharusnya mereka lakukan demi mengetatkan kawalan rumah. Ibu Ilya bercadang mahu memasang gril di pintu utama. Bapa Ilya bersetuju dan mereka mula membincangkan kos serta kenalan-kenalan tertentu yang boleh membantu mereka. Ilya pula terus menuju ke dalam kamarnya tanpa banyak bicara. Wajahnya nampak lemah tidak bermaya. Letih mungkin terpaksa memandu ulang alik daripada Perak ke Melaka seharian. Sampai saja di rumah, dia terpaksa berhadapan dengan kejadian pencuri yang tidak wujud pula. Bodohnya aku sebab percaya yang Nadhirah itu percaya dengan pembohongan aku. Tambah bodoh lagi bila aku percaya Nadhirah itu lemah lembut orangnya. Mulut becoknya menuduh aku orang gila tadi betul-betul buat aku panas hati. Pandai betul dia berlakon. Aku meluru masuk ke bilik Ilya. Ilya sudah lena dibuai mimpi. Mulai esok aku tak akan sesekali lagi balas bicara manusia yang boleh melihat kewujudan aku. Aku akan kekal membisu seperti selayaknya aku.

“Ya bawa kereta elok-elok. Nanti dah sampai call ibu dengan ayah.” Ilya bersalaman dengan kedua ibu bapanya dan nek Mah sebelum memandu kereta keluar daripada perkarangan rumah. Cuti Ilya telah berakhir. Aku dan Ilya akan kembali ke Kuala Lumpur semula. Sehingga ke saat akhir nek Mah masih tidak mengambil sebarang tindakan selain memerhatikan aku dengan pandangan tajam seperti biasa. Dia hanya berpesan supaya Ilya memperbanyakkan ibadah dan tidak meninggalkan zikir harian ketika Ilya bersalaman dengannya. Aku menggaru kepala janggal demi mendengar nasihat tersebut. Ia kedengaran seperti amaran ditelingaku supaya aku tidak lagi menganggu Ilya. Nek Mah mungkin menganggap aku ini jelmaan mahluk halus yang cuba meganggu gugat hidup Ilya. Namun siapa lah aku mahu berbalah tentang perkara ini. Aku akui aku juga sebenarnya tak ubah seperti penunggu yang tiada hala tuju. Jika bukan kerana Ilya, hidup aku langsung tiada erti. Sepanjang perjalanan menuju ke Kuala Lumpur Ilya tidak bercakap keseorangan seperti selalu. Dia lebih banyak melayan perasaannya dan mengeluh berat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2017 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
elamorangers replied at 9-2-2017 06:02 PM
ai ai sir!

Hehehhehe .... tq .... harap  berkarya sampai akhirnya .....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2017 06:22 PM | Show all posts
elamorangers replied at 9-2-2017 07:53 PM
Hari ini aku keseorangan di rumah apabila seluruh keluarga Ilya bertolak ke Melaka sejak awal pagi ...

Jadi nadhirah ni matanya tak berhijab la ya. Watak aku adalah roh. Interesting
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 12:22 PM | Show all posts
menarik cerita ni. dah macam casper pulak... sambung lagi TT
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 05:27 PM | Show all posts
Parking dulu
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2017 09:28 AM | Show all posts
nice story.. harap sambung lagi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2017 05:14 PM | Show all posts
Edited by elamorangers at 22-3-2017 05:21 PM

     3

        " Anak, kenapa tidur dekat sini?" aku cuba membuka mata apabila mendengar pertanyaan sayup-sayup daripada seorang lelaki pertengahan abad. Cahaya matahari yang galak menyinari wajah menyukarkan aku melihat keadaan sekeliling. Aku cuba bangun tetapi seluruh tubuh terasa seperti dicucuk dengan ribuan jarum. Bisanya tidak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata.
" Anak tak sihat ni. Tak apa, baring dulu. Lagipun tiada sesiapa dekat sini." lelaki tua tadi melabuhkan duduk di sisiku.
" Pak cik boleh nampak saya?" aku tanya dalam keperitan yang maha dahsyat. Seluruh tubuhku seolah-olah lumpuh. Hatta untuk membuka mata sekalipun memerlukan seluruh tenaga yang masih tersisa.
