CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6160|Reply: 24

Mengapa Bulan Sabit & Bintang sering dijadikan sbg "Simbol" Islam?

[Copy link]
Post time 10-2-2017 04:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by manjalara_01 at 10-2-2017 05:05 PM

Salam semua...

Baru2 ni manja dpt beberapa info di internet yg menyatakan bahawa simbol bulan sabit & bintang yg sering dikaitkan dgn agama Islam sebenarnye bukan simbol Islam. If that is true than kenapa bulan sabit & bintang ni digunakan dimasjid2 , bendera negara2 Islam & dijadikan perhiasan ditengkolok sultan melayu sbgnye? Apakah kepentingan & maksud disebalik penggunannye? Harap korang bleh share..









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-2-2017 10:54 PM | Show all posts
manja share di sini dulu ape2 maklumat yg manja dpt. kalau ade salah & silap tlg bg pencerahan yea? thanks in advances semua.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2017 11:36 PM | Show all posts
Edited by manjalara_01 at 10-2-2017 11:43 PM

RAHSIA DI SEBALIK SIMBOL BULAN SABIT DAN BINTANG
Pernahkah anda semua melihat lambang bulan sabit dan bintang di sekeliling? Dari mana lambang itu berasal? Dan mengapakah lambang itu dipilih? Siapakah yang memilih lambang itu? Adakah Rasullulah S.A.W dan sahabat menggunakan lambang tersebut untuk agama Islam? Adakah ada disebutkan di dalam mana hadis atau ayat Al-Quran supaya menggunakan lambang tersebut sebagai lambang agama Islam yang suci ini? Ohhh, semestinya TIDAK!
Pada zaman Rasullulah dan Khulafa Ar-Rasyidin (632-661 Masihi) tidak pernah ada lambang untuk agama Islam. Al-Quran juga tiada menyebutkan hal tersebut. Rasullulah hanya menggunakan panji-panji perang yang sangat sederhana dan hanya satu warna sahaja samada putih, hijau atau hitam. Tiada lambang bulan dan bintang seperti di kebanyakan negara Islam sekarang. Kegemilangan kerajaan Islam Uthmaniah. Penaklukan Kota Istanbul (Kota Islam)

Sebenarnya simbol ini telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad II ke dalam bendera Kerajaan Uthmaniyyah setelah penaklukan Kota Istanbul (Constantinople) pada 1453 Masihi. Lambang Bulan dan Bintang itu adalah lambang bagi Kota Constantinople (Istanbul) yang sebelum itu berada di bawah kekuasaan Empayar Rom sejak sekian lama. Ekoran daripada keluasan wilayahnya yang luas merangkumi tiga benua dengan kepelbagaian peradaban yang ada di dalamnya. maka simbol bulan sabit digunakan sebagai METOPHORA untuk melambangkan posisi tiga benua itu. Sebelah hujung yang satu menunjukkan Benua Asia yang ada di Timur, hujung lainnya mewakili Benua Afrika yang ada di bahagian lain dan di tengahnya adalah Benua Eropah. Manakala lambang bintang menunjukkan posisi ibu kota yang kemudian diberi nama Istanbul yang bermakna: Kota Islam.
Sebelum dikenali dengan nama Constantinople, kota tersebut terlebih dahulu dikenali sebagai Byzantium. Byzantium diambil sempena nama Raja Byzas (663 SM) dan dijadikan ibu negara untuk Empayar Byzantine sebelum empayar tersebut tewas kepada kerajaan Uthmaniyyah pada 1453 Masihi. Bulan sabit telah dijadikan simbol kota tersebut untuk didedikasikan kepada Dewi Artemis (Hunt God).
Dewi Artemis merupakan simbol bulan sabit bagi kaum Nasrani
Sabda Rasullulah S.A.W :
“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.”



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2017 11:42 PM | Show all posts
Edited by manjalara_01 at 10-2-2017 11:45 PM

Asal-usul simbol bulan sabit dan bintang

Jadi dari manakah asalnya penggunaan simbol bulan sabit dan bintang ini yang terdapat di mana-mana sekarang, termasuklah bendera-bendera negara dan negeri. Lambang bintang pula ditambah sebagai simbol kota selepas kematian Maharaja Constantine pada 337 Masihi dan nama Byzantium telah ditukar kepada Constantinople sebagai tanda memperingati maharaja Constantine.


