CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 878|Reply: 3

PAS sahkan takkan sertai Pakatan, cacai DAP ketap bibir dan tertekan!

[Copy link]
Post time 12-2-2017 08:51 PM | Show all posts |Read mode
                Tak perlu sebulan, PAS memang takkan sertai pakatan: Hadi Awang                                        February 12, 2017                         Berita Utama, Utama                                                         0                                               
                                                               

KUALA LUMPUR, 15 Jamadilawal 1438H, Ahad – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak perlu tunggu sehingga tempoh sebulan untuk mengetahui jawapan daripada PAS samada parti Islam itu mahu menyertai pakatan harapan ataupun tidak.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, PAS sudah mempunyai keputusan iaitu tidak akan berkerjasama dengan parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan PAN.
“Kita sudah buat keputusan. Semua parti yang ada hubungan dengan DAP dan PAN, kita tak ada hubungan dengan mereka.
“Tak perlu tunggu sebulan. Bila dia dah ada hubungan dengan DAP dan PAN, habislah, tak adalah,” katanya kepada media selepas Konvensyen Kebajikan anjuran Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS, di sini, hari ini.
Semalam, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, PASdiberi tempoh sebulan untuk memutuskan sama ada mahu menyertai pakatan harapan atau tidak.
Abdul Hadi turut menafikan beliau enggan berjumpa dengan pemimpin Bersatu bagi membincangkan kerjasama kedua-dua parti seperti didakwa Mahathir.
“Saya pernah berjumpa (dengan pemimpin Bersatu) tapi dasar kita itu. Maknanya kalau ada hubungan dengan DAP dan Amanah, tak perlu bincang. Kita dah ada keputusan,” katanya.
Abdul Hadi berkata, PAS masih terbuka untuk bekerjasama dengan Bersatu dalam isu-isu lain.
“Kita terbuka dengan semua kerjasama dalam isu-isu yang kita tiada masalah. Tetapi isu politik, kita ada masalah kerana DAP dan penyokongnya, dengan Amanah pun dah macam orang DAP.
“Mereka nyata menentang RUU 355, menentang pelaksanaan syariah, itu sempadan. Tak boleh langgar,” katanya.
Mengulas mengenai hubungan PAS dengan PKR yang kini bekerjasama dengan DAP dan Amanah dalam pakatan harapan, beliau berkata, PAS akan membuat keputusan dalam muktamar parti itu, April ini.
“Hubungan dengan PKR pun kita akan buat keputusan, selewat-lewatnya semasa muktamar,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2017 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Lobai parasit mana pernah sumbang apa2 dlm tamadun ummah. Modal syorga sama hudud kehulu hudud kehilir dijaja satu negara. Spesis ummah gigih mau jadi pak ereb memang mudah teruja
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2017 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
terbaik pas. jangan pandang sebelah mata , pas tak mudah lagi diperkuda
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah berapa kali sebulan dah aku dengar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.685267 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list