" Pak cik dah biasa nampak orang macam kamu ni. Tak mengapalah, kamu rehat dulu, pakcik temankan kamu." lelaki tua tadi kemudiannya kedengaran seperti menggumam sesuatu tetapi tak mampu untuk aku cerna. Selama hampir dua bulan aku menjadi mahluk tanpa jasad, ini pertama kali aku merasa kesakitan. Tubuh aku terasa seolah-olah ingin lenyap menjadi zarah-zarah kecil di udara dan hilang terus daripada dunia fana ini. Waktu ini nama yang meniti di bibir tiada lain melainkan nama tuhanku, 'Ya Allah, ya Allah' yang selalu di cari manusia saat ditimpa kesusahan. Di saat aku mengerang memanggil nama tuhan, aku merasakan angin seperti bertiup perlahan di hujung ubun-ubunku. Serentak dengan itu, kesakitan yang tadinya hampir meragut separuh jiwaku mulai surut sedikit demi sedikit. Aku membuka mata. Sekelilingku sunyi tanpa seorang pun manusia kecuali lelaki separuh abad tadi yang masih setia menemaniku. Aku rupanya terlantar semalaman di kaki lima sebuah bangunan yang masih belum beroperasi. Namun aku masih belum dapat mengingati apa yang sebenarnya terjadi sehingga aku terbaring keseorangan di sini dan bukan di rumah Ilya.
" Kamu dah okay?" tanya lelaki tua yang sedari tadi duduk dihadapanku ini. Dia memiliki wajah yang bersih dan mendamaikan. Sepasang kemeja T putih, seluar slack hitam dan kopiah putih tersarung di tubuhnya. Aku bangun perlahan-lahan dan duduk di sisinya.
" Alhamdulillah. Macam dah kurang sedikit. Saya tak pernah sakit macam ni, tak tahu apa yang buat saya jadi macam ni." Lelaki tua tadi tersenyum lebar.
" Kamu ni... Kamu mungkin rasa kamu luar biasa sekarang, tapi sebenarnya mahluk tidak berjasad macam kamu ni sangat lemah. Kamu tak boleh berjauhan dengan tubuh kamu dalam masa yang lama, sebab itu kamu sakit macam tadi."
" Ma..mana pakcik tahu saya.." kata-kataku mati di situ. Hampir tidak percaya lelaki tua itu tahu perihal keadaan aku sekarang.
" Dah berapa lamu kamu berjauhan dengan tubuh kamu?"
" er.. dah hampir dua bulan pakcik."
“ Kamu ada pergi ke mana-mana ke beberapa hari lepas?” aku tersentak demi mendengar pertanyaannya.
“ Saya baru pulang dari Perak dua hari lepas. Macam mana pakcik..”
“ Patutlah. Lepasni kamu kena lebih berhati-hati. Mujur pakcik ternampak kamu pagi tadi, kalau tidak kamu akan terbaring macam tadi  sampai seminggu.” Aku diam seketika. Masih kurang percaya dengan kewujudan seorang lelaki tua yang bukan sahaja mampu melihat aku malah turut mengetahui keadaan aku sekarang.
“ Kamu tak perlu takut. Pakcik sudah terbiasa dengan orang macam kamu. Tidak hidup dan tidak pula mati. Kamu banyakkan lah berdoa, InsyaAllah tuhan akan tunjukkan jalan untuk kamu. Apa yang terjadi dekat kamu ini mesti ada hikmah disebaliknya.” Aku hampir menitiskan air mata mendengar kata-kata lelaki tua ini. Menjadi entiti tidak berjasad seperti aku ini memerlukan kesabaran dan daya ketahanan yang tinggi. Aku memang kelihatan bebas melakukan apa-apa sahaja tetapi semua itu tiada erti lagi tanpa sesiapa di sisi. Aku keseorangan.
“ Pak cik balik dulu lah nak.” Lelaki tua itu bangun ingin berlalu pergi.
“ Terima kasih pakcik. Pak cik tolong doakan saya.” Aku menghulurkan tangan ingin bersalam dengannya tetapi huluran tangannku disambut dengan senyum simpul.
