CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1875|Reply: 2

Bahan-bahan Semulajadi Untuk Kecantikkan Wajah

[Copy link]
Post time 8-2-2017 09:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by eltyna at 8-2-2017 09:12 AM


Entry pada kali ini saya ingin kongsikan beberapa bahan-bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk kecantikkan wajah anda. Apa kata anda gunakan bahan-bahan semulajadi untuk menaikkan lagi seri wajah anda pada majlis perkahwinan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Di samping itu, penggunaan bahan-bahan ini juga dapat menjimatkan wang anda dari membeli produk-produk yang mahal. Diharapkan perkongsian ini membantu anda untuk nampak lebih menawan dengan padanan baju perkahwinan yang cantik di hari bahagia anda nanti.

Ais
Bakal pengantin yang risau dengan masalah eyebeg, boleh cuba menghilangkannya dengan meletakkan ais yang dibungkus dengan tuala dan urut di sekitar mata anda. Eyebeg kebiasaanya berlaku apabila anda stress dan tidak mendapatkan tidur yang secukupnya.

Air Beras
Seterusnya adalah dengan menggunakan air basuhan beras di mana ianya dapat memutihkan kulit. Basuh muka anda dengan air basuhan beras 2 kali sehari dan anda boleh lihat perubahan warna kulit muka anda.

Asam Jawa
Asam jawa dapat membantu menghilangkan parut jerawat dan anda boleh mencubanya untuk menghilangkan parut-parut jerawat di muka anda. Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramaskannya dengan sedikit air. Pastikan ianya tidak terlalu cair. Kemudian sapukan asam jawa itu di bahagian muka yang berparut dan biarkan sehingga kering. Lakukan sebelum tidur.

Putih Telur
Pukul putih telur dan sapukan pada muka menggunakan berus ataupun jari. Biarkan ianya kering kemudian baru bilas muka anda. Untuk kesan yang lebih efektif, anda juga boleh meletakkan tisu pada muka untuk melindungi putih telur di muka anda. Lakukannya dua kali seminggu. Putih telur ini dapat mengurangkan blackhead,whitehead,mengurangkan kulit yang berminyak serta dapat mengecutkan liang di muka yang terbuka.

Madu
Banyak manfaat yang boleh di ambil dari madu lebah ini. Antaranya ialah untuk memerahkan bibir. Ratakan madu lebih di bibir anda sebelum tidur. Biarkan ianya kering untuk 15-20 minit kemudian bilas dengan air suam. Amalkannya 3-4 kali seminggu dan bibir anda pasti akan nampak kemerah-merahan.

Lemon
Khasiat lemon adalah untuk mengurangkan bukaan pori dan blackhead serta ianya dapat membantu mencerahkan wajah. Potong sebijik lemon kepada dua bahagian. Kemudian, ambil sebahagian lemon dan perahkan dalam mangkuk. Campurkan satu sudu madu ke dalam jus lemon tersebut. Selepas itu, sapukan campuran jus lemon dengan madu pada muka selama 10-15 minit. Lakukan pada setiap hari dan anda pasti akan merasa seronok dengan hasilnya nanti.

Minyak Zaitun
Minyak zaitun boleh digunakan untuk memerahkan bibir anda. Caranya ialah dengan mencampurkan minyak zaitun dengan sedikit gula kemudian biarkan ianya kering untuk bebrapa minit. Selepas itu, urut bibir anda dengan secara perlahan dan bilas bibir anda menggunakan air yang bersih.

Yogurt
Selain itu, penggunaan yogurt pada muka dapat menghilangkan minyak yang berlebihan di muka, membuang sel-sel kulit mati, mengurangkan garis halus dan kedutan di muka. Caranya ialah dengan menyapu yogurt di muka selama 10 minit. Kemudian bilas dengan air yang bersih. Lakukannya sekerap yang mungkin untuk hasil yang memberangsangkan.

Soda Bikarbonat
Cara-caranya ialah dengan mencampurkan dua sudu soda bikarbonat dengan air. Kemudian, tepekkan campuran itu di kawasan muka yang mempunyai blackhead dan whitehead untuk beberapa minit. Amalkannya sekali atau dua kali seminggu sehinggalah anda berpuas hati dengan hasilnya.

Air Kosong
Air kosong mempunyai banyak kebaikan untuk tubuh badan anda. Pengambilah air kosong sebanyak 8 gelas atau 2 liter air dapat menghindarkan kulit anda daripada kekeringan. Ianya juga baik untuk menjadikan bibir anda lebih lembap dan lama-kelamaan bibir anda akan kelihatan kemerah-merahan.

Masker Kentang
Masker kentang berfungsi untuk memutihkan wajah anda. Ambil sebijik kentang dan kupas kulitnya. Kemudian potong kentang kepada dua bahagian dan blender. Campurkan sedikit madu pada kentang yang di blender itu. Setelah selesai, oleskan masker madu pada muka sehingga kering.

Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2017 04:05 PM | Show all posts
BOLEH LA CUBA NANTI
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq for the info tt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.477650 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list