Lambang itu adalah dari simbol Dewi Ishtar (Star iaitu bintang dalam bahasa Inggeris diambil dari perkataan Ishtar ini). Dewi Ishtar ialah tuhan kesuburan, kasih sayang, peperangan dan seks bagi kaum Babylon purba. Ada juga pendapat mengatakan lambang bintang ini diambil dari Star Of Virgin Mary kerana agama Kristian telah menjadi agama rasmi empayar Rom dengan Persidangan Nicea pertama pada 335 Masihi dan Persidangan Constantinople pada 381 Masihi. Dan sejak dari itu Bulan Sabit dan Bintang telah menjadi lambang rasmi untuk kota tersebut.



Jacques De Molay

Adakah simbol ini hanya digunakan untuk agama Islam sahaja? Oh, tidak sama sekali. Ia juga digunakan oleh Freemason! Cuba lihat simbol logo Freemason yang digunapakai oleh puak Jacques DeMolay. Kini simbol ini dikenali sebagai simbol DeMolay International iaitu salah satu cabang Freemason. Ia diambil dari Grand Master of The Knight Templar terakhir  iaitu Jacques de Molay (1240/1250 – Mac 1314) yang berkhidmat kepada Raja Philip IV bermula dari 20 April 1292 sehingga ia dibubarkan dengan perintah Paus Clement V pada tahun 1312.



Matlamat beliau sebagai Grand Master adalah untuk membuat reformasi dan menyesuaikan dengan keadaan di Tanah Suci selepas Perang Salib. Namun begitu, beliau telah difitnah dan dihukum bunuh kerana menentang kerabat raja. Untuk mengembalikan kegemilangannya, De Molay telah diangkat dan diagungkan sebagai LAGENDA kepada pengikut Freemason. Lihatlah betapa licik dan halusnya pihak Yahudi dan Nasrani menusuk jarum ke dalam MINDA umat Islam agar lalai dan alpa tentang asal-usul simbol bulan sabit dan bintang yang dijadikan IKON agama ISLAM. Jika kita terus hanyut dibuai dongeng dan lagenda berkaitan simbol ini maka ia secara tidak langsung menjerumus kita ke arah PENYEMBAHAN BERHALA SECARA LANGSUNG DI BAWAH SEDAR.Na’uzubillahi min zalik……


Simbol bulan sabit dan bintang pada logo Freemason

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2017 11:59 PM | Show all posts
Peranan Umat Islam

Kita selalu pening memikirkan “Kenapa umat Islam susah nak BERSATU” bukan? Sejak kejatuhan institusi khulafah Uthmaniyyah, tanah umat Islam berjaya dipecahkan malahan kekal terpisah hampir seabad lamanya! Jika kita melihat dari skop mata zahir, lupakah kita bahawa dunia adalah suatu FATAMORGANA yang memperdaya? Tidak terfikirkah seorang dari kita bahawa kita sedang DISIHIR oleh DAJJAL melalui tenteranya yang melata di bumi? Dengan izin Allah, sang Pemfitnah berjaya dan terus berjaya?

Kini kita menjadi BUTA HATI dan BUTA MINDA dalam mengenalpasti manakah yang berpaksikan AJARAN ISLAM dan manakah yang berpaksikan AJARAN KUFFAR? Tiada satu mata pun dikalangan umat Islam yang mengetengahkan ISU ini kerana merasakan ianya REMEH? Tidak membawa Islam kemana-mana? Khurafat? Tahyul? Atau kita yang JAHIL?

Ingatlah bahawa;

JANGAN LUPA, JIKA ANDA PERCAYA BAHAWA SYAITAN ITU MUSUH YANG NYATA, SEGALA YANG DIBAWA BERSAMANYA SEPERTI SIHIR, MAGIK (SILAP MATA), DAN TIPU DAYANYA JUA ADALAH NYATA DENGAN IZIN ALLAH.

Lupakah anda sumpah keramat Azazil setelah dia dihalau keluar dari Syurga Allah???

Iblis berkata:

” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya”.

“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik“.

(Surah Al-Hijr : Ayat 39 – 40)

Kesimpulan

Oleh kerana kejahilan dan kenaifan umat Islam, simbol bulan sabit dan bintang diambil dan dijadikan SIMBOL BENDERA negara Islam secara meluas. Hinggakan MINDA umat Islam seperti dipukau atau dikawal secara sistematik. Hatta kita, akan melenting jika simbol ini dipijak atau diletakkan pada tapak kaki. Seolah-olah simbol ini SETANDING DENGAN TUNTUTAN AJARAN ISLAM yang melarang perkataan ALLAH S.W.T dan MUHAMMAD S.A.W tidak dibawa ke tempat yang boleh merosakkan IMEJ ISLAM.

