CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10080|Reply: 174

[Tempatan] Kelas mengaji Al-Quran dalam Jet, caj purata AS$7,500 (RM33,400) seorang bagi s

[Copy link]
Post time 14-2-2017 01:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 16-2-2017 10:00 AM

Kelas Mengaji Al-Quran Dalam Jet Cecah AS$21 Juta

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/02/14/kelas-ngaji-jet/

Diterbitkan: Selasa, 14 Februari 2017 12:46 PM

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
iwan@thestar.com.my


PETALING JAYA: Bayangkan anda mengikuti kelas mengaji al Quran pada ketinggian 9,000 meter dalam jet peribadi yang serba mewah dengan kos mencecah AS$21 juta (RM93.4 juta), tentu sekali ia pengalaman yang mengujakan.

Lebih menarik lagi, turut disediakan pakej untuk akan memilih destinasi ketika mengikuti kelas mengaji itu sama ada di dalam atau luar negara, termasuk ke Timur Tengah, Arab Saudi, China mahupun Australia.

Pelbagai pakej yang ditawarkan ini berharga ratusan ribu sehingga mencecah jutaan ringgit.

Namun apa yang lebih menarik adalah sesi mengaji di dalam penerbangan itu dikendalikan johan qariah tilawah al-Quran peringkat antarabangsa 2009, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman.

Kelunakan suaranya ketika mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al Quran dan personalitinya yang cukup disenangi membuatkan Sharifah Khasif mempunyai ramai pengikut untuk menimba ilmu dengannya.

Pengalaman baharu yang berbeza ini dicetuskan syarikat yang menguruskan jet peribadi, Elite Jets Sdn Bhd dengan kerjasama Sharifah Khasif Production Sdn Bhd.

Pengurus kepada Sharifah Khasif, Haryati Mohd Tahar berkata, cetusan idea itu bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai pengalaman berbeza semasa mengikuti kelas mengaji.

"Kita menawarkan perkhidmatan ini secara eksklusif buat mereka yang berkemampuan.

"Kelas mengaji bersama Sharifah Khasif akan dilakukan sekurang-kurangnya sejam untuk penerbangan pergi dan sejam lagi bagi penerbangan pulang," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Menurut Haryati, pakej yang ditawarkan bukan sahaja untuk penerbangan pergi balik tetapi juga boleh melibatkan penginapan dan lawatan di destinasi tertentu mengikut permintaan pelanggan.

Sebuah video dimuat naik di Facebook Sharifah Khasif pada Khamis lalu menunjukkan sesi pengenalan kelas mengaji beliau bersama beberapa anak muridnya di dalam pesawat jenis Falcon 2000 yang bernilai AS$21 juta sebelum ia berlepas ke Dubai pada Khamis lalu dan pulang semula ke tanah air keesokan hari.

Haryati berkata, penyertaan kelas yang dibuka sejak Sabtu lalu itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

"Setakat ini, terdapat kira-kira 50 orang yang berminat dan kita juga menerima maklum balas daripada pengikut Sharifah Khasif dari luar negara seperti Singapura, Indonesia dan Arab Saudi," katanya.

Sementara itu, Pengarah Elite Jets, Nik Eleena Zurenee Nik Mustapha memberitahu mStar Online bahawa jet peribadi Falcon merupakan antara kira-kira 30 pesawat yang diuruskan syarikat itu untuk kelas mengaji bersama Sharifah Khasif.

Katanya, pelbagai pakej ditawarkan berdasarkan permintaan pelanggan, tempoh penerbangan dan jenis pesawat.

"Secara purata, caj purata yang dikenakan adalah lebih kurang AS$7,500 (RM33,400) seorang bagi sejam penerbangan. Sebagai contoh, penerbangan ke Dubai mengambil masa tujuh jam dan tujuh jam lagi pulang ke Malaysia.

"Kita juga menawarkan pakej promosi 100 jam penerbangan yang membolehkan pelanggan mengikuti kelas mengaji pada bila-bila masa dalam tempoh setahun ke mana-mana destinasi menggunakan masa penerbangan itu," kata Nik Eleena yang merupakan isteri kepada Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Elite Jets, Kapten Hani Salman Ahmad.

