CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 8873|Reply: 63

"Saya Sanggup Pegang Watak Ibu Tua" - Ziana Zain

[Copy link]
Post time 7-2-2017 01:43 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR:
Kesibukan menguruskan keluarga dan perniagaan tidak membataskan penyanyi Ziana Zain untuk kekal aktif dalam dunia hiburan.


Malah Ziana atau nama sebenarnya Siti Rozaina Zain berkata, dia juga semakin rindu untuk kembali beraksi di hadapan kamera sebagai pelakon.


"Kalau tawaran yang diberikan sesuai dengan masa dan mempunyai jalan cerita yang bagus, mengapa tidak (kembali berlakon)?


Selain menyanyi dan berlakon, Ziana juga kini bergelar ahli perniagaan.

"Saya sendiri memang rindu nak berlakon lagi. Tapi memandangkan anak-anak masih kecil, saya perlu memilih supaya ia tidak menggangu tugas sebagai isteri dan ibu," katanya kepada
mStar Online
.


Tambah Ziana, 49, dia tidak kisah untuk membawakan watak ibu tua walaupun pernah menggalas tugas sebagai heroin menerusi beberapa filem sikuel seperti
Sembilu
dan
Maria Mariana
.


"Janganlah nak
demand
, kita patut bersyukur dan terima seadanya. Dulu kita tengok orang, sekarang zaman kita pula (bawa watak ibu).


"Dengan cara itu kita akan rasa lebih dihargai, dihormati dan saya mahu
grow old gracefully
.


"Apa yang penting ialah jalan cerita, kalau bagus dan menarik, saya tak kisah," katanya.


Kali terakhir Ziana berlakon ialah menerusi telefilem
Mati Tunggu Sekejap
arahan Rashid Sibir pada Oktober tahun lalu.

Namun menurut Ziana, dia lebih selesa untuk berlakon menerusi karya berunsur kekeluargaan berbanding komersial yang terlalu ringan.


"Sebagai pelakon yang sering disajikan dengan jalan cerita yang lengkap dengan unsur kekeluargaan, pengajaran dan cinta, saya perlu memilih sebelum bersetuju untuk kembali berlakon.


"Tapi sekarang banyak cerita untuk orang muda. Bagi saya kalau jalan cerita sekadar hiburan tapi tak ada pengajaran... tak menarik juga," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2017 01:47 PM | Show all posts
grow old gracefully dan nek jenna macam tak tally
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2017 01:50 PM | Show all posts
nenek kebayan!!! hahaha suka magika sebab cik ziana laaa..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2017 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tu takkan nak bwk watak mariana lg? Pi skolah kayuh beskal sambil tolak2 membe
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2017 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusla acik ni sedar diri. X macam haron ajis nuh. Da tua bangka pun masih ada producer still bagi jadi hero. Macamkan best sangat ko berlakon.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2017 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kata zana jen lakun skrip isteri in dilemma? Suami dlm lakunan tu mati fucukk merataaa dia cari obat kuat tapi semuaaa marrrkas PAS tutup so tak dok

Tup tup mai jantan malaya terakhir yg sado dan baik hati aaa terlanggarr troli jana zen masa sopping ikan bilis nk wat nasik lemak

Oopsss ai em soooo sorry, arrr u ok girl??
Perghhhh mata tembong mata , hati pun bergetarrr gitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2017 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
mohon ambik dia blakon jd mak Amyra Rosli , pastu shariza mahmud boleh blakon jd kakak sheols
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2017 02:12 PM | Show all posts
dh 49 thn dh ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2017 02:14 PM | Show all posts
BuBuComey replied at 7-2-2017 05:50 AM
Dah tu takkan nak bwk watak mariana lg? Pi skolah kayuh beskal sambil tolak2 membe

"lagi2 maria maria maria..saya dah bosann"


Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2017 02:33 PM | Show all posts
teringat zaman lakonan sheols bsama erra
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2017 02:40 PM | Show all posts
boleh lagi berlakon pegang watak mcm @ifanonline    
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2017 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus jugak kekw jenna berlakon.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2017 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
watak ibu berkerjaya la sesuai
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2017 03:03 PM | Show all posts
bagus ni...

boleh lah tawarkan watak ibu atau nenek...

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2017 03:11 PM | Show all posts
wah ZZ tampak shantek gitu
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2017 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul tu ZZ. Teringin nk tgk sheols berlakon jadi mama hot yg dah ada anak2 yg dah besar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2017 03:21 PM | Show all posts
teringin tngok Siti buat Konsert Satu Vol 3 .. kali ni die panggil ZZ ..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2017 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
sayang_mulut replied at 7-2-2017 03:21 PM
teringin tngok Siti buat Konsert Satu Vol 3 .. kali ni die panggil ZZ ..

Siti erra ziana.. 3 nama besar dlm industri... tapi siti xnak konsert dgn girl.. asyik dgn lelaki je...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2017 03:44 PM | Show all posts
amy mastura da lama berlakon jadi mak2..walaupun muka comel, ok jek dia..siap jadi mak mertua pada fahrin lg..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2017 05:00 PM | Show all posts
ok laa tu pegang watak mak2 plak.. xkan nk pegang watak gadis remaja naik motor besar lg..? xsesuai dh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:12 PM GMT+8 , Processed in 0.582468 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list