Lihatlah betapa malangnya bila di sekeliling kita sekarang ini simbol apakah yang diagung-agungkan seperti di kubah masjid, sejadah dan hiasan bercorak Islam? Lambang apa yang digunakan? Kita seolah-olah telah didoktrin oleh masyarakat Islam yang jahil tentang asal-usul simbol ini. Mereka cuba menggambarkan kepada kita simbol ini adalah LEGASI WARISAN ISLAM. Hinggakan jika tiada simbol ini di surau, musolla, pasantren, masjid dan pusat Islam macam TIDAK SAH SOLAT KALAU TIDAK ADA LAMBANG INI.

Jika dilihat di sekeliling kita sekarang, hampir di kebanyakan masjid mempunyai simbol ini. Sedangkan yang PASTI simbol ini sebenarnya adalah warisan dari kaum YAHUDI  dan NASRANI yang gigih menjalankan usaha mereka untuk menyelewengkan AQIDAH umat Islam dari menyembah Allah S.W.T yang MAHA ESA. Marilah kita sama-sama SEBARkan MESEJ ini agar kita tidak lagi asyik-masyuk TIDUR DIBUAI MIMPI PALSU…….

“Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.”

(Surah Yusuf : Ayat 106)

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.”

(Surah Yusuf : Ayat 108)

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar)”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.”

(Surah Al-Baqarah : Ayat 120)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2017 12:05 AM | Show all posts
ni feedback dari pembaca website tersebut

Assalamualaikum…
Kepada Tuan2 saudara seAgama ku sekelian… Semak dan kaji semula apa yang diutarakan dalam blog ni…. saya tidak setuju dengan artikel ni… pembaca jangan hanya menerima sahaja… Tuan2 kajilah semula bagaimana asalnya Islam menggunakan simbol bulan dan bintang ni.. adakah kamu lupa tentang sejarah kegemilangan Islam terdahulu… bagaimana Islam terdahulu mencapai kejayaan.. jangan hanya duduk pada takluk logik semata2.. janganlah kita terpengaruh dengan kajian seperti ini.. kerana bulan sabit dan bintang ini adalah hak orang Islam.. sebab apa??

Kajilah semula, kerana ilmu astronomi ini lah sebabnya menjadi punca dan membawa kemajuan Islam suatu ketika dahulu… kenapa kita masih lagi memegang bahawa ilmu astronomi ini ‘mereka’ (yahudi dan nasrani) yang menguasainya…???

Padahal ilmuan2 Islam terdahulu telah menguasainya terlebih dahulu dan ‘mereka’ telah merampasnya hak ini dari orang Islam setelah negara2 Islam ini jatuh akibat dari campur tangan ‘mereka’ kerana mereka menyedari HAKIKAT ini… mereka mengkaji semula dan terus mengatakan ilmu ini hak ‘mereka’ dan membawa kemajuan kepada ‘mereka’ hingga sekarang… asal ilmu ini dinamakan ILMU ‘FALAK’ dan TELAH DITUKAR KEPADA ‘ASTRONOMI’ supaya ‘mereka’ dapat menukar mentaliti umat Islam sekarang untuk mengatakan ilmu Falak (astronomi) ini adalah dari ‘mereka’ agar umat Islam dibiarkan terus lemah dari segala aspek dan mereka terus dianggap kuat dan hebat… sedarlah Tuan2 semua… kaji dan renungkanlah.. jangan kita menafikn hak orang Islam…

ADAKAH KAMU TIDAK BERFIKIR??..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2017 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Biasa ler tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2017 01:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi pandangan saya pula, bintang yg berbucu 5 itu merujuk kpd rukun Islam. Kisah bintang juga ada dinyatakan di dalam kisah2 nabi. Bintang juga dirujuk sebagai petunjuk Allah. Dan bintang juga merujuk kpd cara mencari-pandu arah dalan kehidupan.

Adapun bulan sabit itu merujuk kpd "pantulan" dalam kehidupan yg mana cahayanya cumalah sebahagian kecil dari kegelapan yg diberikanNya kpd Islam itu sendiri. Dan bila mana bintang itu seakan2 berada di tengah2 bulat sabit itu merujuk kpd Islam itu kehidupan yg diwarnai dgn kegelapan dan hanya sebahagian sahaja cahaya pantulan dariNya kpd yg mengikut Islam.

Ilham itu dariNya. Dan pastilah, tidak sia2 apa yg kita usahakan ketika berada di dunia selagi mana bertaqwa kpdNya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2017 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MohdNizamCY at 11-2-2017 01:58 AM

Kita berada di zaman "tidak tersisa walaupun sebesar zarah" PASTI mensyirikkan Allah.

