CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9189|Reply: 57

Isteri Tidak Cemburu Zainal Abidin Ambil Protege Jadi Anak Angkat.

[Copy link]
Post time 10-2-2017 10:20 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Zainal Abidin berkata, isterinya tidak berasa cemburu selepas dia membuat keputusan menjadikan protegenya dari rancangan Mentor iaitu Nadeera sebagai anak angkat dan tinggal bersama.

Zainal atau nama sebenarnya Zainal Abidin Mohamed, 56, memberitahu, perbezaan umur antara dia dan Nadeera selama 34 tahun menyamakan mereka seperti seorang datuk dan cucu.

"Isteri saya takkan cemburu kerana umur kami berdua jauh berbeza dan Nadeera terlalu muda seperti cucu saya.

"Kalaulah terjadi apa-apa antara saya dan Nadera (kahwin) di masa hadapan bermakna saya buat tindakan yang tidak masuk akal dan sememangnya tidak akan terjadi,” katanya kepada mStar Online.



Zainal ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu protegenya, Nadeera iaitu Hasrat Hati di Floral Terrace di sini pada Khamis.

Selain itu, Zainal juga memberitahu isterinya antara individu yang bertanggungjawab dalam memberi didikan dan bimbingan buat Nadeera selama ini.

Terdahulu, Nadeera atau nama sebenarnya Farah Nadeera Zaini, 22, menjadi anak angkat dan tinggal bersama Zainal sekeluarga selepas tamat program realiti Mentor Legend pada tahun lalu.
Dalam pada itu Nadeera  berkata, jarak rumah keluarganya yang jauh menjadi faktor utama dia tinggal bersama Zainal sekeluarga dan dalam masa yang sama mahu mendapat bimbingan penyanyi itu.

"Keluarga saya tinggal jauh di Mersing, Johor tetapi jika saya membesar di Kuala Lumpur, kenapa saya perlu tumpang di rumah abang Zainal?

“Sekiranya saya terus tinggal di kampung, saya tidak boleh nak naikkan nama saya dan tidak dinafikan memang sukar kerana saya pernah berulang alik suatu ketika dulu sewaktu menjadi peserta Vokal Bukan Sekadar Rupa,” katanya.

Sementara itu mengenai single Hasrat Hati, lirik lagu tersebut ditulis oleh Sulu Sarawak bersama komposer Amirah Ali.

Lagu tersebut sedikit sebanyak menyingkap kisah perjuangan Nadeera dalam menempuh industri hiburan selepas melalui banyak rintangan dan dugaan sebelum ini.

Credit: mstaronline.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2017 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
yg manaa satu nadeerraaaa napaa iollss x tauuu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2017 10:23 AM | Show all posts
hehe i xreti tepek gmbr..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 10:34 AM | Show all posts
ni citer baru ke tt..??
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 11:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 11:19 AM | Show all posts
mcm tak perasan kewujudan nya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2017 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Oo.. anak mentor kau jaga eh. Anak sendiri nafkah rm200
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 11:21 AM | Show all posts
x taw pon penyanyi ni...memula anak angkat...jgn kemudian terangkat sudah ler...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2017 11:24 AM | Show all posts
mungkin pak jenal tak pernah baca berita tgt lelaki tua yg umo mcm atuk kawin dgn pompuan umo belasan tahun, atau atuk rogol cucu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 11:34 AM | Show all posts
Still bukan muhrim kan..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 11:39 AM | Show all posts
ini nak promote album ke atau nak promote anak angkat jadi "future" bini

nanti sekejab lagi ustaz dan ustazah dtg hentam kenapa bukan muhrim
boleh duduk serumah....
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 11:41 AM | Show all posts
dridri replied at 10-2-2017 11:21 AM
Oo.. anak mentor kau jaga eh. Anak sendiri nafkah rm200

kannnn.......beriya2 jaga anak orang
mungkin dia guna 'jaga anak mentor' utk perli sindir ex-wife dan anak ppuan dia tu..huhuhu

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 11:42 AM | Show all posts
Amboi Jenal, sampai beranak berangkat engko yer? Ni kes anak kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan ker ni?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
momomikomiki replied at 10-2-2017 11:41 AM
kannnn.......beriya2 jaga anak orang
mungkin dia guna 'jaga anak mentor' utk perli sindir ex-wife ...

Cubaan utk appear seorang yg bertanggungjawab dan penyayang ke? Konon "sedangkan anak mentor saya jaga kebajikannya..takkanlah anak2 sendiri saya abaikan kebajikan mereka"  
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by RatuDunia94 at 10-2-2017 12:07 PM

Nadeera bg iols suara sheols sgt sedap ok.. Lg sedap dr suara salma menjerit tu..tp kesian rupa xde.. So susah nk g jauh..

Rasanya zainal mmg rapat pon dgn family nadeera ni.. Masa mentor siap bapanya nadeera wasiat suruh jaga nadeera mcm ank sendiri.. Dulu siti, misha pon tinggal serumah dgn arwah adnan abu hassan.. Tp ye la still x manis kan..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 11:59 AM | Show all posts
anak sendiri bg nafkah rm200 sebulan, anak org ko sibuk nak jaga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2017 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
dridri replied at 10-2-2017 11:21 AM
Oo.. anak mentor kau jaga eh. Anak sendiri nafkah rm200

Baru nak komen benda yg sama.  Tolol ke hape jenal ni?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 12:04 PM | Show all posts
Apsal cam pernah bace citer  dua makhluk nih..
Mmg pak jenal nak sponsor sheols buat album dan sheols menumpang kat umah pak jenal katenyer.

Sheols ni produk Mentor time si Azmil protege Dayang tu menang. Sore ble la tahan sedap tapi kecundang psl takde x-factor kot.


Sengajer leteww Pak Jenal nak create citer.  Ye ye awww je cam cucu konon... pidahh.. still danger hoccay napsu tak kenal usia, pangkat dan status.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 12:05 PM | Show all posts
RatuDunia94 replied at 10-2-2017 11:48 AM
Nadeera bg iols suara sheols sgt sedap ok.. Lg sedap dr suara salma menjerit tu..tp kesian rupa xde. ...

jamal mana pulak ni kak ratu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
makneng replied at 10-2-2017 12:01 PM
Baru nak komen benda yg sama.  Tolol ke hape jenal ni?

Kenapa banyak artikel cover hal2 zainal sekarang? Dia ada nak buat concert ke nanti? Keluar album?  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.083710 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list