CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13787|Reply: 63

Hari tu Fathia dah kena hencap pakai baju loreng askar buat fesyen.. ni Hazama p

[Copy link]
Post time 13-2-2017 11:34 AM | Show all posts |Read mode





bawah ni pulak bila budak wicet nyibok nak up status  


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-2-2017 11:35 AM | Show all posts
KANUN KESIKSAAN (N.M.B Bab 45)

Seksyen 140. Memakai Pakaian Askar, Kelasi atau Penerbangan. Barang siapa, yang bukannya seorang askar, kelasi atau penerbang dalam perkhidmatan tentera darat, laut atau udara Yang di-Pertuan Agong, memakai apa-apa pakaian atau membawa apa-apa tanda yang menyerupai apa-apa pakaian atau tanda yang digunakan oleh seseorang askar, kelasi atau penerbang itu dengan niat supaya boleh dipercayai bahawa ia adalah seorang askar, kelasi atau penerbang itu, hendaklah disiksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga bulan, atau denda yang boleh sampai seribu ringgit, atau dengan kedua-duanya.


2. AKTA KESALAHAN KECIL 1955 (AKTA 336)


Seksyen 16. Memiliki Secara Haram Barang-Barang Kepunyaan Askar, Tentera Laut, Tentera Udara atau Polis. Sesiapa pun yang dengan sengaja mendapatkan, membeli, menukarkan atau menerima dari sesiapa pun yang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia atau pasukan pertahanan tempatan atau angkatan tentera pelawat atau mana-mana anggota Polis Diraja Malaysia atau Polis Singapura sebarang kegunaan, pakaian atau lain-lain barang atau peralatan askar, tentera laut, tentera udara atau polis atau sebarang harta benda kepunyaan Kerajaan Malaysia atau Singapura atau Kerajaan Negeri atau


Kerajaan Angkatan tentera pelawat, atau sebarang bintang-bintang kurniaan untuk jasa baik atau untuk perkhidmatan terpuji atau lain-lain atau sesiapa memiliki atau menyimpan sebarang kegunaan tersebut, pakaian atau lain-lain barang, kegunaan atau kepunyaan lain atau bintang-bintang kurniaan seperti


di atas dan tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan bagaimana dia mendapatkannya boleh dikenakan denda yang tidak melebihi lima puluh ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam minggu atau kedua-duanya sekali.


Seksyen 25. Memakai Pakaian Seragam Yang Tidak Dibenarkan. Sesiapa jua pun yang memakai tanpa kebenaran yang sewajarnya pakaian seragam yang ditetapkan bagi kegunaan mana-mana angkatan bersenjata Malaysia atau manamana angkatan tentera tempatan atau angkatan tentera pelawat atau pasukan polis Malaysia atau Singapura atau mana-mana Kerajaan atau Pihak Berkuasa Tempatan atau apaapa pakaian yang merupai atau mengandungi apa-apa lencana pasukan atau lain-lain lencana yang jelas bagi pakaian seragam itu atau apaapa tiruan warna terhadapnya jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ringgit, dan apa-apa pakaian seragam, pakaian, lencana atau tanda tersebut boleh dilucut hak.


Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan pemakaian pakaian seragam tersebut bagi maksud apa-apa pertunjukan pentas.

3. AKTA RAHSIA RASMI 1972 (Akta 88)

Seksyen 9. (1) Menggunakan Uniform Tanpa Kuasa. Jika seseorang dapat masuk atau membantu seseorang lain supaya dapat masuk ke suatu tempat larangan melalui sesuatu yang lain daripada tempat masuk yang dibenarkan atau bagi maksud mendapat masuk, atau bagi membantu seseorang lain supaya dapat masuk, ke sesuatu tempat larangan, atau bagi apa-apa maksud lain yang mudarat kepada keselamatan atau kepentingan Malaysia:


(a) Menggunakan atau memakai, tanpa kuasa yang sah, apa-apa uniform tentera laut, tentera darat, tentera udara, polis atau apa-apa uniform rasmi yang lain atau apa-apa uniform yang hampir-hampir serupa dengannya hingga mungkin memperdayakan, atau dengan palsunya merupakan dirinya sebagai seorang yang berhak atau telah berhak menggunakan atau memakai manamana uniform itu;


maka dia adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Takutnya tengok hukuman2 ni.. hazama reydehh!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2017 11:39 AM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
talk about overreacting tbh... salah kan penjual yg menjual itu kepada rakyat biasa....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
berlambak je orang jual baju ni dkt psar malam iolls tengok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2017 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Rizalman siap buat alas kerusi
Siapa yang harus dipersalahkan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Baju celoreng ni kat wang kelian / satun tu hah berlambak jual mcm2 pesen adoo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2017 12:13 PM | Show all posts
Yang kes Fathia tu pun dia terjumpa kat dalam kedai kan so klu bende tu takleh dijual patutnya kene firm la... ni jual boleh pakai tak boleh.. ntah aku pun tak paham
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Belambak jual kat paso2...harus la kalo org tengok cantik orang beli..ada yg comment kalo org jual jangan beli..abis dh orang letak jual situ..berkenan harus la beli..hahaha ape punya comment la..patut nak sound,sound penjual tue bukan buyers.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
korang tahu apa persamaan Banduan dan Askar?


jawapan - Banduan golongan yang kurang diterima oleh masyarakat

Askar/Tentera golongan yang TIDAK mahu menerima masyarakat. sbb tu seme yang masyarakat buatberkaitan drang. drang bising!
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
korang tahu apa persamaan Banduan dan Askar?


jawapan - Banduan golongan yang kurang diterima oleh masyarakat

Askar/Tentera golongan yang TIDAK mahu menerima masyarakat. sbb tu seme yang masyarakat buatberkaitan drang. drang bising!
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
korang tahu apa persamaan Banduan dan Askar?


jawapan - Banduan golongan yang kurang diterima oleh masyarakat

Askar/Tentera golongan yang TIDAK mahu menerima masyarakat. sbb tu seme yang masyarakat buatberkaitan drang. drang bising!
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 12:43 PM | Show all posts
apalancut replied at 13-2-2017 12:33 PM
korang tahu apa persamaan Banduan dan Askar?

kenapa mereka tak mau menerima masyarakat sis?
cer explain sket
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ikut kan pekerja kt kilang aku dulu pn ramai pakai baju corak baju celoreng mcm ni. Beli kt pasar malam je. Dah tak dikawal dari penjual, usah salahkan pembeli.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 01:14 PM | Show all posts
disebabkan bju hazama tu sikit pon xde potongan sojar,, aku pon lansg x rasa tu baju sojar.. so xde la sentap...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2017 01:20 PM | Show all posts
baca lah law tu betul2...
dengan niat supaya boleh dipercayai bahawa ia adalah seorang askar

so takde isu pun...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik je baju tu..i suka je....hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 01:42 PM | Show all posts
sabar_sabariah replied at 13-2-2017 12:43 PM
kenapa mereka tak mau menerima masyarakat sis?
cer explain sket

bese askar ni ada perangai skit..asyik dia jelah paling betul, pastu suka mencapub + poyo..ni hasil pengalaman kenal dgn budak2 rotu dulu la
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 01:45 PM | Show all posts
seluar kecik pattern mcm ni pun ada..tak lak gigih nak bising..koserrrrr sungguh ummah pprt ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.235203 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list