Saya boleh jelaskan disini SATU PER SATU. Apa pun, tajuk TT ini bagi saya sekadar santapan snek utk saja2 saya baca. Ini kerana, saya sudah jelaskan sebelum ini, kita berada di zaman ibarat Islam photostat. Suka atau tidak, hampir kesemua manusia di zaman ini SUDAH BOLEH CIUM bau neraka. Tinggal lagi, tahu dgn tak tahu aje
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2017 02:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MohdNizamCY at 11-2-2017 02:08 AM

Utk bendera Malaysia pula, Islam itu dilambang pada tiap bucu bintang yg mewakili pemerintah Islam di setiap negeri. 14 bucu merujuk kpd 13 negeri yg berdaulat dan juga wilayah persekutuan.

Jika kita PERASAN, maka kita akan sedar, bendera Malaysia TIDAK SAMA dgn bendera dari negara Islam yg lain. Ini kerana, Allah jua yg mengilhamkan SESUATU yang unik ke atas negara yg AMAT UNIK.

Tinggal lagi, samaada kitalah yg menghancurkan Islam itu atau kitalah yg mempertahankan Islam itu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2017 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Antara Sunnah baginda Rasullah saw adalah "MENDENGAR DAN MENTAATI PEMERINTAH"!

Tahukah kita, pada bendera Malaysia juga hakikatnya menjelaskan makna SIAPA PEMERINTAH utk kita taati?

Kerana itulah, mereka yg mendalam ilmuNya faham apa yg perlu dilakukan dan apa yg tidak perlu dilakukan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2017 11:08 AM | Show all posts
MohdNizamCY replied at 11-2-2017 01:50 AM
Bagi pandangan saya pula, bintang yg berbucu 5 itu merujuk kpd rukun Islam. Kisah bintang juga ada d ...

Terima kasih atas pencerahan saudara..

Masa saya cube mencari info diinternet mmg saya x jumpe maklumat tentang ni.maklumat yg saya dpt pun kebykkannye dlm bahasa indon & inggeris saje.

Seingat saya simbol bintang & bulan sabit ni masa belajar di sekolah dulu dijadikan sbg simbol agama Islam. & bintang yg berbucu 14 tu pun same mcm maklumat yg saudara kongsi di sini.

Tp biase la masa di sekolah setakat tu saje la yg diajar. Saya pun x pernah nak fikir lebih dari yg diajar.

Cume seingat saya ustazah & uztaz yg pernah mengajar kelas agama pun x pernah sebut tentang simbol2 ni. atau ape2 kepentingan tentangnye.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2017 11:25 AM | Show all posts
MohdNizamCY replied at 11-2-2017 01:56 AM
Kita berada di zaman "tidak tersisa walaupun sebesar zarah" PASTI mensyirikkan Allah.

Saya boleh  ...

saye pun sependapat dgn saudara dlm hal ni. saudara ade x bukak thread tentang topik ni? teringin saya nak bc. kalau ade bleh tlg pastekan linknye di sini?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2017 11:35 AM | Show all posts
monyet_2015 replied at 11-2-2017 11:25 AM
Kalau mengikut sejarah, simbol bulan ini adalah merujuk kepada dewa bulan iaitu
sejenis dewa arab j ...

Thanks for sharing ..

info yg ni pulak manja dpt dari wikipedia:
Nama-nama berhala[sunting | sunting sumber]Artikel utama untuk bagian ini adalah: Mitologi Arab
Dikisahkan melalui hadits bahwa bangsa Arab Jahiliyah telah meletakkan berhala disekitar Kaabah sebanyak 360 berhala.[6] Berhala yang disembah Arab Jahiliyah itu biasanya diberi nama dengan nama-nama perempuan atau lelaki, berhala yang terkenal di antaranya adalah:
  • Hubal
    Berhala yang dianggap sebagai "Dewa Bulan" ini dibawa oleh 'Amr bin Luhay dari Ma'arib (Moab) suatu daerah di Balqa'. Menurut kisah dari Ibnu Hisyam, ia berkata bahwa salah seorang dari orang berilmu berkata kepadaku bahwa orang yang pertama mendatangkan Berhala ke Makkah adalah 'Amr bin Luhay.

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2017 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MohdNizamCY at 11-2-2017 03:31 PM
manjalara_01 replied at 11-2-2017 11:25 AM
saye pun sependapat dgn saudara dlm hal ni. saudara ade x bukak thread tentang topik ni? teringin  ...


Rasanya, tak der link kot? Kerana ianya sekadar apa yg saya faham dan tidak lebih dari itu.

