CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12218|Reply: 34

[Pelbagai] INFO ...Ejaan.....

[Copy link]
Post time 8-2-2017 01:56 PM | Show all posts |Read mode
Thread ni ada kaitan dengan buku jugak kan....

Mengapakah  perkataan 'pangsapuri' dieja rapat sedangkan  perkataan tersebut  bukan kata majmuk mantap. Jawapan:
Perkataan 'pangsapuri' merupakan kata majmuk  yang baru dicipta dan dianggap sebagai kata bahasa Melayu baharu. Perkataan ini disesuaikan dengan perkataan 'kondominium' dalam bahasa Inggeris.

Sebenarnya, kata majmuk yang dieja rapat melebihi 15 perkataan. Namun demikian, kata majmuk mantap  ialah kata majmuk yang telah lazim digunakan sekian lama oleh masyarakat
  Maksudnya ialah jumlah kata majmuk mantap 15 tetapi kata majmuk yang dieja rapat melebihi 15 perkataan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2017 03:15 PM | Show all posts
awk ni kamus lah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2017 08:19 AM | Show all posts
info tentang baru @ baharu...

Baharu ialah kata adjektif yang lazimnya digunakan bagi padanan new dalam bahasa Melayu seperti buku edisi baharu dan siswazah baharu, dan baru ialah kata bantu. Kata baru lazimnya digunakan seperti dalam konteks dia baru sampai dan baru sebentar tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2017 02:21 PM | Show all posts
seribulan replied at 9-2-2017 08:19 AM
info tentang baru @ baharu...

Baharu ialah kata adjektif yang lazimnya digunakan bagi padanan new ...

Wah!!!! pun pakar bahasa jugak .....

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2017 04:53 PM | Show all posts
KESILAPAN EJAAN (KATA PINJAMAN)


Imbuhan Pinjaman
-          imbuhan yang dipinjam daripada imbuhan Sanskrit, imbuhan Arab, dan imbuhan Inggeris.
-          boleh diterima pakai sebagai imbuhan pinjaman dalam bahasa Melayu baku.
Contoh imbuhan pinjaman:
Imbuhan Inggeris:
Awalan
Imbuhan
Makna
Contoh
anti-
menentang / benci
antidadah
antikomunis
anti-Amerika
auto-
dengan sendiri
automatik
autonomi
automobil
poli-
banyak
poligami
poliklinik
politeknik
pro-
menyokong / menyebelahi
prokerajaan
probarat
pro-Malaysia
sub-
sebahagian daripada
subtajuk
subbidang
subsistem
supra-
melebihi / merentasi
supranasional
suprakelas
pasca-
selepas
pascakemerdekaan
pascakolonial
pascamajlis



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2017 05:06 PM | Show all posts
seribulan replied at 9-2-2017 04:53 PM
KESILAPAN EJAAN (KATA PINJAMAN)

,,dah jadik pakar bahasa kan ....bahasa jiwa bangsa....

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-2-2017 05:10 PM | Show all posts
arinn replied at 9-2-2017 05:06 PM
,,dah jadik pakar bahasa kan ....bahasa jiwa bangsa....

info: ejaan seyogia


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 02:02 PM | Show all posts
"singkatan dan akronim tidak digalakkan dan hanya digunakan apabila benar-benar diperlukan seperti nama yang terlalu panjang (lebih daripada dua perkataan). Apabila singkatan dan akronim ingin digunakan dalam penulisan, kepanjangannya (ejaan penuh) perlulah ditulis terlebih dahulu dan diikuti oleh singkatan atau akronim dalam tanda kurung, seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), dan Berita Nasional Malaysia (Bernama)"

DBP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-2-2017 03:02 PM | Show all posts
seribulan replied at 10-2-2017 02:02 PM
"singkatan dan akronim tidak digalakkan dan hanya digunakan apabila benar-benar diperlukan seperti n ...

..menteri perdana ke atau perdana menteri??....yg mana satu betul?

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Perdana Menteri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2017 04:17 PM | Show all posts

....kalau menteri kewangan...bukan kewangan menteri ke?...


Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 04:22 PM | Show all posts
arinn replied at 10-2-2017 03:17 PM
....kalau menteri kewangan...bukan kewangan menteri ke?...

Kan dah ada kebiasaannya...Menteri Kewangan...dah out of topic...ini bukan pasal EJAAN...

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 04:24 PM | Show all posts
Sifat ejaan kuno yang tidak digunakan lagi pada masa kini. Contoh: hayam menjadi ayam, bhumi menjadi bumi, manusha menjadi manusia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2017 04:28 PM | Show all posts
seribulan replied at 10-2-2017 04:24 PM
Sifat ejaan kuno yang tidak digunakan lagi pada masa kini. Contoh: hayam menjadi ayam, bhumi menjadi ...

