CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1350|Reply: 37

[Tempatan] 183 sekolah di Sarawak dikategori daif, kata Menteri Pendidikan

[Copy link]
Post time 14-2-2017 08:47 AM | Show all posts |Read mode
183 sekolah di S'wak dikategori daif, kata Mahdzir

http://www.malaysiakini.com/news/372322

13 Feb 2017, 7:28 malam      13 Feb 2017, 7:33 malam



Sebanyak 183 sekolah di Sarawak dikategorikan sebagai daif dan perlu diberi keutamaan sama ada dibaiki atau dibuat baru, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Menurutnya terdapat tiga kategori sekolah iaitu yang pertama masih dalam keadaan sempurna, diikuti keadaan sederhana dan yang ketiga daif dan perlu diberi keutamaan.

"Bagi 2017 sebagai contoh, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) bersama Ketua Menteri Sarawak dalam perbincangan mereka telah memasukkan bagaimana untuk membantu mengikut tahun, dan akhirnya boleh dibaiki ataupun dibuat baru (sekolah daif) itu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan program Guru Aktif 1Malaysia (GA1M) 'Guru Pembina Negara Bangsa' peringkat negeri di Dewan Sri Pakma, Sekolah Menengah Kebangsaan Lundu hari ini.

Mahdzir berkata ketika ini 69 sekolah rendah dan menengah baharu sedang dalam pembinaan di seluruh negeri ini dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dan akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia ke-11.

Terdahulu dalam ucapannya, Mahdzir berkata beliau sentiasa mendapat maklumat terperinci berkaitan pembangunan serta peruntukan yang perlu kerana Sarawak masih ketinggalan berbanding negeri lain.

Sementara itu, Mahdzir berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia masih meneruskan usaha melaksanakan dasar 90:10 bagi membolehkan anak tempatan Sarawak bertugas di negeri ini.

Katanya tidak timbul masalah mengambil serta membawa anak tempatan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) namun setiap pengambilan masih perlu mengikut tapisan mengikut subjek dan kelayakan.

"Kita nak calon dan sudah tentu perlu penapisan, tidak boleh bawa semua sekali. Kita kena tengok subjek dan kelayakan kalau tiada sijil khusus dalam sesuatu bidang kita bawa mereka masuk ke Institut Pendidikan Guru Malaysia," katanya.

Mahdzir bagaimanapun berkata ketika ini masih terdapat bidang yang kekurangan permohonan seperti bidang agama.

- Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2017 08:50 AM | Show all posts
najib: diam, aku nk bikin litar rempit 30juta di kedah dulu ea
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Bior le daif pun...depa undi BN gak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 08:54 AM | Show all posts
Bila ada pilihanraya mula la kompang berbunyi... lps ni senyap.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 09:10 AM | Show all posts
cakap mesti power...
last2...
apa pon tarak....


puoiiiiiiiiiii..............
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 09:12 AM | Show all posts
Eh ye ke? Bukan ke ramai org kat sana melantak mekdi & kepsi? Mana ada daif?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2017 09:27 AM | Show all posts
Bukan ker dibawah kementerian dia... tak rasa membuka pekong di buah dada kah...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 09:30 AM | Show all posts
Pendidikan skrg ni betul2 x cukup duit.
Untuk ape2 program even yang die panggil pn, cikgu kene bayar sumbangan.
Tiap2 tahun akan ade sumbangan untuk sambutan hari guru, peringkat negeri,
Yang perlu diuruskan oleh guru, tapi meraikan pegawai atasan.
Akan ade duit dikumpulkan untuk program2.
Sedih dgn keadaan kewangan kem pendidikan skrg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2017 09:49 AM | Show all posts
mana boleh daif, kubu kuat bn tu. rakyat di dahulukan
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang sekolah kat bangi tu apahal? Padahal bangi dengan putrajaya tu sekangkang kera je. Tu pun tak boleh nak betulkan
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 14-2-2017 09:12 AM
Eh ye ke? Bukan ke ramai org kat sana melantak mekdi & kepsi? Mana ada daif?

Kahkahkah..!! Kenyataan ni buat aku tergelak besar! Cacai tau x kat pekan kecik di srwak beratur org makan kepci. Semua tu org kaya tu @tobby @deezeck    
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa yg memerintah sarawak selama ini???
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 11:06 AM | Show all posts
Dah 57 tahun kerajaan BN memerintah Sarawak, tapi negeri ini masih ketinggalan.

kerana Sarawak masih ketinggalan berbanding negeri lain.


Apa kata penyokong-penyokong tegar umno/bn dalam ni. Mohon @rashima @Simunggu @deezeck bagi ucapan sikit.

Ada RM 2.6 billion dalam akaun peribadi PM. Takkan la 100 juta tak boleh disalurkan untuk buat sekolah di Sarawak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 11:06 AM | Show all posts
Dah nak dekat pilihanraya rupanya....
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 11:08 AM | Show all posts

Sekarang baru aku tahu kenapa @Simunggu tu berperangai macam sakai. Suka maki orang bodoh dan babi, kemudian berlagak alim. Sebab tak cukup sekolah rupanya. Kesian

meh meh sini join masuk sekolah aku meh. Nanti aku ajar ko adab adab yang betul sebagai seorang manusia
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 11:25 AM | Show all posts
korang neh kalau citer psl kedaifan borneo mesti komen menganjeng khenn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2017 11:26 AM | Show all posts
Defcon2 replied at 14-2-2017 11:06 AM
Dah 57 tahun kerajaan BN memerintah Sarawak, tapi negeri ini masih ketinggalan.

semua org tahu kemudahan asas di sabah & sarawak sedikit kebelakang berbanding di malaya....tapi benda mcm ini akan memakan masa bukan boleh buat overnight....bentuk muka bumi sarawak & sabah engkau tak ambil kira??..pernah datang sini??...bukan senang nak buat semua tu....skg kemudahan hospital/klinik kerajaan pun dah bagus...UTC pun dah ada...Pan Borneo under construction...
kamu fikir kalau PKR/DAP memerintah semua itu akan ujud dgn kadar pantas...?? jangan mimpi lah...org malaya semua sama bah...




Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 11:31 AM | Show all posts
dah nak pilihanraya...mmg gitu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 11:32 AM | Show all posts
Simunggu replied at 14-2-2017 11:26 AM
semua org tahu kemudahan asas di sabah & sarawak sedikit kebelakang berbanding di malaya....tapi b ...

btoi...
overnight simpan 50juta cash dalam almari
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 14-2-2017 11:43 AM

Dlm isu ni..ak setuju ngan simunggu tu

Sbenarnya dibawah najib baru ada usaha utk mbaiki infrastructure tu..isu sekolah daif di sabah srwk ni dh lama...lama dah..Dr zaman TDM

Cuma disebabkan jumlah sgt besar ditambah isu kewangan krajaan skrg... Maka kena dibuat scara bfasa dulu...

Pan Borneo ak tgk pun tgh rancak skrg dlm pbinaan..kiri kanan kontraktor tgh beroperasi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.083085 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list