CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1689|Reply: 0

Melayu Islam bantah usul PAS pinda akta syariah?

[Copy link]
Post time 10-2-2017 11:59 PM | Show all posts |Read mode
Mengapa Melayu Islam perlu bantah usul PAS pinda akta syariah
Farouk A. Peru | February 10, 2017

Yang menjadi mangsa kepada usul PAS meminda hukuman syariah ialah Melayu Islam, tetapi mereka ini takut membantah kerana tidak mahu dilabel pengkhianat agama.



Pada penghujung tahun lepas, sebuah NGO dinamakan Bebas muncul dalam lanskap aktivisme negara.

Kumpulan ini memperjuangkan kesaksamaan, menentang diskriminasi dan menyokong kebebasan beragama di Malaysia. Mereka berpendapat Malaysia hanya boleh mencapai kemajuan yang maksima jika adanya unsur yang disebut di atas.

Fokus Bebas yang utama pada masa ini ialah menentang rang undang-undang meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang dibawa PAS dan akan diusulkan pada bulan depan.

RUU ini adalah usaha terkini PAS melaksanakan hukum hudud. Sepanjang perjuangannya, PAS memegang kepada ilusi hudud ini. Dalam minda mereka, dengan adanya hudud, negara menjadi aman. Hairannya, di Arab Saudi, walaupun hudud dilaksanakan, tidak ada pun keamanan atau kemajuan. Ia kaya dengan menjual minyak kepada Amerika Syarikat dengan dasar luarnya yang amat teruk.

PAS sememangnya tidak pernah meraih sokongan Melayu Islam dalam melaksanakan projek mereka. Kemenangan mereka paling besar ialah di Kelantan dan Terengganu, 2 daripada 13 negeri. Di Sabah dan Sarawak, mereka tidak pernah mendapat sokongan kecuali sedikit sahaja.

RUU ini dibentangkan tahun lalu, untuk meminda hukuman terhadap pesalah syariah dan memberi kuasa yang lebih kepada Mahkamah Syariah. Ia mencadangkan had denda ditambah daripada RM5,000 kepada RM100,000; bilangan sebatan daripada 6 kepada 100, dan tempoh hukuman penjara daripada 3 tahun kepada 30 tahun. Hanya hukuman mati sahaja yang tiada.

Apakah logik Datuk Seri Abdul Hadi Awang, presiden PAS yang mengusulkan pindaan ini?

Hadi tidak pernah memberikan sebab munasabah di sebalik cadangan untuk had baru hukuman syariah. Tidak juga memberi apa-apa bukti yang peningkatan ini boleh menghalang jenayah di bawah undang-undang syariah.

RUU inilah ditentang hebat oleh Bebas. Mereka menekankan apa-apa cadangan untuk memberi mereformasikan undang-undang mesti disokong proses pembuatan polisi yang berdasarkan bukti.

Hadi tidak memberi apa jua bukti untuk menguatkan cadangannya dengan kajian yang objektif dan tidak berat sebelah. Bebas menekankan kajian ini mestilah daripada institut atau universiti yang dipercayai dan mempunyai reputasi tinggi yang harus bersetuju hukuman ini benar-benar akan mengurangkan kadar jenayah, melihat kepada negara Islam yang sudah menjalankan hukuman yang sama.

Bebas berpendapat Hadi tidak memikirkan impak keseluruhan hukuman yang dicadangkan ke atas ekonomi sesebuah negara. Negara yang lazimnya menjadi contoh rujukan PAS adalah negara yang gagal dengan kadar pengangguran, peratusan kemiskinan yang tinggi dan rekod hak asasi manusia yang teruk.

Seperti mana undang-undang lain, RUU yang dicadangkan Hadi sepatutnya boleh dipersoalkan oleh semua, Islam atau bukan Islam, kerana mereka semuanya rakyat. Ini kerana dana mengendalikan mahkamah syariah datang daripada semua rakyat tidak kira agama. Sepatutnya semua rakyat Malaysia berhak memberi pendapat mereka tentang usul ini.

Walaupun tujuan mereka adalah mulia iaitu menyelamatkan rakyat Malaysia, namun Bebas kurang mendapat sokongan terutama daripada golongan Melayu Islam. Ini mungkin kerana orang Melayu Islam melihat tentangan terhadap usul Hadi ini sebagai mengkhianati agama sendiri.
Tetapi mangsa utama pindaan ini adalah golongan Melayu Islam sendiri. Sebelum pindaan ini pun, agamawan di Terengganu telah mengadakan undang-undang yang menyusahkan orang Islam.

Ambil contoh penumpang motosikal lelaki perempuan yang tidak berkahwin akan ditahan dan didenda. Di kala ekonomi semakin sempit, harga minyak naik, di kala itu juga pihak agama dengan undang-undang mereka! Yang menjadi mangsa, tidak lain tidak bukan, orang Melayu juga!

Pada 18 Februari, Bebas merancang protes di Padang Merbok Kuala Lumpur pada 3 petang. Mereka memerlukan sokongan segenap lapisan rakyat dan golongan majoriti iaitu orang Melayu Islam.

Amat wajar menyokong mereka jika mahu hidup aman damai!

Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2017/02/10/mengapa-melayu-islam-perlu-bantah-usul-pas-pinda-akta-syariah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.058780 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list