CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1204|Reply: 6

Perihal Adab Mengangkat tangan ketika berdoa

[Copy link]
Post time 16-2-2017 06:09 AM | Show all posts |Read mode
IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-159: MENGANGKAT TANGAN KETIKA BERDOA


https://www.facebook.com/drzulmu ... ?type=3&theater








Soalan:

Apakah terdapat hadith berkaitan mengangkat tangan ketika berdoa?


Jawapan :

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berkaitan soalan di atas, terdapat beberapa hadith yang menunjukkan bahawa Nabi SAW mengangkat tangan Baginda yang mulia ketika berdoa. Antaranya yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari RA di dalam Sahihnya:

• Daripada Abu Musa RA, berkata:

دَعَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَاءٍ فَتَوَضَّأَ بِهِ، ثُمَّ رَفَعَ يَدَيْهِ فَقَالَ: "اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعُبَيْدٍ أَبِي عَامِرٍ" وَرَأَيْتُ بَيَاضَ إِبْطَيْهِ، فَقَالَ: "اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ يَوْمَ القِيَامَةِ فَوْقَ كَثِيرٍ مِنْ خَلْقِكَ مِنَ النَّاس"



Maksudnya: “Nabi SAW meminta dibawakan air, lalu Baginda SAW berwudhuk dengan air tersebut. Kemudian Baginda SAW mengangkat kedua tangan sambil berdoa: “Ya Allah, Kau ampunilah ‘Ubaid Abi ‘Amir”, sehingga aku terlihat putihnya ketiak Baginda SAW. Baginda SAW meneruskan berdoa: “Ya Allah, Kau jadikanlah dia di hari Kiamat antara orang yang terbaik daripada kalangan manusia”. [Riwayat al-Bukhari (6383)]


Di dalam hadith ini, menunjukkan bahawa Nabi SAW mengangkat tangan Baginda SAW ketika berdoa. Di samping itu juga, terdapat hadith lain yang menunjukkan bahawa Allah SWT malu kepada hambanya yang mengangkat tangan memohon kepada-Nya seperti hadith di dalam Sunan al-Tirmizi:

• Daripada Salman al-Farisi RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ حَيِيٌّ كَرِيمٌ يَسْتَحْيِي إِذَا رَفَعَ الرَّجُلُ إِلَيْهِ يَدَيْهِ أَنْ يَرُدَّهُمَا صِفْرًا خَائِبَتَيْنِ


Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Maha Hidup lagi Maha Mulia malu jika seorang lelaki itu mengangkat kedua tangannya kepada-Nya serta memulangkannya dalam keadaan kosong yang tidak membawa hasil”. [Riwayat al-Tirmizi (3556)][Hadith ini dinilai hasan gharib oleh Imam al-Tirmizi]


Di dalam Tuhfah al-Ahwazi dikatakan bahawa terdapat banyak hadith-hadith sahih dan jelas menunjukkan bahawa Nabi SAW mengangkat tangan ketika berdoa. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 232/9]

Syahidnya ‘Ubaid Abi ‘Amir

Beliau merupakan salah seorang sahabat yang besar sehingga Nabi SAW mendoakan beliau agar dijadikan orang yang terbaik dalam kalangan manusia. Nama beliau ialah ‘Ubaid bin Sulaim bin Haddhar al-Asy’ari dan kuniyyah beliau adalah Abu ‘Amir.
Di dalam kitab al-Rahiq al-Makhtum dinukilkan bahawa Nabi SAW telah menghantar sekumpulan pasukannya ke Awthas di bawah pimpinan Abu ‘Amir al-Asy’ari untuk mengejar kaum musyrikin yang melarikan diri akibat tewas dalam peperangan Hunayn.
Disebabkan itu, berlaku pertempuran kecil dengan pihak musuh dan akhirnya tentera Musyrikin itu mengalami kekalahan. Dalam pertempuran kecil itu, Abu ‘Amir al-Asy’ari telah gugur syahid.


Penutup

Kesimpulannya, mengangkat tangan ketika berdoa termasuk di dalam adab-adab berdoa kerana ia menunjukkan tanda kita merendahkan diri di hadapan Allah SWT yang Maha Berkuasa. Akhirnya, semoga Allah SWT memakbulkan doa-doa kita serta menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang terbaik. Amin.

Wallahua’lam


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-2-2017 07:29 AM | Show all posts
..........ni ........

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 11:47 PM | Show all posts
ahhaaaaaa
dah ada kannnnn
camna NABI berdoa ; sampai nampak putihnya ketiak NABI

apa macam dgn amalan2 berdoa kita kat sini selama ini???
cuba bezakan atau samakan

antara SUNNAH2 NABI yg cukup mudah kan utk diamalkan
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 11:42 PM | Show all posts
ya...benar tu
cantik dan indah
nama pun nabi saw...insan kamil....nur muhammad...
kesempurnaan akhlak 30 juzuk...
kehambaan yg terpuji...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2017 04:10 AM | Show all posts
....................................
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2017 06:28 PM | Show all posts
AL ARAAF: AYAT 55 Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.

AL ARAAF AYAT 56 .....BERDOALAH KEPADANYA DENGAN RASA TAKUT DAN PENUH HARAP

AL ARAAF AYAT 205 Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.

AL ISRAA AYAT 110 Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam shalatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2017 10:46 AM | Show all posts
tidak disyari’atkan bagi para makmum mengangkat kedua tangan mereka pada saat do’a  khatib di atas mimbar pada hari Jum’at

Sumber: https://almanhaj.or.id/4593-makm ... -khatib-berdoa.html

betul ke??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.371075 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list