“ Kamu jaga diri, InsyaAllah pakcik akan doakan kamu.” Dia menepuk bahuku dan menapak pergi meninggalkan aku yang masih termangu mengenang nasib malangku ini.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2017 05:22 PM | Show all posts
Edited by elamorangers at 23-3-2017 08:41 PM

   Suasana hospital hingar bingar seperti selayaknya sebuah hospital. Selepas terlantar semalaman di kaki lima, aku membuat keputusan untuk melawat jasadku yang telah lama aku abaikan atas nasihat lelaki tua tadi. Aku hampir terlupa di mana jasadku yang sedang koma itu diletakkan. Hampir 10 minit aku merayau dari satu tingkat ke tingkat seterusnya. Sebaik tiba di hadapan bilik 15 A-602, aku melulu masuk dengan perasaan yang berbaur. Langah kakiku terhenti melihat dua orang wanita berdiri di sisi katil tempat jasadku terlantar. Seorang wanita lewat dua puluhan memakai coat putih doktor memaut bahu seorang wanita yang cukup aku kenali hanya dengan melihat belakang tubuhnya.
“ InsyaAllah kak long, dia akan bangun. Kami tidak mampu melakukan apa-apa lagi selain daripada terus memantau keadaan dia. Sama ada pesakit mahu sedar atau tidak, itu bergantung kepada keiginannya sendiri kak.”
“ Kakak rasa berdosa. Kakak tak sempat nak jelaskan perkara yang sebenar dekat dia. Kakak tahu dia masih berdendam dengan kakak atas apa yang jadi.” Air mata wanita yang pernah aku cintai sepenuh hati dahulu mengalir deras. Aku menapak mendekati mereka. Wajah Adira langsung tidak berubah sejak kali terakhir aku melihatnya dua tahun lalu. Dia masih cantik dan ayu di mataku cuma seri wajahnya semakin pudar. Dahulu wajah itu sentiasa ceria dengan senyuman yang terukir untukku. Belum sempat aku ucapkan apa-apa, muncul pula seorang lelaki yang pernah menjadi sahabat akrab ku di muka pintu. Amarah serta merta menyerang diri ku demi melihat wajahnya. Rasa marah, benci dan dendam mulai menguasai diri tambah lagi apabila aku melihat dia yang tanpa segan silu memeluk pinggang Adira.
“ Abang..” Adira menangis sayu di bahu lelaki durjana itu.
“ Sayang jangan sedih macam ni. Jom kita bacakan surah lazim dan yasin untuk Irham, moga Allah izinkan dia sedar semula.”
“ Aku tak perlukan doa-doa kau syaitan!” aku menjerit sekuat hati tetapi seperti biasa, tiada siapa yang memberi respon kepada amarahku.
“ Fiza minta diri dulu abang long, kak long. Nanti apa-apa call Fiza ya.” Doktor muda yang bernama Fiza itu meminta diri dan berlalu keluar. Faiz menyerahkan satu daripada dua buku kecil surah yasin ditangannya kepada Adira. Mereka melabuhkan duduk di kerusi di sisiku dan mula mengalunkan ayat suci.
“ Diam! Aku tak perlukan doa kau orang berdua, pengkhianat!” aku menjerit lagi.
“ Aku tak akan ampunkan dosa kau orang berdua. Pergi berambus dari sini!” masih lagi tiada respon daripada mereka. Faiz dan Adira kedua-duanya masih tenang mengalunkan ayat suci, aku mengalah. Aku duduk di sudut bilik keletihan selepas memaki hamun kedua-dua mereka yang pernah menjadi orang penting dalam hidupku satu masa dahulu. Selepas beberapa ketika, aku terjun keluar daripada tingkap bilik meninggalkan mereka berdua. Aku mahu kembali ke sisi Ilya. Aku perlukan Ilya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2017 05:29 PM | Show all posts
Salam semua, sorry cerita ni lama terbengkalai, saya baru balik bercuti. have fun reading, lepas ni saya akan rajin-rajin update.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2017 07:19 PM | Show all posts
oh rupanya dia koma ke??
wau, best jalan ceritanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2017 08:33 PM | Show all posts
Ipo replied at 23-3-2017 07:19 PM
oh rupanya dia koma ke??
wau, best jalan ceritanya.

