CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27079|Reply: 171

Reen Rahim Kesal Bekas Pembantu Ugut Sebar Gambar Peribadi

[Copy link]
Post time 8-2-2017 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by EhhEtonLahh at 8-2-2017 12:29 PM

Reen Rahim Kesal Bekas Pembantu Ugut Sebar Gambar Peribadi

Diterbitkan: Rabu, 8 Februari 2017 11:15 AM

Oleh: KEMALIA OTHMAN
mstar@thestar.com.my

Reen Rahim memberi penjelasan kepada rakan-rakan media berhubung tindakan seorang wanita yang cuba mengugut untuk menyebarkan gambarnya. Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI.



PETALING JAYA: Pelakon Reen Rahim kesal dengan perbuatan seorang wanita yang pernah berkawan rapat dengannya bertindak mencuri video dan gambar peribadi yang disimpan dalam telefon bimbitnya dengan tujuan tidak baik.

Reen, 29, berkata, wanita berkenaan juga bertindak melampaui batas apabila cuba menulis kenyataan berbaur ugutan di laman sosial Instagram yang dianggap boleh menjejaskan maruah dia dan keluarga.

"Saya mengenali individu itu lima tahun lalu apabila dia menawarkan diri untuk membantu saya dalam melancarkan aktiviti seni dan menguruskan kelab peminat.

"Hubungan kami menjadi akrab sejak dua tahun lalu dan sepanjang kami berkawan rapat itu dia telah mengambil kesempatan untuk menyimpan gambar dan video peribadi saya dengan niat tidak baik.

"Sehinggalah apabila saya menjauhkan diri daripadanya atas sebab-sebab tertentu, dia tidak berpuas hati dan memburuk-burukkan saya di laman sosial termasuk kenyataan berbaur ugutan untuk menyebar gambar dan video peribadi saya yang dicuri dari telefon bimbit," ujarnya kepada
mStar Online.

Reen atau nama sebeanrnya Noreen Ashikin Rahim ditemui pada majlis tayangan filem
Soulmate Hingga Jannah yang diadakan di e@Curve, di sini, malam Selasa.

Aktres ini berkata, wanita yang dikenali sebagai Along itu juga membuat beberapa percubaan memburukkan namanya di beberapa media dengan memberi maklumat palsu dan fitnah.

"Saya percaya dia juga memberi beberapa cerita yang buruk tentang saya kepada beberapa media tempatan di ruangan gosip.

"Sekarang bila dia rasa tidak berpuas hati lagi dia burukkan nama saya di laman sosial pula," ujarnya.

Dalam pada itu, Reen berkata, dia sudah membuat satu laporan polis di Balai Polis Damansara pada malam Isnin lalu.
Katanya, dia juga kini memantau aktiviti individu berkenaan untuk tindakan selanjutnya.

"Saya tidak tahu video dan gambar apa yang dimaksudkan berada dalam simpanan dia. Apa-apa pun perbuatan dia itu satu kesalahan kerana dia mencuri video daripada saya.

"Setakat ini, kami nak tengok tindakan dia dan jika lebih teruk saya tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang.

"Tapi kalau dia sedar perkara tersebut salah, saya harap dia berhentilah dan jangan kacau kehidupan saya lagi," ujarnya.

Sumner - MStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2017 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
tak kenal sapa dia ni...tapi wahwahwah gambar & video apakah??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2017 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
dh kenapa pi simpan gambar2 camtu kat dlm henpon??!!! kan dah kena curikk...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
takpelah iolls tunggu jahhh bilakah bideo dan picca tu keluar
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Soulmate till jannah???

Cubaan melakukan film kah
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 12:33 PM | Show all posts
mesti pengkid kepam ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2017 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
pa dia temannya mengongkek atau, dia fefelin pornstar simpan dlm tepon?

padan muka la dik. akak pun tak kenal kau siapa. ingatkan veteran. tuptup umur 29. dah kahwin belum oi?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
kibodwatriuh replied at 8-2-2017 12:33 PM
mesti pengkid kepam ni

Kan..nama pun along tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2017 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk upkan diri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk upkan diri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk upkan diri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk upkan diri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk upkan diri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 12:36 PM | Show all posts
Siapa sheols ni?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
samasam90 replied at 8-2-2017 12:33 PM
pa dia temannya mengongkek atau, dia fefelin pornstar simpan dlm tepon?

padan muka la dik. akak p ...

reen ni yg couple dengan hero cerita kerana anisaa tu mustaqim bahadon tak silap iollss
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Appoint minah tu utk uruskan fanclub
Masalahnya, ada peminat ke dia ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2017 12:37 PM | Show all posts
x lama lg leak la dlm tumblr...wait & see...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 8-2-2017 12:36 PM
Appoint minah tu utk uruskan fanclub
Masalahnya, ada peminat ke dia ni?

Good point  

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 12:39 PM | Show all posts
video & gambar apekah sampai diugut bagai?

jangan da leak nanti gigih bagi statement itu bukan saya
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2017 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa2 pergi stalk instagram reen ni tengok komen2...mana tau kot masih ada bukti2 along ugut & fitnah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.098727 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list