CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11045|Reply: 54

Belum Jumpa Imej Bertudung Sesuai, Ella Nak Cari Designer Shawl

[Copy link]
Post time 14-2-2017 10:11 AM | Show all posts |Read mode
Ekoran menerima pelbagai reaksi daripada peminat berhubung gaya pemakaian tudungnya sejak berhijab pada Ramadan tahun lalu, ratu rock tanah air, Ella atau Norzila Aminudin, 51, mendapat idea mengadakan sebuah kempen bagi mencari imej tudung bersesuaian dengan dirinya iaitu "Ella Rasa...Ella Nak Cari Designer Shawl".




Foto: UTUSAN MALAYSIA







"Jujurnya saya sendiri tidak tahu gaya apa yang sesuai dengan saya dan masih lagi tercari-cari stail kena dengan imej saya," katanya kepada mStar Online.


Disebabkan itu, Ella membuka peluang kepada peminat atau sesiapa sahaja untuk mereka tudung bersesuaian dengan imejnya.


"Kadang-kadang saya baca komen peminat ada yang bernas dan mereka mempunyai banyak cadangan tentang tudung apa yang sesuai untuk saya pakai.

"Jadi saya fikir apa salahnya saya beri peluang kepada mereka untuk mereka tudung bersesuaian dengan saya dan ia juga boleh menjadi satu aktiviti menarik," katanya.




Foto: IG Ella




Pertandingan itu berlangsung dari 13 hingga 26 Februari dan dipecahkan kepada tiga kategori iaitu Aidilfitri, Kasual dan Rock & Roll. Bukan sekadar mencari rekaan terbaik semata-mata, tetapi kempen itu juga merupakan sebahagian daripada publisiti untuk pelancaran koleksi terbaharu shawl dibawah jenamanya iaitu Inai by Ella pada Mac depan.


Rekaan menepati kriteria iaitu menarik, unik dan asli akan dipilih sebagai pemenang. Malah, rekaan terpilih akan dipakai Ella selain bakal dikeluarkan dibawah label Inai by Ella.


Menurut pengarah projek berkenaan, Baini Jaafar berkata pemenang akan menerima hadiah terkumpul sebanyak RM5,000 sebagai ganjaran. Kepada yang berminat boleh hubungi Ella Rasa...Ella Nak Cari Designer Shawl di talian 012-779 1277.


Wah, menarik betul ni! Ada antara anda berminat mereka tudung untuk ratu rock kita ni tak? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2017 10:13 AM | Show all posts
tanda2 awal nak bukak bisnes tudung.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
hahahhahahha mungkin ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Asyik2 jual tudung..jual produk jual parfume..

Tryla jual buku pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 10:23 AM | Show all posts
kucen_miang replied at 14-2-2017 10:13 AM
tanda2 awal nak bukak bisnes tudung.

...... untuk pelancaran koleksi terbaharu shawl dibawah jenamanya iaitu Inai by Ella pada Mac depan.





Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Tudung lagiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2017 10:37 AM | Show all posts
wow makcik ella.. cer p kawan ngan nellopa
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 10:41 AM | Show all posts
ce pakai bawal je acik ella.. xyah la bershawl bagai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2017 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua nak jadi jutawan macam Lopa
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 10:44 AM | Show all posts
walau dah kertu acik ella tetap maintain lawa.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Marketing je ni..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 10:51 AM | Show all posts
Dulu aku penah dgr cerita dari mana tah  dia nak jual tudung kalis air. Tunggu juga bila nak launching tudung tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 10:54 AM | Show all posts
tajamnya la pipi n dagu...artis2 malaysia ni buta apa...ingat lawa sangat ke muka2 tajam ni...sepesen pulak semuanya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 11:08 AM | Show all posts

kuasa membeli orang perempuan ni besar nok. keluar la berapa banyak seller tudung pun, ada je customer nak beli.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 11:47 AM | Show all posts
dah agakk.. nak jual tudung jugakkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 11:53 AM | Show all posts
aku ingat ella ni 40 an...rupanya dh 51..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2017 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
aku rasa pemenangnya nnt mesti design tudung yg boleh kibas kibas kiri kanan sbb acik el dah gian, lama tak perform sambil kibas kibas rambut & pasni boleh perform sambil kibas kibas tudung pulak
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 12:08 PM | Show all posts
lawa ja ella pakai tudung...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 12:19 PM | Show all posts
kaka tetiba blur, pehal reputz manja2 ne.. rupenya tu tagline ella.. hmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 12:32 PM | Show all posts
dh agak dh nk jual tudung..


n, muke diadlm pic  menakutkan aku. tkejut ak td..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.432190 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list