yepp, waktu koma dia terkeluar dari badan dia. Thank you sudi baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2017 09:20 PM | Show all posts

    4

        Ilya terbaring lemah di atas hamparan sehelai sejadah nipis. Telekung di tubuhnya masih belum ditanggalkan. Aku mendekati Ilya dan merenung wajahnya lama. Matanya terpejam rapat manakala dahinya berkerut-kerut seperti menahan kesakitan. Selang beberapa ketika dia terbatuk-batuk kecil. Demam ke dia? Belum pun sempat aku meraba dahinya telefon bimbit di atas meja kerjanya berdering. Ilya bangun perlahan-lahan dengan segala kudrat yang tersisa cuba menjawab panggilan tersebut. Dia merenung seketika telefon bimbit miliknya sebelum menekan punat hijau dengan berat hati.
" Hello Assalamualaikum abang." Abang?! hampir tercekik aku dibuatnya mendengarkan suara Ilya yang menyapa lembut.
" Ya sihat je, abang sihat?" Cis, dengan abang mana pula si Ilya ni berbual. Sudah la suara lunak semacam, sanggup pula dia berbohong mengaku dia sihat. Padahal baru seminit yang lepas dia mengaduh kesakitan.
" Ya pun rindu kan abang. Bila abang nak balik?" Rindu?! Aku lantas mendekati Ilya yang berdiri di sisi meja. Sebelah telinga aku rapatkan di telefon bimbitnya mahu mengenal pasti lelaki tidak sedar diri yang berani berbalas rindu dengan Ilya. Suara serak basah lelaki di hujung talian membuatkan aku naik darah.
" Sayang tunggu abang balik dalam dua minggu lagi. Sayang jaga diri." Talian kemudiannya diputuskan selepas mereka berbalas salam.
" Siapa lelaki tu?" aku menyoal Ilya. Ilya merenung telefon bimbitnya lama. Wajahnya nampak begitu kusut.
" Ya Allah, tolong lindungi aku." dia menggumam perlahan. Aku terdiam. Lindungi? Apa maksud dia? Ilya kemudiannya mencampakkan telefon bimbitnya ke atas katil selepas menukar kepada silent mode dan kembali merebahkan tubuhnya di atas sejadah. Selang beberapa saat kemudian dengkuran halus mulai kedengaran. Aku masih bingung dan tertanya-tanya akan kewujudan lelaki misteri tadi. Siapa dia? Apa hubungan dia dengan Ilya? Apa maksud doa Ilya? Aku turut merebahkan tubuh di sisi Ilya. Wajah mulusnya aku usap berkali-kali. Rupanya masih banyak perkara tentang Ilya yang aku belum ketahui. Aku sangka tinggal sebumbung dan membontoti dia kemana sahaja dia pergi selama hampir dua bulan ini sudah cukup buat aku mengenalinya luar dan dalam tetapi sangkaan ku mungkin tidak benar sama sekali.
" Tolong abang. Jangan..jangan.." Ilya tiba-tiba mendesah ketakutan dengan mata yang masih terpejam rapat. Dahinya berpeluh-peluh.
" Tolong.. Ya sakit, tolong!" suara Ilya semakin kuat. Aku jadi panik melihat keadaannya begitu.
" Ilya, Ilya, shhh.." aku menepuk bahunya perlahan cuba meredakan dia yang masih belum sedar daripada mimpi buruknya. Namun Ilya mula menggeliat ke kiri dan kanan dengan ganas. Apa aku nak buat ni? Jeritannya semakin kuat seolah-olah diserang histeria.  Aku serta-merta memeluk tubuh Ilya dengan kuat sambil mengalunkan surah Al-fatihah dan zikir menyebut nama tuhan di telinganya. Selepas beberapa ketika, rontaan Ilya mulai reda sedikit demi sedikit. Ilya kembali tidur lena seperti tiada apa yang berlaku. Dadaku berdebar laju, masih terkejut dengan apa yang aku saksikan. Kenapa dengan Ilya? Seribu persoalan menyerang benak hatiku. Kenapa dengan Ilya? Kenapa dengan Ilya? Kenapa dengan Ilya?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2017 01:56 AM | Show all posts
Edited by elamorangers at 22-4-2017 02:04 AM

Jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam tetapi Ilya masih tidak menunjukkan tanda akan sedar. Wajahnya berkerut menahan sakit tetapi tidurnya agak lena di atas tikar sejadah. Aku mundar mandir di sekeliling rumah cuba memikirkan cara untuk aku bawa Ilya ke klinik. Saat ini aku sedar betapa kerdil dan hinanya diriku yang tidak mampu melakukan apa-apa pun hatta mengambil ubat untuk disuakan kepada Ilya yang sedang terlantar kesakitan. Biskut yang berdiri seperti patung batu di tengah ruang tamu memerhatikan aku dari tadi akhirnya turut menyerah dan melelapkan mata. Senangnya jadi kau, Biskut. Tak ada perasaan belas. Siap boleh tidur lena lagi tengok tuan kau sakit macam tu. Ikutkan jiwa yang sedang bercelaru ini mahu saja aku lepaskan kemarahan dengan menyeksa Biskut secara fizikal tetapi aku terlalu bimbangkan keadaan Ilya dan aku tiada masa untuk berkelahi dengan Biskut sekarang. Beberapa ketika ketukan di pintu utama kedengaran.