...ada lagi: ayer menjadi air,  ampat menjadi empat , thalata menjadi selasa, senayan menjadi isnin ....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2017 04:04 PM | Show all posts
oh .. okayyy
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2017 11:51 AM | Show all posts
KESILAPAN EJAAN (KATA MAJMUK)
SALAH
BETUL

SALAH
BETUL
acapkali
ada pun
adakala
andai pun
andaikata
apa kala
apa tah
atau pun
Aidil-fitri
aturcara
ambilalih
barang kali
begitupun
belumpun
biar pun
baikpulih
bandaraya
cendera mata
cahayamata
campurtangan
empatbelas
gambarajah
gantirugi
garispanduan
gunatanah
hakmilik
hapuskira
ibubapa
ibupejabat
ibusawat
isipadu
inipun
janakuasa
jasabaik
jawatan kuasa
jiwa-mu
jualbeli
kawalselia
kadang kala
kemaskini
kerapkali
keretapi
kerja sama
kerjatanah
kertaskerja
kuatkuasa
acap kali
adapun
ada kala
andaipun
andai kata
apakala
apatah
ataupun
Aidilfitri
atur cara
ambil alih
barangkali
begitu pun
belum pun
biarpun
baik pulih
bandar raya
cenderamata
cahaya mata
campur tangan
empat belas
gambar rajah
ganti rugi
garis panduan
guna tanah
hak milik
hapus kira
ibu bapa
ibu pejabat
ibu sawat
isi padu
ini pun
jana kuasa
jasa baik
jawatankuasa
jiwamu
jual beli
kawal selia
kadangkala
kemas kini
kerap kali
kereta api
kerjasama
kerja tanah
kertas kerja
kuat kuasa
lalulintas
latarbelakang
lebuhraya
lagi pun
mana pun
mana kala
merekapun
meski pun
olah raga
papantanda
penguatkuasa
pengubahmilik
pilihanraya
pasaraya
rekabentuk
rekabina
ruangniaga
samada
sebutharga
sediada
segitiga
sekaligus
senireka
suratcara
suratkhabar
susunatur
susutnilai
sediakala
selangseli
seringkali
sesungguh-nya
siapa-tah
sudahpun
sungguh pun
temubual
temuduga
tengahari
tuanpunya
tukarsyarat
telahpun
ulangtahun
urusetia
usahasama
walau pun
walaubagaimanapun
lalu lintas
latar belakang
lebuh raya
lagipun
manapun
manakala
mereka pun
meskipun
olahraga
papan tanda
penguat kuasa
pengubah milik
pilihan raya
pasar raya
reka bentuk
reka bina
ruang niaga
sama ada
sebut harga
sedia ada
segi tiga
sekali gus
seni reka
surat cara
surat khabar
susun atur
susut nilai
sedia kala
selang seli
sering kali
sesungguhnya
siapatah
sudah pun
sungguhpun
temu bual
temu duga
tengah hari
tuan punya
tukar syarat
telah pun
ulang tahun
urus setia
usaha sama
walaupun
walau bagaimanapun



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2017 04:45 PM | Show all posts
Kesalahan penggunaan kata ganti nama diri

Rumus: Kata ganti nama diri yang membawa maksud jamak seperti mereka, kami, anda, kalian dan kita TIDAK boleh dijamakkan.

Contoh:

Mereke-mereka ----- Mereka
Kita-kita -------------Kita

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2017 04:49 PM | Show all posts
Analisis Kesalahan Penggunaan Kata Sendi
         MenurutTatabahasa Dewan Edisi Baharu (1997), kata sendi nama ialah bentuk morfem ataukata yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang seringdigunakan ialah di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan, hingga,tentang dan lain-lain lagi. Kesalahan penggunaan kata sendi ini yang seringdilakukan oleh murid di dalam kelas terbahagi kepada beberapa jenis kesalahanseperti:
       i.)    Kesalahanpenggunaan kata sendi ‘di’. Di sini apa yang dapat dilihat, murid-murid di   
             dalamkelas terkeliru dengan penggunaan kata sendi ‘di’ dan imbuhan ‘di’.
      Contoh,  a)   Ikan yang masak terhidang di atas meja. (penggunaan katasendi  di )
                      b)   Ikan yang masak dimakan oleh kucing. (menggunakan imbuhan “di”)

ii )    Kata sendi ialah kata yang digunakanbersama-sama dengan frasa nama untuk menghubungkan frasa nama itu dengankata-kata lain dalam ayat. Kata sendi yang berfungsi sebagai kata yangmerangkaikan frasa nama dengan kata adjektif dan kata kerja tak transitif, makakata sendi tidak boleh dilenyapkan. Misalnya:
          (a)      Ravisuka durian. (salah)
                    Ravi suka akan durian. (betul)
         (b)     Kamilalu jalan itu supaya cepat sampai. (salah)
                   Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai.(betul)
         (c)     Abangsudah pergi pejabat.(salah)
                  Abang sudah pergi ke pejabat. (betul)
         (d)     Kitamesti hormat guru. (salah)
                   Kita mesti hormat akan/kepada/ terhadap guru. (betul)
         (e)     Sayabertemu Ali di pasar pagi tadi. (salah)
                  Saya bertemu dengan Ali di pasar pagi tadi. (betul)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 08:01 AM | Show all posts
KESALAHAN EJAAN DAN PEMBETULANNYA



