View: 3046|Reply: 10
|
Selama Ini Tertipu, 7 Mitos Tentang Haid Ini Wanita Kena Elakkan
[Copy link]
|
|
Bagi kaum wanita, kitaran haid yang datang sekali setiap bulan adalah perkara normal dan tiada apa pun yang pelik bukan?
Namun, adakah anda tahu sebenarnya proses kedatangan haid ini kadang-kadang sangat misteri kerana banyak kedengaran pelbagai mitos mengenainya.
Menurut Amaia Arranz, seorang aktivis yang menyebarkan ilmu tentang haid, berikut adalah antara mitos yang selama ini menghantui kaum wanita.
Foto: medicaldaily.com
1. Datang haid pastinya membuktikan anda tidak mengandung.
Perkara ini selalu menjadi salah faham dalam kebanyakan orang. Ingin ditegaskan di sini, walaupun anda didatangi haid, ia tidak bermakna anda tidak hamil.
2. Perlu elak seks semasa haid
Menurut kajian, seks semasa haid dibolehkan asalkan kedua-dua pasangan selesa dengannya. Tapi ingat, ia tetap berisiko membuatkan anda hamil. Namun dalam ajaran Islam, perkara ini dilarang sama sekali.
3. Senaman tidak boleh dilakukan semasa haid
Tidak benar kerana senaman sangat elok dilakukan lebih-lebih lagi jika anda mengalami kekejangan perut akibat haid. Hormon Endorfin dalam darah dapat dilepaskan dan membantu menghilangkan kesakitan.
Foto: medicalnewstoday.com
4. Haid datang setiap 28 hari
Sebenarnya ia bergantung kepada tubuh masing-masing. Ada wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap namun ada juga tidak tetap disebabkan faktor seperti tekanan dan perubahan makanan serta diet yang mendadak.
5. Sesetengah makanan adalah tidak baik dimakan semasa datang haid
Mitos ini tidak sahih kerana anda boleh makan apa sahaja yang dikehendaki. Cuma lebihkan makanan yang mempunyai zat besi kerana semasa haid anda kehilangan banyak darah.
Foto: www.ubykotex.com
6. Tidak boleh pergi berenang semasa haid
Salah, kerana jika anda memakai tuala wanita atau tampon dengan elok maka tiada satu pun aktiviti yang boleh membataskan diri anda dari melakukannya.
7. Banyak hilang darah semasa haid dan perlu rehat yang berlebihan
Bertenang, rehat sekejap sahaja sudah cukup dan jangan jadikan haid sebagai alasan untuk malas ya!
Jadi, pastikan anda memahami dengan betul ilmu tentang haid. Elakkan diri dari terpengaruh dengan perkara-perkara mengarut yang datang bukan dari sumber yang sahih. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Menurut kajian, seks semasa haid dibolehkan asalkan kedua-dua pasangan selesa dengannya.
dalam islam, mne boleh... |
|
|
|
|
|
|
|
info bermanfaatt |
|
|
|
|
|
|
|
tp no6 tu xbrani buat..kang malu xpasal |
|
|
|
|
|
|
|
No 1 ramai dh kene kn
My bff also menst + pregg until 5 month |
|
|
|
|
|
|
|
Yg 1st mmg mitos.. arwah makcik aku dulu prnah cerita, masa dia pgnant anak no 2 kalau x salah, haid tratur tiap2 bulan, tp perut makin lama makin buncit.. Sudahnya check2 dah masuk 6 bln pun pgnant..
Badan jenis besar, bila pgnant mmg biasanya kandungan atas 7 bln barulah nmpak perut agak menonjol.. |
|
|
|
|
|
|
|
#2 tu ai x setuju lorrr..kajian tu drpd mana,sumber kajian tu sahih ke x,telus ke x??
#1 tu kezen ai penah kena...skrg hidup elok je anak die..biar ler taim die preggy tu doc ckp die xpreggy..walhal taim tu daa nak masuk 3bln pregnant...alasan doc,sbb kezen ai dtg uzur.. |
|
|
|
|
|
|
|
yg #4 tu lately dh mcm x accurate je pada sis...kdg2 lebih 35 - 40 hari baru dtg haid semula.. buat pregnancy test -ve..
Faktor usia ke agaknya ye? |
|
|
|
|
|
|
|
no 4 tu x btl la.. stiap org lain kitaran haid nya kan |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg mitos #1 tu x tepat pun..
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|