CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10053|Reply: 10

Senibina Masjid-Masjid di Negeri Perak

[Copy link]
Post time 8-2-2017 11:35 PM | Show all posts |Read mode
Senibina Masjid-Masjid di Negeri Perak

Keindahan Senibina Masjid kali ini membawa anda mengembara keseluruh negeri Perak Darul Ridzuan untuk menikmati keindahan beberapa seni bina masjid yang terdapat di sini.

Bertepatan dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 (#VMY2014), kita tonjolkan keindahan dan keistimewaan seni bina masjid sebagai salah satu kemahiran umat islam dalam seni bina dan rekabentuk.

Sambil melancong dapat juga singgah beribadat sambil mengenali dan menikmati keindahan seni bina, sejarah dan budaya setempat melalui senibina masjid yang mempersonakan ini.

Masjid Di Negeri Perak

Negeri Perak Darul Ridzuan yang kaya dengan sejarah, khazanah budaya dan alam semulajadi yang masih terbuka luas untuk diterokai.

Bersama kita nikmati salah satu khazanah seni binaan yang menjadi kebanggaan dan simbul keteguhan umat Islam ini. Masjid yang bukan sahaja menjadi tempat ibadat tetapi juga dapat menonjolkan perpaduan, warisan budaya setempat serta kesenian umat Islam. Walaupun terdapat garis panduan dalam pembinaan masjid, ianya bukan satu hanlangan bagi pereka menonjolkan keunikan dan kestimewaan dalam merekacipta senibina yang menarik dan menawan.

Nikmatilah keindahan senibina dan rupabentuk beberapa masjid pilihan yang terdapat di negeri Perak Darul Ridzuan yang pastinya menjadi simbol keagungan Islam bagi penduduk setempat.



Masjid Al Adli, Lumut



Masjid Khairul Jariah, Kg Segari, Pengkalan Baru



Masjid Padang Gajag, Trong

Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan, perpaduan, kemakmuran dan kekuatan umat islam di negeri Perak.



Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

Masjid yang indah ini terletak di sebelah kawasan permakaman Di Raja Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Masjid ini dibina di atas kehendak Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke-28 (1887-1916) kerana menunaikan nazar baginda.

Tugas membuat pelan rekabentuknya telah diberikan kepada Hubbeclk, seorang arkitek kerajaan dan tugas melaksanakan bangunan itu pula diserahkan kepada Caufield sebagai ketua jurutera Negeri Perak ketika itu.

Pada hari Jumaat 26 September 1913, Sultan Idris Murshidul Azam Shah telah meletakkan batu asas masjid tersebut. Pembinaan masjid tergendala beberapa tahun kerana kerosakan ketul-ketul marmar di tempat simpanannya yang telah dipijak oleh dua ekor gajah kepunyaan Sultan Idris dan Raja Chulan.

Pesanan batu marmar yang baru dari Itali tergendala akibat tercetusnya Perang Dunia Pertama, sehinggalah 1917 barulah masjid yang terindah di negeri Perak itu dengan rasminya dibuka oleh Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah iaitu Sultan Perak yang menggantikan Sultan Idris yang mangkat pada tahun 1916. Belanja pembinaan Masjid Ubudiah ketika itu di anggarkan berjumlah RM200,000.00




Masjid Al Aula, Simpang Empat, Hutan Melintang



Masjid Sultan Idris II, Teluk Intan



Masjid Al-Hidayah, Asam Kumbang, Taiping



Masjid Tasik Bukit Merah

Masjid Ihsaniah Iskandariah yang sungguh unik dan istimewa ini terletak di Kampung Kuala Dal, Padang Rengas kira-kira 4.8 kilometer dari Bandar Diraja Kuala Kangsar.



Masjid Ihsaniah, Kuala Dal, Padang Rengas

Masjid Ihsaniah Iskandariah ini dibina pada 1936. Pembinaannya telah dibiayai oleh Al-Marhum Paduka Seri Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak yang ke-30.

Papan plak perasmian yang diperolehi di masjid ini mencatatkan majlis perasmian telah berlangsung pada hari Jumaat 10 Zulhijjah pada tahun 1356H bersamaan 11 Februari 1938.  Keunikan masjid ini dapat dilihat pada rekabentuk binaannya yang menyerupai seperti sangkar burung.

Istimewanya masjid dua tingkat ini ialah keseluruhan dindingnya dibuat daripada buluh minyak yang dianyam dipanggil “dinding tepas/tepus” kehalusan seni anyaman tangan kelarai bermotif pengaruh ‘arabes’ pada dinding masjid menimbulkan nilai estetika bangunan menjadi tarikan utama kepada siapa yang memandang.