" Assalamualaikum." suara wanita memberi salam bersama-sama dengan bunyi detingan loceng rumah. Siapa pula tetamu yang datang waktu sekarang ni. Selama aku tinggal dengan Ilya, Ilya hampir tidak pernah menerima kunjungan tetamu melainkan Biskut. Ini pertama kali aku dengar bunyi loceng rumah ini.
" Assalamualaikum. Ya, aku datang ni." aku meluru masuk ke bilik Ilya dengan harapan dia akan sedar daripada lenanya tetapi tubuhnya tidak bergerak hatta seinci pun. Bunyi kuat loceng rumah tidak membawa sebarang kesan ke atas dirinya.
" Ya, ni aku ni nad. Yaaa?" Nad? Aku kembali berlari menuju ke ruang tamu dan berdiri di sebalik pintu untuk memastikan pemilik suara tersebut. Sah! Ini perempuan yang tuduh aku berniat tak baik hari tu! Nadhirah! Ikutkan hati mahu saja aku bentak wanita ini kerana tindakankannya minggu lalu tetapi memikirkan keadaan Ilya saat ini aku harus mengetepikan dahulu amarahku. Ilya berada dalam kesakitan sekarang, Ilya perlu didahulukan. Aku segera keluar disebalik dinding rumah Ilya agar aku dapat meminta bantuan sahabat baik Ilya itu. Ternyata dia masih setia menunggu di hadapan pintu rumah Ilya. Tangannya sibuk mendail nombor Ilya dan tidak menyedari sama sekali akan kehadiran aku di situ. Macam mana aku nak tegur perempuan ni? Nanti mahu dia menjerit satu apartmen dan tuduh aku perompak lagi. Kalau ikutkan dendam yang belum terbayar nak je aku sergah tapi takut dia mati sakit jantung pula. Nanti dia entah ke mana Ilya pula ke mana. Arghh leceh betul lah.
" Assalamualaikum." aku akhirnya memberi salam selepas berdehem beberapa kali. Perempuan bernama nadhiran itu menoleh. Tolong la jangan jerit, tolong la jangan jerit. Tak putus-putus aku berdoa supaya Nadhirah tidak memuat kecoh lagi di sini seperti yang dilakukannya di kampung mereka minggu lalu. Nadhirah melihat aku atas bawah dan kemudian mulutnya ternganga luas. Dia melangkah dua tiga tapak kebelakang dengan wajah ketakutan tetapi tiada sebarang bunyi yang keluar daripada mulut becoknya. Aku hampir saja ketawa melihat reaksinya tetapi aku tidak mahu mengeruhkan keadaan. Perempuan ini harus diberi penjelasan lebih lanjut sebelum dia lari tidak cukup tanah.
" Hai cik Nadhirah, kita jumpa lagi." Nadhirah sudah siap sedia mahu melangkahkan kaki tapi serta merta aku halang.
" Please, jangan pergi. Ilya tengah sakit, please help her. Dia dekat dalam rumah, dah seharian dia tak makan. Saya tak mampu nak buat apa-apa, cuma awak yang boleh bantu dia." Nadhirah masih takut-takut melihat kehadiranku tapi dia tidak menunjukkan tanda mahu melarikan diri lagi.
