CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1089|Reply: 6

mendoakan org bukan Islam yang bersin

[Copy link]
Post time 16-2-2017 05:57 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 16-2-2017 06:00 AM

IRSYAD AL-HADITH



IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-158: UCAPAN KEPADA BUKAN ISLAM KETIKA BERSIN
Ditulis oleh Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ AyubDiterbitkan: 14 Februari 2017http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith/1413-irsyad-al-hadith-siri-ke-158-ucapan-kepada-bukan-islam-ketika-bersin



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-2-2017 05:58 AM | Show all posts
Soalan:

Apakah dibolehkan mendoakan kepada bukan Islam ketika bersin?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2017 05:58 AM | Show all posts
Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.



Berdasarkan soalan di atas, terdapat sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Timizi di dalam Sunannya:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2017 05:59 AM | Show all posts
Daripada Abu Musa RA berkata:


كَانَ اليَهُودُ يَتَعَاطَسُونَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْجُونَ أَنْ يَقُولَ لَهُمْ: يَرْحَمُكُمُ اللَّهُ، فَيَقُولُ: يَهْدِيكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ

Maksudnya: “Adapun orang Yahudi seding bersin di sisi Nabi SAW dan mereka mengharapkan agar Nabi SAW mengucapkan kepada mereka “Semoga kamu dirahmati Allah”, maka Nabi SAW berkata: “Semoga Allah memberi hidayah kepada kamu dan memperbaiki keadaan kamu”. [Riwayat Imam al-Tirmizi (2739)][Hadith ini dinilai Hasan Sahih oleh Imam al-Tirmizi]




  • Berdasarkan hadith ini, ia menunjukkan bahawa kita tidak dibolehkan mendoakan kerahmatan dan keampunan kepada orang selain daripada Islam. Bahkan kita dituntut untuk mendoakan kepada mereka agar dikurniakan hidayah ke jalan yang benar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2017 06:03 AM | Show all posts
Jawapan Bagi Orang Islam Apabila Didoakan



Menurut Ibn Batthal, jumhur berpandangan bahawa jawapan orang yang bersin ketika menjawab doa orang yang mendoakan kepadanya adalah dengan “يَهْدِيكُمِ اللَّهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ” yang bermaksud “semoga Allah memberi hidayah kepada kamu dan memperbaiki keadaan kamu”.

Akan tetapi, ahli Kufah berpandangan bahawa jawapan orang bersin ketika menjawab adalah “يَغْفِرُ اللَّهُ لَنَا وَلَكُمْ” yang bermaksud “semoga Allah mengampun kita dan kamu”.


Ini diriwayatkan oleh Imam al-Thabari daripada Ibn Mas’ud dan Ibn Umar serta selain daripada mereka berdua.
Telah berpandangan Malik dan al-Syafie bahawa boleh dipilih antara kedua lafaz tersebut. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 12/8]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2017 06:03 AM | Show all posts
Penutup

Kesimpulannya, kita dibolehkan untuk mendoakan kepada orang bukan Islam apabila bersin. Akan tetapi, kita perlulah mendoakan hidayah kepada mereka bukannya rahmat dan keampunan. Semoga Allah SWT merahmati dan mengampunkan dosa-dosa kita serta menggolongkan kita dalam kalangan hamba-hambanya yang beriman. Amin.



Wallahua’lam
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-2-2017 04:25 AM | Show all posts
...........................................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.077686 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list