KESILAPAN EJAAN (KATA)
  
SALAH
BETUL

SALAH
BETUL
  auto matif
audien
agreget
arithmetik
agen (wakil)
ampangan
aked
akitek
analisa
atlit
atnik
anggrik
baucer
bistari
bowling
buffet
bumiputra
buroh
calun
cocok (tusuk)
cucuk (sesuai)
catit
cendiawan
cop
dasyhat
dialog
definasi
deligasi
deraf
durhaka
efisyen
ekur
ehsan
engzos
ekslusif
ekspot
ekspress
emel
engkar
fadhilat
fax
faksimili
Febuari
gembeling / gembeleng
automotif
audiens
agregat
aritmetik
ejen (wakil)
empangan
arked
arkitek
analisis
atlet
etnik
anggerik
baucar
bestari
boling
bufet
bumiputera
buruh
calon
cucuk (tusuk)
cocok (sesuai)
catat
cendekiawan
cap (cetak)
dahsyat
dialog
definisi
delegasi
draf
derhaka
efisien
ekor
ihsan
ekzos
eksklusif
eksport
ekspres
e-mel
ingkar
fadilat
faks
faksimile
Februari
gembleng
geraf
geharu
hajjah
hurmat
ide
idap
iktizam
impot
injin
inspekter
insuran
Insyaallah / Insya Allah
istihar
istirehat
isya
justru
jeket
kampong
kapitalisma
katun
kefeteria
komidi
komisyen
kondaktor
konsotium
kontrek
korum
kaptain
karenah (ragam)
kelender
keredhaan
kerinting
kianat
ko-kurikulum
kolestrol
komersil
komplek
kontingen
lagenda
lakun
lapuran
lebel
lencungan
leukimia

graf
gaharu
hajah
hormat
idea
hidap
iltizam
import
enjin
inspektor
insurans
insya- Allah
isytihar
istirahat
isyak
justeru
jaket
kampung
kapitalisme
kartun
kafeteria
komedi
komisen
konduktor
konsortium
kontrak
kuorum
kapten
kerenah
kalendar
keredaan
keriting
khianat
kokurikulum
kolesterol
komersial
kompleks
kontinjen
legenda
lakon
laporan
label
lencongan
leukemia

  
SALAH
BETUL
SALAH
BETUL
  lojik
losyen
letrik
lojistik
maksima
manafaat
masaalah
mee
mekanisma
mencatit
mengenengahkan
megenepikan
mengujudkan
mengwujudkan
mentera
merbahaya
minima
munshi
nasionalisma
odit
oditorium
optima
organisme
otomatik
otomobil
pamir
paspot
patriotisma
pehak
pelancung
pemerosesan
pemilekan
pengembala
pengemblengan
pensil
perabut
perihatin
perlaburan
perlancaran
perletakan
pertunjukkan
pesaraan
pesiaran
plan
profession
prosidur
logik
losen
elektrik
logistik
maksimum
manfaat
masalah
mi
mekanisme
mencatat
mengetengahkan
megetepikan
mewujudkan
mewujudkan
mantera
berbahaya
minimum
munsyi
nasionalisme
audit
auditorium
optimum
organisma
automatik
automobil
pamer
pasport
patriotisme
pihak
pelancong
pemprosesan
pemilikan
penggembala
penggemblengan
pensel
perabot
prihatin
pelaburan
pelancaran
peletakan
pertunjukan
persaraan
persiaran
pelan
profesion
prosedur
protin
pekej
pesonal (kakitangan)
petrolium
platfom
profail
profesyenal
sekala
sekelian
sekim
sessi
setor
siksa
silaturrahim
snooker
stesyen
stokin
sunnah
sabsidi
sanwic
selinder
skima
spesis
stem
talipon
taugeh (sayuran)
trampil
tulin
ugama
usek
warong
vokasyenal
yunit
protein
pakej
personel
petroleum
platform
profil
profesional
skala
sekalian
skim
sesi
stor
seksa
silaturahim
snuker
stesen
stoking
sunah
subsidi
sandwic
silinder
skema
spesies
setem
telefon
tauge
terampil
tulen
agama
usik
warung
vokasional
unit

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2017 10:13 AM | Show all posts
seribulan replied at 15-2-2017 08:01 AM
KESALAHAN EJAAN DAN PEMBETULANNYA

---mendapat banyak panduan mengenai ejaan....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.082142 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list