" Nanti saya explain semuanya dekat awak, tapi Ilya tengah sakit sekarang. Ilya ada tinggalkan kunci dekat bawah pasu tu. Awak boleh ambil kunci tu dan buka pintu rumah Ilya. Dia dekat dalam bilik masih tak sedarkan diri."Sewaktu Nadhirah mengambil kunci dibawah pasu bunga aku sudah pun melangkah masuk dan menantinya di dalam rumah. Nadhirah terperanjat melihat kelibatku. Mulutnya ternganga luas mahu berkata sesuatu tetapi segera aku pintas.
" Bilik sana. Cepat bawa dia pergi klinik." Nadhirah berjalan takut-takut meluru ke bilik yang dimaksudkan sambil matanya masih tidak lepas daripada melihat aku dengan penuh curiga dan ketakutan. Namun perhatian Nadhirah segera berkalih sebaik melihat Ilya yang terbaring lemah.
" Ya Allah, Ya!" Nadhirah menggoncang tubuh Ilya perlahan cuba membangunkannya. Ilya membuka mata perlahan-lahan. Wajahnya berkerut seribu menahan kesakitan.
" Nad.. Kau.. buat apa.."
" Ya, kau sakit ni Ya. Jom, aku bawa kau pergi hospital."
" Nad, tak payah. Aku demam sikit je."
" Tapi badan kau panas sangat ni Ya. Jom, aku bawa kau pergi klinik at least. Jom, bangun." Nadhirah cuba membantu Ilya untuk duduk.
" Nad, aku memang demam biasa je. Cuma badan aku lemah sebab aku tak makan apa-apa daripada petang semalam. I need something to eat. Lepas tu makan panadol and I'll be fine. Nad, aku lapar."
" Okay, okay aku memang ada bawa makanan untuk kau, aku hidangkan sekejap. Kau bangun kita makan sama-sama ya." Nadhirah membantu Ilya bangun dan meluru ke dapur menghidangkan nasi ayam yang dibelinya. Nadhirah menjeling ke arahku yang berdiri di tepi meja makan sekilas sebelum menjerang air dan membancuh kopi panas.
" Kau.. macam mana kau boleh nampak aku?" aku mendekati Nadhirah yang ralat menuang kopi ke dalam cawan.
" Stay away from me!" suara Nadhirah perlahan tetapi keras. Tangannya yang menggeletar cuba disembunyikan daripada pandanganku. Dia takut. Dia masih takut dengan kehadiran aku.
" Jangan risau, aku bukan hantu. Aku manusia macam kau orang semua. Cuma..." Nadhirah cuba bertentang mata denganku, menanti penjelasan seterusnya tetapi kemunculan Ilya menghentikan bicara kami.
" Meh duduk sini. Aku buat kopi sekali." Nadhirah duduk dihadapan Ilya sementara aku mengambil tempat di sebelah Ilya di meja makan. Nadhirah sempat menjeling sebelum meletakkan sepeket panadol di hadapan Ilya.
" Nad, thank you. Aku terlupa kau nak sleep over hari ni."
" Mujur aku datang Ya. Kalau tak aku tak tahu la sampai bila kau terlantar macam tu. Kenapa biarkan je sakit tu malarat Ilya. Awak tu bukan kebal boleh baik macam tu je sakit tu. Lepas ni makan panadol ni, ambil dua terus."
"Baik tuan." Ilya tersengih-sengih mendengar bebelan Nadhirah.
" Tapi Nad, macam mana kau masuk rumah ni? Mana kau dapat kunci?" Ilya kembali bertanya. Nadhirah terdiam seketika. Pandangan dihalakan ke arahku.
" Jangan. Jangan beritahu dia, dia tak tahu apa-apa pasal aku." aku segera memberi amaran.
" Aku.. Aku jumpa bawah pasu bunga depan rumah kau tu ha. Kau kan suka letak kunci bawah pasu, daripada dulu lagi." jawab Nadhirah se natural yang mungkin. Ilya ketawa kecil.
" Kau lah sahabat dunia akhirat aku Nad. Aku tak boleh sembunyi apa-apa pun daripada kau." Ilya kembali menyuap nasi ke dalam mulut. Aku menarik nafas lega. Nadhirah memberi pandangan maut sambil menghirup kopi panasnya.
" I'll tell you later. Janji." Aku mengangkat sebelah tangan memohon belas ihsan Nadhirah untuk menyembunyikan semuanya daripada pengetahuan Ilya.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.090228 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list