CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2592|Reply: 24

[Jenayah] jual nama bapa lagi...katanya teruskan legasi bapa...

[Copy link]
Post time 13-2-2017 03:50 PM | Show all posts |Read mode
tq jib gor...
dey macai sekalian, tuan ko yg ckap gitu noh...bukan rba ke dap ke babi yg ckap gitu noh...


Teruskan legasi bapa, Najib jamin Perjanjian Malaysia terpelihara



KUALA LUMPUR, 13 Feb — Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Sarawak sebagai negeri model 1Malaysia dengan masyarakat pelbagai kaum dapat hidup secara aman dan harmoni di bawah bumbung yang sama.

Perdana Menteri yang memuat naik rumusan lawatan kerjanya ke Bumi Kenyalang itu selama tiga hari berakhir Jumaat lepas di laman blog rasminya, www.najibrazak.com, malam tadi berkata sikap rakyat negeri itu perlu dicontohi oleh negeri-negeri lain kerana mereka bukan sahaja mengamalkan toleransi tetapi turut meraikan kepelbagaian.

“Saya beri komitmen dan jaminan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) akan memastikan kesejahteraan masyarakat Sarawak dan seluruh Malaysia terus dipelihara.

Saya tegaskan juga bahawa hak kebebasan beragama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, serta pendidikan vernakular yang dekat di hati masyarakat Sarawak akan terus dipertahankan oleh kerajaan BN,” katanya.

Najib berkata dalam lawatan kerja itu, beliau telah mendengar taklimat daripada kerajaan negeri mengenai status terkini melibatkan pelbagai perkara.

Beliau menegaskan masih banyak lagi yang perlu dilakukan dan diusahakan, selain membantu ramai lagi yang memerlukan walaupun hasil lawatan itu menyaksikan banyak perkara dicapai dengan pembangunan Sarawak kini berada di landasan yang betul, lebih-lebih lagi dengan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo.

Beliau berkata pemimpin kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri akan meningkatkan pendekatan turun padang dan melihat sendiri keperluan serta menyelesaikan masalah-masalah di peringkat akar umbi.

“Kerjasama yang erat ini penting dalam matlamat kita untuk mengutamakan pencapaian dan mendahulukan rakyat,” katanya.

Najib juga menyifatkan lawatannya pada kali ini amat bermakna kerana ia adalah lawatan pertama bersama Ketua Menteri yang baharu dilantik, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Beliau yang turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Abang Johari di atas pelantikan sebagai Ketua Menteri Sarawak baharu, percaya hubungan kerjasama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri akan kekal erat di bawah pentadbiran Abang Johari.

“Saya dan Abang Johari mempunyai hubungan yang istimewa. Jika ikutkan sejarah, bapa beliau dan bapa sayalah yang menandatangani Perjanjian Malaysia pada 1963.

“Oleh itu, kami berdua mempunyai tanggungjawab moral untuk meneruskan legasi kedua arwah ayahanda kami dalam memastikan aspirasi di bawah Perjanjian Malaysia terus dipelihara,” katanya.

Najib pada masa sama berkata hak-hak Sarawak akan terus dihormati dan jika ada sebarang hakisan, beliau yakin segala usaha akan dilaksanakan untuk membetulkan apa yang salah.

“Setakat ini, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bersetuju mengenai 13 perkara berhubung penurunan kuasa dan saya bangga ada perkara telah berjaya kita laksanakan seperti pegawai undang-undang negeri dilantik sebagai timbalan pendakwa raya dan peningkatan 100 jawatan baharu di Jabatan Imigresen Sarawak.

“Perbincangan akan terus diadakan untuk perkara-perkara lain antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri,” katanya.

Selain itu, beliau turut melawat Lundu, kawasan bekas Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, selain merasmikan Medan Selera Lundu yang merupakan salah satu inisiatif Allahyarham dalam melaksanakan transformasi luar bandar.

Katanya, beliau turut meluluskan projek penambahbaikan infrastruktur air untuk menaik taraf kualiti hidup rakyat di Lundu selepas dimaklumkan penduduk di situ menghadapi masalah air.

Mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu, Najib yang juga Pengerusi BN, yakin calonnya, Datuk Amar Jamilah Anu yang merupakan balu kepada Allahyarham Adenan, yang disayangi masyarakat tempatan, akan dapat meneruskan usaha-usaha Allahyarham dalam mentransformasikan kawasan luar bandar.

“InsyaAllah, semoga usaha-usaha untuk memajukan Sarawak akan terus diberkati Allah SWT,” katanya.

PRK Tanjong Datu diadakan susulan kematian Adenan yang juga Ketua Menteri Sarawak kelima akibat komplikasi jantung pada 11 Januari lalu, di Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan.

PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN menentang Rapelson Richard Hamit daripada Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru dan Johnny Aput daripada Parti Reformasi Negeri (Star). — Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2017 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
maka begitu teruskanlahhh .....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 03:53 PM | Show all posts
Mampu headline [Jenayah]?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts


Semoga Allah swt merahmati pemerintahan NAJIB RAZAK amin
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
pecah dan perintah
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 04:40 PM | Show all posts
takut ler...saham terbesar yumno tuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2017 04:41 PM | Show all posts
hidup bang jib!
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 04:45 PM | Show all posts
sana je pengharapan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2017 04:55 PM | Show all posts
nak guna nama sendiri dah terpalit dgn pelbagai negative komen so guna ajer lah nama bapak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Xhabis2 jual nama bapak. Nama sendiri xlaku ke sis?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 08:32 PM | Show all posts
Orang lahir atas dulang emas memang lagu tu.
Everything is bapak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Maka benarlah kata2 " iman bukan utk diwarisi "...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
bapak dia dah berzaman mati, dia masih belum move on lagi. maseh nak bertongkat & tumpang nama atas hasil usaha bapak dia. pencapaian sendiri yilek! zero! zilch! zip! nada!
baiklah ko gi merepot bawah pokok ceri sana sambil lahap nasi lemak 30sen
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 10:29 PM | Show all posts
Harrkkkkkkkkkkkkkk ...... tuiihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 10:56 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2017 11:06 PM | Show all posts
tanah bapak exchange pon berjaya digadai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2017 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
dizzzek replied at 13-2-2017 03:50 PM
tq jib gor...
dey macai sekalian, tuan ko yg ckap gitu noh...bukan rba ke dap ke babi yg ckap  ...

"Hak-hak Sarawak akan terus dihormati dan jika ada sebarang hakisan, saya yakin segala usaha akan dilaksanakan untuk membetulkan apa yang salah."

If x silap..antara yg dipersetujui adalah mmbetulkan balik ke atas pindaan Perlembagaan sbelum ini..spt mn yg diminta oleh tok nan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 02:00 PM | Show all posts
legasi bapak la sgt..bapak ah
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 02:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 02:15 PM | Show all posts
Wah melenting la @deezeck kalau dengar ayat Najib ni:

“Saya tegaskan juga bahawa hak kebebasan beragama yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, serta pendidikan vernakular yang dekat di hati masyarakat Sarawak akan terus dipertahankan oleh kerajaan BN,”
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.080226 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list