Beliau menambah, setiap penerbangan boleh membawa antara enam sehingga 13 peserta pada satu-satu masa bergantung kepada keadaan dan jenis pesawat.

Mengenai caj yang dikenakan boleh mencecah ratusan ribu ringgit, Nik Eleena tidak menafikan kebanyakan pelanggan terdiri daripada golongan kenamaan dan kerabat diraja.

Bagaimanapun kata Nik Eleena, terdapat juga tawaran pada kadar lebih rendah untuk masyarakat merasai pengalaman kelas mengaji di dalam jet peribadi.

"Kita buka kepada semua yang berkemampuan. Ada juga kelas mengaji di dalam jet peribadi di lapangan terbang tanpa diterbangkan ke mana-mana, dengan hanya kira-kira RM2,000 sejam," katanya.

Ditanya bilakah penerbangan sulung bagi sesi mengaji tersebut, Nik Eleena berkata, Elite Jets sudah bersedia menjalankan operasi pada bila-bila masa tetapi bergantung kepada jadual Sharifah Khasif dan urusan membabitkan peserta.

Penyertaan kelas mengaji bersama Sharifah Khasif dibuka secara individu atau berkumpulan, dan maklumat lanjut boleh emelkan kepada psharifahkhasif@yahoo.com atau WhatsApp ke +60122747918.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2017 02:05 PM | Show all posts
mahalnya ilmu beliau....

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 14-2-2017 01:49 PM
Kelas Mengaji Al-Quran Dalam Jet Cecah AS$21 Juta

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/20 ...

Konsep membirah secara islamik di awan biru kah?  
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 02:08 PM | Show all posts
Ilmu untuk jual beli.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 02:08 PM | Show all posts
yang tak mampu..cari je tok guru kat surau memasing...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
che-cikL replied at 14-2-2017 06:05 AM
mahalnya ilmu beliau....

Allah turunkan Quran free. Rasullulah  s.a.w sampaikan pada umat dia Free.
khalifah uthman satukan ayat ayat Alquran menjadi kitab sekarang FREE.

dapat kat umat akhir zaman BERBAYAR!

sah sah menunggang agama.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2017 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 14-2-2017 06:08 AM
Ilmu untuk jual beli.

adakah ini bisnes demand and supply?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 02:17 PM | Show all posts
ya rabbi..mahalnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2017 02:18 PM | Show all posts
boleh ngaji ngn tenang ke... kalau duk dlm flight tu iols rse mcm lbh kepada nk tgk view dari tingkap..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 02:19 PM | Show all posts
idea bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 02:24 PM | Show all posts
Idea dia ni bagus, boleh mendatangkan keinsafan, tapi lagi bagus kalau tambah dengan sesi mengaji dalam lubang kubur, boleh prektis awal2.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Jual agama ye
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh pouan tu yg kt tv mengaji dgn suara cm mengerang tu ye

Pandai buat duit. Tunggang jgn x tunggang
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 02:26 PM | Show all posts
macam escort jah bagi akak tapi camouflage dengan quran
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
What the hell belajar ngaji atas jet peribadi?? Lepastu turun katebang di destinsinya terus bergomol2 kan? Kalau turbelance menggelupor lobai kat atas tu kot
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 02:29 PM | Show all posts
lebih kurang jer konsepnya dengan jual kismis jampi atau air 30 jujuk.

guna agama untuk bzness.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2017 02:30 PM | Show all posts
Sekadar peringatan.



Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 02:45 PM | Show all posts
segment market dia orang ada duit tapi tak tahu nak buat apa..

mengaji dalam private je? hurm.. baik ngaji kat mekah atau madinah..

sometimes orang banyak duit ni bukan bijaksana ..  mereka lahiriah di lahirkan dengan berduit.. jadi jangan contohi perangai tersebut..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 02:51 PM | Show all posts
Changa replied at 14-2-2017 02:07 PM
Konsep membirah secara islamik di awan biru kah?

I approve this comment...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2017 02:54 PM | Show all posts
Private jet pulak dah sudah2 le nak niaga guna cara ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.090996 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list