Dia menjawab: Adapun kami telah bertanya tentang hal ini (kepada Nabi SAW), lalu Baginda SAW menjawab:
"Sesungguhnya roh-roh para syuhada’ itu ada di dalam rongga burung hijau.
Baginya ada pelita-pelita yang tergantung di 'Arash.
Mereka bebas keluar dari syurga sebagaimana yang mereka mahu, kemudian mereka (roh-roh orang yang syahid) menuju ke arah pelita-pelita itu.
Kemudian Rabb melihat kepada mereka dengan jelas, lalu Dia bertanya: “Apakah kalian inginkan sesuatu?”.
Mereka menjawab: “Apalagi yang kami inginkan sedangkan kami bebas keluar dari syurga dengan semahu-mahu kami?”.
Rabb mereka mengizinkan hal itu berlaku kepada mereka sebanyak tiga kali.
Tatkala mereka melihat bahawasanya mereka tidak ditinggalkan daripada meminta sesuatu.
Mereka berkata, “Wahai Rabb kami! kami ingin Engkau pulangkan semula roh-roh kami ke dalam jasad-jasad kami sehingga kami dibunuh di jalan-Mu sekali lagi. Maka tatkala Dia melihat bahawasanya mereka tidak mempunyai keinginan lagi, maka mereka ditinggalkan”. [Riwayat Muslim (1887)]
|