View: 4414|Reply: 60
|
[Tempatan]
Subang Jaya: Atlet Paralimpik Hidup Serba Daif
[Copy link]
|
|
%5BIMG%5D%5B/IMG%5D
Subang Jaya: Dalam keadaan kudung kedua-dua kaki, Siti Fatimah Md Nor, 25, hanya mampu mendiami bilik berkeluasan sembilan meter persegi dan hanya berdindingkan papan lapis
Lebih memilukan, di Seksyen U5, Subang Bestari itulah dia bersama anak keduanya, Evelyn Felisha Elvina Mohd Nazri, berusia sebulan dan suaminya, Mohd Nazri Izwani, 23 berteduh saban hari
Anak pertamanya, Danish Izz Firdaus, 7 pula tinggal di rumah datuknya di Segamat, Johor
Menceritakan kisah hidupnya, Siti Fatimah berkata, dia pernah mewakili Johor sebagai atlet paralimpik dalam pertandingan sukan tenis berkerusi roda 2014 lalu
Menurut Siti, dia tidak lagi meneruskan kerjanya sebagai atlet paralimpik bagi menumpukan tanggungjawab terhadap suami dan anaknya yang masih kecil
Menurutnya, sejak itu juga dia mula mendiami bilik di rumah kedai berkenaan yang disewa dengan harga sekitar RM260
“Sejak berkahwin tahun lalu, kami masih lagi mampu tinggal di sini, namun kos sara hidup yang makin tinggi menyebabkan kami semakin hari semakin susah
“Malah sejak kelahiran cahaya mata kedua kami ini, banyak duit nak guna untuk tampung keperluan harian,” katanya
Menurutnya, biarpun mendapat bantuan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan, namun ia masih tidak mencukupi
“Tiada terlintas pun untuk kami berdua meminta simpati ramai. Namun dengan pendapatan suami sebagai pekerja stor, ia memang memeritkan. Malah keadaan saya yang serba kekurangan ini menjadikan perjalanan hidup ini semakin sukar,” katanya
Menurutnya, apa yang menjadi impiannya ketika ini adalah untuk mendapatkan rumah yang lebih selesa dan luas
“Lihatlah kami sekarang, hanya ruang ini sajalah kami mampu. Inilah bilik, inilah ruang tamu kami. Dapur pun kami tiada,” katanya
Ditanya berhubung rutin hariannya di rumah, Siti Fatimah berkata, segala pergerakan banyak dibantu oleh suaminya termasuk keperluan makanan
"Setiap pagi sebelum suami kerja, dia akan menyediakan makanan. Waktu tengah hari pula dia akan pulang semula untuk menghantar makanan
“Hanya dia sajalah tempat bergantung untuk kami dua beranak,” katanya
Sementara itu tinjauan Harian Metro di sekitar kediaman Siti Fatimah mendapati mereka terpaksa berkongsi aras dengan 14 lagi penghuni yang kebanyakannya terdiri daripada individu masih belum berkahwin
Berikutan itu juga mereka turut berkongsi tandas apabila hanya dua saja disediakan di atas premis kedai berkenaan
Tambah menyedihkan kerusi roda yang digunakan Siti Fatimah sejak lebih empat tahun lalu kini berada keadaan ‘uzur’ apabila alasnya koyak
http://www.hmetro.com.my/node/206303
|
|
|
|
|
|
|
|
tak kalah nama anak... |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannn .... rm200 sebulan?
sedap nama anak >>> Evelyn Felisha Elvina |
|
|
|
|
|
|
|
masa tenaga dan kepakaran nak digunakan orang sanjung la..
dah xpakai dilupakan |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tau gitu, baliklah kampung. |
|
|
|
|
|
|
|
hambaallah1709 replied at 15-2-2017 11:44 PM
tak kalah nama anak...
Tergeliat lidah nak sebut tadi |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas ni stop lah beranak. Kesian kot pada anak. Beranak pastu anak first hantar kampung. Beranak kedua. Pleaselah dah kenapa tak dapat berfikir. Dont be so irresponsible pikir pasal hal korang berdua je. Lepas dah senang esok, beranaklah banyak mana pun |
|
|
|
|
|
|
|
Pergh nama anak sheols very slot Akasia... |
|
|
|
|
|
|
|
rm200 sebulan ape yg dpt..kalau bli brg makan pun tahan seminggu je..bongok la jabatan kebajikan |
|
|
|
|
|
|
|
Kahwin tahun lepas tapi anak dua? Apa kahhhh wartawan? |
|
|
|
|
|
|
|
Suaminya bertanggungjawab..bagus la |
|
|
|
|
|
|
|
Kau sendiri yg pileh takmo teruskan jadi atlet, Nak jadi Suri rumahtangga.. Hadaplah.
Aktif je DLM bidang sukan.. Macam biasa.. Pikir Sumber pendapatan jugak..
|
|
|
|
|
|
|
|
Laki yg sehat tu pk2 lah x yah tambah anak..dok pk nak sedap jer |
|
|
|
|
|
|
|
Tak dicerita keadaan mental lakinya..Mgkin OKU lemban..Klu tau..Barulah boleh komen. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by hasniey at 16-2-2017 07:17 AM
anak pertama dgn suami lain kot.dh 7 tahun dah umur.tu yg hantar rumah atok.
tp kak,ko yg brenti keje.pastu xde duit mntak simpati.ko nak apa sebenarnye kak?dpt rumah free?duit $1000 sebulan tp xmo keje?
kt tmpat ai ni ramai oku.ok je diorg keje
kesian mmg kesian tp diri tu usahala sikit
cuba ckp nk mntak peluang pekerjaan yg lg bagus utk suami.kan sedap sikit org nk mmbantu.
semoga bertabah kak |
|
|
|
|
|
|
|
anak kecik sangat lg tu kalau akak ni nak pi cari kerja...unless akak ni mintak kerja kat taska/nursery.
sambil jaga anak org..boleh jaga anak sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
hasniey replied at 16-2-2017 07:15 AM
anak pertama dgn suami lain kot.dh 7 tahun dah umur.tu yg hantar rumah atok.
tp kak,ko yg brenti ...
Iols setuju... Baru rasa ikhlas sket org nak tulun |
|
|
|
|
|
|
|
Jbtn kebajikan dah tiba masa korang semak blik kesesuaian pemberian bantuan pada masa ini. Barang semua naik. Xpadan langsung rm200. Sehari dh blh hbis.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|