CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2807|Reply: 42

[Tempatan] Ku Nan dedah kakitangan sokongan DBKL banyak hutang

[Copy link]
Post time 13-2-2017 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ramai kakitangan sokongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang dibebani dengan masalah hutang.

Oleh itu, Kementerian Wilayah Persekutuan berhasrat untuk membantu mereka mengatasi masalah tersebut, katanya.

"Ini termasuk membantu mereka melanjutkan tempoh pembayaran dan mengurangkan kadar faedah pembayaran bulanan mereka.

Pilihan Editor

Masalah kejadongan
"Kami turut mencadangkan kepada DBKL untuk membantu mereka menyelesaikan hutang-hutang mereka terlebih dahulu dan membuat potongan gaji mereka kemudiannya.

"Namun mekanisme itu masih dalam kajian dan belum diputuskan lagi," katanya kepada pemberita pada Majlis Perhimpunan Bulanan DBKL hari ini.

Beliau berkata akibat berhutang, terdapat kakitangan sokongan yang gaji bulanannya mereka hanya tinggal RM50 setelah ditolak hutang yang perlu mereka langsai.

Kakitangan golongan itu merupakan antara lebih 1,200 kakitangan DBKL yang mempunyai kadar hutang bulanan yang tinggi, kata Tengku Adnan.

"Sehinggakan gaji bersih bulanan pun tingggal terlalu sedikit dan tidak mampu menampung kehidupan bulanan mereka.

"Terdapat juga kakitangan sokongan yang dikesan menipu dan mengubah suai slip gaji mereka bagi mendapatkan kelayakan pinjaman yang tinggi.

"Ada yang membuat pinjaman yang banyak, hampir menyamai kadar pendapatan bulanan mereka," tambahnya.

- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2017 12:05 AM | Show all posts
Bila dia orang makan kat McD ker KFC ker, tak nampak miskin la..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 05:01 AM | Show all posts
Tak lupa juga pi makan minum kat Pavi level 7,
.....itupun sebab ada promo beli satu percuma satu.


Eh hello, Pavilion hokkay.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 08:39 AM | Show all posts
Pekerja byk hutang, majikan lak yg kena tolong..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 08:41 AM | Show all posts
atasan rasuah
bawahan hutang
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 09:02 AM | Show all posts
hai..baru tahu orang bawahan berhutang ke....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2017 09:15 AM | Show all posts
org yg gaji cukup makan ni, cuba tgk gaya hidup mcm mana,..

makan nk tempat classy. baju taknak kalah semua branded terkenal. majlis kawin ala2 retis. nak melancong tetiap tahun bandung vietnam china balik2 bandung vietnam dan china.

eloklah sgt. yg atasan merasuah sampai kembung boroi perut ke depan. yg bawahan buat hutang nk celen org atasan jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 10:10 AM | Show all posts
mm...tak tekejut pon...dah diorang pon diajar berhutang sejak azali lagi...mudah sangat nak buat segala loan...cuba kalo ketatkan syarat untuk buat loan for kakitangan awam...rasanya mesti payah diorang nak berhutang selalu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2017 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak suruh dbkl bayar dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 10:43 AM | Show all posts
"Terdapat juga kakitangan sokongan yang dikesan menipu dan mengubah suai slip gaji mereka bagi mendapatkan kelayakan pinjaman yang tinggi.

"Ada yang membuat pinjaman yang banyak, hampir menyamai kadar pendapatan bulanan mereka," tambahnya.


yang ni takyah tolong. kita padankan muka dorang je laa..
bila bank ketatkan syarat pinjaman bising.. dah jadi mcm ni.. padan la muka..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 11:03 AM | Show all posts
saya rasa ramai kakitangan awam & swasta di negara ini dibebani dgn hutang...maybe boleh bantu dgn bagi rendah interest bank..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 14-2-2017 03:03 AM
saya rasa ramai kakitangan awam & swasta di negara ini dibebani dgn hutang...maybe boleh bantu dgn b ...

