CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3039|Reply: 17

Sesekali Ubah Selera, Ayuh Cuba Masakan Terkenal Siam Pad Thai

[Copy link]
Post time 15-2-2017 11:44 AM | Show all posts |Read mode
Bagi mereka yang pernah ke Thailand, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati salah satu menu wajib cuba di sana iaitu Pad Thai.


Memang sedap, dengan rasa yang manis, masam dan masin pasti membuatkan deria rasa anda seperti 'menari-nari.'


Pad Thai juga boleh didapati dalam menu sesetengah kedai di Malaysia, namun bagi anda yang mahu mencuba untuk masaknya sendiri, ayuh cuba resepi ini.


Foto: taste.com.au


Bahan-Bahan:
Kuetiau kering
2 sudu gula perang
2 sudu asam jawa
2 sudu sos ikan
5 sudu minyak sayuran
1 biji bawang besar, lebih kurang 1 auns dan cincang halus
2 ulas bawang putih besar, cincang halus.
6 auns tofu lebih pejal, potong seakan batang mancis sepanjang 1 inci dan 1/4 inci lebar serta tebal
2 sudu udang kering
Udang/ayam/daging
2 biji telur, dipukul sebati


Perasa:
1 biji limau nipis dipotong wedges
Gula
Sos ikan
Serbuk cili merah
1/3-1/2 cawan kacang panggang dicincang

Cara-Cara:
1) Rendam kuetiau kering ke dalam air bersuhu bilik selama 30 hingga 40 minit
2) Kacau gula, asam jawa dan sos ikan sehingga larut. Ketepikan.
3) Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali dengan api yang sederhana tinggi. Masukkan kuetiau yang telah ditos ke dalam kuali dan tambah sos yang sudah dikacau sebati tadi.
4) Tolak kuetiau ke bahagian tepi kuali dan tambah 2 sudu besar minyak ke dalam kuali. Tuangkan bawang merah, bawang putih, lobak merah, tofu dan udang kering. Kacau selama 1 minit di bahagian sebelah kuetiau yang sedang masak (di dalam kuali yang sama).
5) Tambah udang/ayam/daging ke bahagian campuran bawang dan kacau sehingga udang menjadi separuh masak.
6) Kacau kuetiau di sekitar kuali dan membentuk lubang di bahagian tengah kuali. Tuangkan telur dan kacau telur menjadi scramble.
7) Hidangkannya dan tabur taugeh mentah serta gaul sebati. Perah limau nipis dan letakkan kacang tanah untuk lebih keenakan.


Foto: Shutterstock


Bagi mereka yang sudah jemu dengan menu biasa, apa kata cuba sajian Pad Thai yang sangat menyelerakan ini. Selamat mencuba! -CARI

Kredit resipi: Zila Nurazila
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2017 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
1 of my peberet asalkan thai food mmg kena tekak ai..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 01:56 PM | Show all posts
tak ada kuah ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 07:08 PM | Show all posts
suka somtam
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2017 07:08 PM | Show all posts
kerabu bilis pun boleh
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 12:00 AM | Show all posts
Thai food is my all time favourite!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2017 08:57 AM | Show all posts
aku suka makan pad thai ni, tapi tgk restoran jugak, ada sedap ada tak sedap
ikut rezeki masing2 kan
setakat ni pad thai sedap kat Absolute Thai IOI ok for me
pastu ada few gerai (kang korang ingat aku ni stok lepak shopping mall jer)
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 09:16 AM | Show all posts
tq resepi! makanan thai memang selalu kena dgn selera
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2017 03:43 PM | Show all posts
pebret meols selain  pad kapraw dgn kao koo kaphi
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 12:45 PM | Show all posts
sedapnya thai food. somtam, mee celup, kerabu megi, tomyam.. yummyyy..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Pad thai. Esok nak cari kat phuket.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 04:08 PM | Show all posts
boleh mintak resepi tomyam thai x? meols kempunan betui nk mkn tomyam piaww dari sana.. guna perencah yg mana?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam senang...nak cuba buat..love pad thai
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 02:03 PM | Show all posts
thai food sedap!!
ade ruangn share resipi thai food x?
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Awesome
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2017 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm senang.. nampak pon sedap.. nak try nak try buat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2017 02:29 AM From the mobile phone | Show all posts
pad thai mmg sedap gile kan..iols suka if xtra taugeh tu..mak aiii..heaven cuolsss...krup krap krup krap
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 02:17 PM | Show all posts
sdpnya,,,,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.184801 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list