Terdapat 20 tingkap berdaun dua yang dihiasi ukiran “tebuk terus, tidak silat” bermotif pucuk kacang, bulan sabit dan bintang. Bumbung masjid ini juga sangat unik kerana tidak mempunyai tebar layar menyebabkan kelihatan seperti bumbung rata yang tidak terpengaruh dengan bumbung Istana Kenangan yang mempunyai ‘satah’ kecerunan yang sangat ketara.

credit to: www.relaksminda.com



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2017 11:44 PM | Show all posts


Masjid Lama, Kg. Gajah



Masjid Jamek, Sungkai



Masjid Jamek, Grik

Masjid Tinggi, sebuah masjid istimewa di Bagan Serai, Perak. Bagan Serai adalah merupakan penempatan suku kaum Banjar yang terbesar di Malaysia sehinggakan terdapat Persatuan Banjar Semenanjung Malaysia berpusat di daerah ini.



Masjid Tinggi, Bagan serai

Tidak syak lagi masjid ini dibina oleh suku kaum tersebut pada sekitar tahun 1890 an. Masjid ini juga telah dirasmikan oleh Paduka Sultan Perak, Sultan Iskandar Shah Ibni Almarhum Sultan Idris Rahmatullah Shah (1918 - 1938) pada tahun 1923. Masjid ini mempunyai rekabentuk yg amat menarik dan telah dibaik pulih oleh pihak Muzium.

Namun, masjid ini kini tidak lagi digunakan dan telah dijadikan warisan negara oleh pihak Muzium. Masjid yang baru telah dibina dan terletak di sebelah Masjid Tinggi ini.




Masjid India Muslim, Sungai Siput




Masjid India Muslim, Padang Kota, Ipoh



Masjid Radhiatul Mardhiah, Parit

Masjid Panglima Kinta ini dibina oleh Dato’ Panglima Kinta sempena memperingati isterinya yang telah meninggal dunia. Masjid ini juga dikenali dengan nama 'Masjid Tengah'. Ia terletak di Jalan Masjid, Ipoh iaitu di tepi tebing Sungai Kinta dan berdekatan dengan Jambatan Sultan Iskandar.



Masjid Panglima Kinta, Ipoh

Melihat bangunan masjid ini, ia telah direkabentuk dengan menggabungkan senibina Mogul dan Neoclassical. Ia memiliki dua menara, anjung dan kubah batu di sebelah timur. Menurut catatan sejarah, masjid ini yang pertama sekali didirikan di Ipoh iaitu pada tahun 1898 Masihi.




Masjid Al-Mukmin, Tapah



Masjid Taqwa, Kg Padang Tembak, Teluk Intan



Masjid An Nur, UTP Tronoh



Masjid Sultan Alang Iskandar Shah, Manjung

Bangunan masjid yang berkonsepkan Timur Tengah ini telah dibuka dengan rasminya oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah pada 24 Ramadan 1424 Hijrah bersamaan 19 November 2003 Masihi.

Masjid ini mempunyai gerbang berulang yang mendominasi sekeliling bangunan. Kubah berbentuk topi dibina diiring dua buah menara di kiri dan kanan. Rupa bentuk masjid ini menekankan kesederhanaan, tetapi tetap kelihatan indah dan menarik.




Masjid Jamek (Baru), Gopeng

Koleksi Artikel Senibina Masjid

Koleksi ini tidaklah lengkap sepenuhnya. Banyak lagi masjid-masjid di Negeri Perak yang indah dan menarik senibinanya. Semoga yang ada ini dapat memberikan serba sedikit pengetahuan, rujukan dan panduan mengenai rupabentuk dan senibina masjid yang terdapat di Negeri Perak.

Ingatlah... Masjid yang indah bukan untuk hanya untuk di pandang... marilah kita bersama-sama mengimarahkannya...

credit to: www.relaksminda.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2017 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik..masjid lama2
Kat tempat i, masjid lama dirobohkan utk bina baru
Xpun depa alih buat masjid baru kat tempat jauh dr pusat bandar.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2017 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
cantiknya senibina masjid dia. semua unik
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2017 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Cntek cntek masjid
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2017 01:10 PM | Show all posts
tq SuteraPurple.

Masjid Tinggi kat Bagan Serai tu unik betul.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2017 12:24 PM | Show all posts
setiap satu ada keistimewaan tersendiir
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 01:11 PM | Show all posts
mesti best kalu dpt singgah bersolat di setiap masjid ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2017 12:30 PM | Show all posts
SubhanAllah
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 09:59 AM | Show all posts
cantiknyaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2019 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Masjid Ubudiah cantik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.081198 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list