Atau elakkan berhutang? Live within your means?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 11:16 AM | Show all posts
aldilla_zahraa replied at 14-2-2017 11:14 AM
Atau elakkan berhutang? Live within your means?

masalah bukan semua org sama mcm kamu...salah rasanya paksa org ikut selera tekak kamu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 11:34 AM | Show all posts
adn replied at 14-2-2017 10:10 AM
mm...tak tekejut pon...dah diorang pon diajar berhutang sejak azali lagi...mudah sangat nak buat seg ...
mm...tak tekejut pon...dah diorang pon diajar berhutang sejak azali lagi...mudah sangat nak buat segala loan...cuba kalo ketatkan syarat untuk buat loan for kakitangan awam...rasanya mesti payah diorang nak berhutang selalu...
baik bank atau mana mana yayasan yang memberi ruang buat loan..
bila dengau je kakitangan kerajaan nak buat loan..
berkejau datang...berjuju la wasap masuk..
tak boleh buat loan pun..akan ditolong sehingga ke celah yang membolehkan..

nanti hujung tahun masing masing institusi isytiharkanlah keuntungan bagai


Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 14-2-2017 03:16 AM
masalah bukan semua org sama mcm kamu...salah rasanya paksa org ikut selera tekak kamu...

Tak paksa pun. Live within your means bukan bermakna perlu ikat perut makan nasi dgn ikan masin kutip sayur belakang rumah. Yg penting pengurusan kewangan yg bijak. Ada org keje despatch gaji 1400, isteri tak kerja, anak dua pun boleh hidup di bandar. ada org laki bini gaji 18K combine pun tengah bulan mintak adik beradik hulur seratus dua nak buat isi minyak kereta Range Rover dia
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
pasuoren replied at 14-2-2017 03:34 AM
baik bank atau mana mana yayasan yang memberi ruang buat loan..
bila dengau je kakitangan kerajaa ...

Ini betul. Zaman aku dgn gomen dulu ada sorang pakcik gred 22 ni buat hutang ala2 gali lobang tutup lobang. Buat hutang ni utk bayar hutang tu. Lama2 tertimbus. Last aku dgr dia dalam proses bankruptcy sebab hutang cecah 200K
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2017 11:48 AM | Show all posts
Kalau setakat hutang kereta or rumah tu normal la..orang kaya pun tak bayar cash untuk rumah or kereta sebab tak nak kena cukai tinggi..tapi kalau berhutang benda tak berfaedah baikla tak payah..Lagi bagus buat bisnes or part time job tuk tambah pendapatan dari berhutang..Duit sekarang pun cam air je..pegi tesco beli barang keperluan dapur untuk dua orang je pun leh habis rm300 padahal dah habis jimat beli brg plg murah..no wonder ramai berhutang lebih dari gaji sekrang ni kot..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 11:54 AM | Show all posts
Simunggu replied at 14-2-2017 11:03 AM
saya rasa ramai kakitangan awam & swasta di negara ini dibebani dgn hutang...maybe boleh bantu dgn b ...

kalo bagi rendah interest bank tu rasanya tak membantu...sekarang pon gov. servant banyak buat loan sbb interest yg dioffer dkt diorg rendah kalo nak compare ngan swasta...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 12:04 PM | Show all posts
aldilla_zahraa replied at 14-2-2017 11:47 AM
Ini betul. Zaman aku dgn gomen dulu ada sorang pakcik gred 22 ni buat hutang ala2 gali lobang tutu ...
Ini betul. Zaman aku dgn gomen dulu ada sorang pakcik gred 22 ni buat hutang ala2 gali lobang tutup lobang. Buat hutang ni utk bayar hutang tu. Lama2 tertimbus. Last aku dgr dia dalam proses bankruptcy sebab hutang cecah 200K
penjawat awam adalah senang bank lulus loan.
kemudahan ini yang jadi perangkap kepada penjawat awam sendiri
dan diambil kesempatan oleh pihak yang nak bagi pinjam..

sebab tu kena beringat dan cerdik dalam mengurus kewangan sendiri..

pun ingatkan diri jugak..

ada benda nak dapat..kena berhutang jugak..

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by RED 666 at 14-2-2017 12:10 PM
adn replied at 14-2-2017 11:54 AM
kalo bagi rendah interest bank tu rasanya tak membantu...sekarang pon gov. servant banyak buat loa ...


Nak setel masalah ni senang je, naikkan je interest jd sama dgn org swasta jd x ramai org gomen akan buat loan sesuka hati lg. Org gomen byk salah guna kelebihan interest rendah ni henjut loan joli sana sini. Bila gaji x cukup sbb byk buat loan mulalah bising guna cuepacs padahal gaji elaun gomen skrg leh tahan besar dan sgt cukup kalau belanja dgn berhemah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.076168 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list