View: 3792|Reply: 4
|
[Pelbagai]
Pemikiran Komputasional (CT)
[Copy link]
|
|
Pemikiran Komputasional (CT) merupakan proses penyelesaian masalah yang memerlukan usaha memecahkan sesuatu masalah kepada komponen yang lebih kecil (Decompose), cuba mengekstrak idea ataupun maklumat yang penting dan relevan (Abstraction), mengenali corak (Pattern) yang membolehkan perancangan penyelesaian yang tepat bagi mengelakkan ulangan dan tindakan yang kurang releven supaya meningkatkan keberkesanan proses penyelesaian masalah tersebut. Individu perlu menggunakan pemikiran logikal (Logical Reasoning) bagi mengenalpasti maklumat yang penting dan mengaturkan langkah penyelesaian mengikut turutan yang logikal (Algorithm), menilai pemilihan dan keputusan yang telah dilakukan bagi menguji kesahihan dan keboleh laksanaan prosedur tersebut (Evaluation).
CT merupakan satu set konsep, aplikasi, perkakasan dan kemahiran sains komputer yang membantu manusia memahami tingkah laku manusia, menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian serta mereka bentuk sistem (The National Academic Press, 2010).
Jeannette Wing dari Carnegie Mellon Universtiy merupakan master mind yang memulakan pergerakan memperkenalkan pemikiran computasional pada tahun 2006.
(The National Academic Press, 2010).
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 15-2-2017 11:16 AM
Pemikiran Komputasional
Menurut pencetus dan pengasas pemikiran komputasional, Jeannate M Wing, pemikiran ini boleh ditafsirkan sebagai – “membina kuasa dan proses penyelesaian secara pengkomputeran, sama ada dilaksanakan oleh manusia atau mesin”.
Pemikiran komputasional adalah kemahiran asas yang penting dalam menyelesaikan masalah, mereka bentuk sistem, dan memahami tingkah laku manusia dengan menggunakan konsep asas sains komputer. Pemikiran komputasional dapat menyusun, menganalisis dan mempersembahkan data atau idea secara logik dan sistematik. Teknik yang digunakan dalam untuk menyelesaikan masalah adalah seperti Leraian (Decomposition), Pengecaman Corak (Pattern Recognition), Peniskalaan (Abstraction) dan Pengitlakan (Generalisation).
Dalam erti kata lain, Pemikiran Komputasional merupakan proses penyelesaian masalah yang memerlukan usaha meleraikan sesuatu masalah kepada komponen yang lebih kecil (Decomposition), cuba merumuskan idea ataupun maklumat yang penting dan relevan (Abstraction), mengecam corak (Pattern Recognition) yang membolehkan perancangan penyelesaian yang tepat bagi mengelakkan ulangan dan tindakan yang kurang releven. Individu perlu menggunakan pemikiran logikal (Logical Reasoning) bagi mengenalpasti maklumat yang penting dan mengaturkan langkah penyelesaian mengikut turutan yang logikal (Algorithm), menilai pemilihan dan keputusan yang telah dilakukan bagi menguji kesahihan dan keboleh laksanaan prosedur tersebut (Evaluation).
|
|
|
|
|
|
|
|
Computational thinking will be a fundamental skill used by thread middle of the 21st century. Just like reading, writing & arithmetic.
A collection of of diverse skills to do with problem solving that result from studying the nature of computation. It includes some obviously important skills that most subjects help develop like creativity, ability to explain & team work. It also consists of some very specific problem solving skills such the ability to think logically, algorithmically & recursively. Computer science is unique in the way it brings all these diverse skills together |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"Computational Thinking is the thought processes involved in formulating problems and their solutions so that the solutions are represented in a form that can be effectively carried out by an information-processing agent."
Cuny, Snyder, Wing
Pemikiran Komputasional (Computational Thinking atau CT) merupakan satu kemahiran yang
boleh diguna pakai untuk memahami bagaimana sesuatu perkara itu boleh terjadi dengan
sistematik dan logik. Ia membolehkan kita untuk mengambil masalah yang kompleks, memahami
masalah sebenar dan membangunkan kaedah-kaedah penyelesaian yang mungkin boleh untuk
diguna pakai. Walaubagaimanapun, kemahiran CT tidak semestinya melibatkan komputer dalam
menyelesaikan sesuatu masalah. Kita boleh membentangkan kaedah penyelesaian ini dengan cara
yang boleh difahami komputer secara terurus dan boleh diterima dengan logik akal manusia.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Computational thinking (CT) is a study of the problem-solving skills and tactics involved in writing or debugging software programs and applications.
Computational thinking is closely related to computer science, although it focuses primarily on the big-picture process of abstract thinking used in developing computational programs rather than on the study of specific programming languages. As a result, it often serves as an introduction to more in-depth computer science courses. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|