Saya pernah discuss dgn kenalan, dan diakhir perbincangan ini jawapan dariNya "Apa yg kamu kata itu semuanya BETUL dan tiada keraguan!". Dan saya pun menjawab "kerana itulah, saya lebih rela jadi kuli dari menanggung dosa (ibarat keldai) kerana PASTI menambahkan makna mensyirikkan Allah".
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2017 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MohdNizamCY at 11-2-2017 03:47 PM

Kitab Shahih Bukhari No. Hadist: 6557

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al-Mutsanna telah menceritakan kepada kami Al-Walid bin Muslim telah menceritakan kepada kami Ibnu Jabir telah menceritakan kepadaku Busr bin Ubaidullah Al-Khadrami, ia mendengar Abu Idris al-Khaulani, ia mendengar Khudzaifah Ibnul Yaman mengatakan: Orang-orang bertanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam tentang kebaikan sedang aku bertanya kepada beliau tentang keburukan karena khawatir jangan-jangan aku terkena keburukan itu sendiri.

Maka aku bertanya, “Hai Rasulullah, dahulu kami dalam kejahiliyahan dan keburukan, lantas Allah membawa kebaikan ini, maka apakah setelah kebaikan ini ada keburukan lagi?”

Nabi menjawab, “Tentu.”

Saya bertanya, “Apakah sesudah keburukan itu ada kebaikan lagi?”
“Tentu,” jawab beliau, “Dan ketika itu ada kotoran, kekurangan dan perselisihan.”
Saya bertanya, “Apa yang anda maksud kotoran, kekurangan dan perselisihan itu?”
Nabi menjawab, “Yaitu sebuah kaum yang menanamkan pedoman bukan dengan pedomanku, engkau kenal mereka namun pada saat yang sama engkau juga mengingkarinya.”
Saya bertanya, “Adakah setelah kebaikan itu ada keburukan?”
Nabi menjawab, “O iya … ketika itu ada penyeru-penyeru menuju pintu jahannam, siapa yang memenuhi seruan mereka, mereka akan menghempaskan orang itu ke pintu-pintu itu.”
Aku bertanya, “Ya Rasulullah, tolong beritahukanlah kepada kami tentang ciri-ciri mereka!”
Nabi menjawab, “Mereka adalah seperti kulit kita ini, juga berbicara dengan bahasa kita.”
Saya bertanya, “Lantas apa yang Anda perintahkan kepada kami ketika kami menemui hari-hari seperti itu?”
Nabi menjawab, “Hendaklah kamu selalu bersama jamaah muslimin dan imam mereka!”
Aku bertanya, “Kalau tidak ada Jama’ah Muslimin dan Imam, bagaimana?”
Nabi menjawab, “Hendaklah kau jauhi seluruh firqah (kelompok-kelompok) itu, sekalipun kau gigit ‘akar-akar pohon’ hingga kematian merenggutmu kamu harus tetap seperti itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2017 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MohdNizamCY at 11-2-2017 03:53 PM

Komen ringkas berdasarkan apa yg saya faham : Jemaah muslim dah pupus. Yang ada hanya jemaah, imam dan firqahnya sahaja. Dan saya SUDI senaraikan disini agar jelas dah bertahun2 pupus jemaah muslim.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2017 06:57 PM | Show all posts
laa..
nape pkir smpai gitu
kan dlm quran tulis,  surat Al Baqarah ayat 189 yang artinya: “Bulan sabit itu adalah tanda-tanda waktu bagi manusia dan (bagi ibadah) haji;…”

so, nk buat cop mohor,mstila ada simbol
tu supaya tgk bulan tu sbg ciptaan tuhan aja


yg pikir smpai teori, yahudi, jews nasrani, teknologi haarp US israel tu apasal?

takyahla serabut kepala hang, pi baca kitab sudah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2017 09:38 PM | Show all posts
BULAN & BINTANG - SIMBOL MOONGOD?   
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2017 02:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Islam x de simbol2 ...yang dinilai hanya HATI kamu...bila lah orang selam nak SEDAR jadi ISLAM sebenar? Makin mudahlah Islam kena hentam ...
LANGIT BUMI MANUSIA MATAHARI BULAN BINTANG...ALLAH CIPTAKAN UNTUK KAMU BERFIKIR...CARI ILMUNYA APA?
Bukan sibuk nak buat tanda,simbol...mentang2 le agama lain ada simbol,takkan le Islam pun nak ikut juga?
Ada akal guna...ada hati biar sampai bercahaya...
Cuba tulis/lukis bulan sabit...pastu tu soal sendiri.
'BULAN SABIT KE YANG DILUKIS ITU ?JAWABNYA...APA?Tanya nujum pak belalang...ha! Jawabnya apa???
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.075969 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list