CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1137|Reply: 17

which writing style : Merumikan kalamullah - Mufti Kl &Team

[Copy link]
Post time 16-2-2017 06:13 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 16-2-2017 06:42 AM

IRSYAD FATWA


IRSYAD AL-FATWA #172 :

HUKUM MENULIS AL-QURAN MENGGUNAKAN ABJAD ROMAN/LATIN
Ditulis oleh Umar Mukhtar Mohd NoorDiterbitkan: 15 Februari 2017




sumber asal :http://www.muftiwp.gov.my/index. ... n-abjad-roman-latin






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-2-2017 06:16 AM | Show all posts
SOALAN:

Assalamualaikum wrm wbt,

Apakah hukum menulis, membaca atau menerbitkan tulisan al-Quran dalam menggunakan tulisan Roman seperti yang banyak dihasilkan orang pada zaman ini?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2017 06:17 AM | Show all posts
JAWAPAN:

Waalaikumussalam wrm wbt,

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah Taala, Tuhan yang disembah sekalian alam.

Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia, Muhammad SAW, serta ahli keluarga baginda, para sahabat dan mereka yang mengikuti sirah dan sunnahnya sehingga Hari Pembalasan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2017 06:19 AM | Show all posts
  • Definisi Terjemahan

Kami mendapati isu ini termasuk di bawah isu menterjemahkan al-Quran.
Kami merujuk definisi terjemahan daripada kitab Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran tulisan oleh al-Allamah Syeikh Muhammad Abdul Azim al-Zurqani (w.1367H) Rahimahullah:


التعبير عن معاني ألفاظه العربية ومقاصدها بألفاظ غير عربية مع الوفاء بجميع هذه المعاني والمقاصد


Maksudnya: “Pengungkapan akan makna-makna bagi lafaz-lafaz al-Quran yang berasal daripada bahasa Arab dan tujuan-tujuannya dengan lafaz-lafaz yang bukan bahasa Arab supaya bertepatan dengan semua makna-makna dan tujuan-tujuan al-Quran.”


Rujuk Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran (2/144)

Kita boleh dibahagikan kepada tiga jenis:

  • Terjemahan secara harfiah
  • Terjemahan secara makna
  • Terjemahan secara fonetik



Kami akan huraikan pembahagian ini secara satu persatu supaya kefahaman boleh menjadi lebih jelas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2017 06:23 AM | Show all posts
  • Terjemahan secara harfiah


  • Berkata Syeikh al-Zurqani selepas menyatakan definisi terjemahan al-Quran sebelum ini:

إن لاحظ في هذه الترجمة ترتيب ألفاظ القرآن فتلك ترجمة القرآن الحرفية أو اللفظية أو المساوية

Maksudnya: “Jika terjemahan itu berlaku secara teliti mengikut tertib lafaz-lafaz al-Quran maka itu dianggap menterjemahkan al-Quran secara harfiah, literal dan persamaan.”



  • Terjemahan secara harfiah ini dilarang kerana kerana al-Quran itu bersifat bahasa Arab yang mu`jiz (mengalahkan) pada susunannya dan tidak mampu seseorang pun untuk mendatangkan semisal dengannya, sama ada dalam bahasa Arab juga atau pun dalam bahasa lain.


  • Firman Allah Taala:






قُل لَّئِنِ اجْتَمَعَتِ الإِنسُ وَالْجِنُّ عَلَى أَن يَأْتُواْ بِمِثْلِ هَذَا الْقُرْآنِ لاَ يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan Al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding dengannya, walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri".
(Surah al-Isra’, 17:88)







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2017 06:25 AM | Show all posts
وَإِنَّهُ لَتَنْزِيلُ رَبِّ الْعَالَمِينَ * نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الْأَمِينُ * عَلَى قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ الْمُنْذِرِينَ * بِلِسَانٍ عَرَبِيٍّ مُبِينٍ



Maksudnya: Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam. Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah. Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia). (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.



(Surah al-Syu`ara’, 26:192-195)







وَكَذَلِكَ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ قُرْآنًا عَرَبِيًّا



Maksudnya: Dan sebagaimana (Kami tetapkan engkau hanya penyampai), Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab…



(Surah al-Syura, 42:7)







لِسَانُ الَّذِي يُلْحِدُونَ إِلَيْهِ أَعْجَمِيٌّ وَهَذَا لِسَانٌ عَرَبِيٌّ مُبِينٌ



Maksudnya: Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa mereka yang musyrik itu berkata: "Sebenarnya dia diajar oleh seorang manusia". (Padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa Arab yang fasih nyata.



(Surah al-Nahl, 16:103)

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-2-2017 06:26 AM | Show all posts
Imam Ibn Kathir Rahimahullah (w.774H) menerangkan dalam tafsirnya pada jawapan terhadap orang musyrikin dalam ayat di atas:
“Bagaimanakah mungkin seseorang (yakni Rasulullah SAW) yang membawakan al-Quran, sedangkan dalamnya terkandung kefasihan dan balaghah, dan makna-maknanya yang lengkap dan menyeluruh, dan memiliki makna yang paling sempurna melebihi kitab-kitab lain yang pernah diturunkan, dikatakan belajar daripada seorang lelaki yang ajam (bukan berbangsa) Arab.


Hal ini tidak dituturkan oleh orang yang waras akalnya!”

Tafsir al-Quran al-Azim (4/603)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2017 06:26 AM | Show all posts
Dalil-dalil di atas menunjukkan bahawa Allah SWT sengaja menurunkan al-Quran dalam bahasa Arab kerana seni bahasa dan susunan yang terdapat dalamnya itu mampu mengalahkan pertuturan manusia. Jika ia diterjemahkan kepada bahasa lain, maka hilanglah mukjizat al-Quran, dan inilah yang berlaku kepada agama Yahudi dan Nasrani apabila para rahib mereka menukar ayat-ayat Allah mengikut hawa nafsu. Natijahnya, terhasillah pelbagai versi terjemahan Injil dan Taurat yang tidak selari antara satu sama lain setelah diterjemahkan daripada bahasa Ibrani.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-2-2017 06:27 AM | Show all posts
Imam Jalaluddin al-Suyuti (w.911H) menukilkan dalam kitabnya al-Itqan fi Ulum al-Quran (4/168): “(Imam) Malik pernah ditanya: Adakah boleh ditulis akan mushaf itu menggunakan abjad hija’iyyah seperti mana yang dibuat orang? Beliau menjawab: Tidak boleh, melainkan dengan cara penulisan yang pertama (yakni dengan gaya Rasm Uthmani). Kenyataan ini meriwayatkan akan dia oleh al-Dani dalam al-Muqni` kemudian dia berkata: Dan tiada ada sesiap yang menyelisihi pandangan Malik ini seorang pun daripada kalangan ulama umat Islam.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2017 06:28 AM | Show all posts
  • Perkara yang sama juga disebut oleh Imam Ibn Hajar al-Haithami (w.974) dalm al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra (1/38) dan beliau menambah: Apabila sudah berlakunya ijma’, seperti mana yang kamu lihat, pada larangan ke atas orang yang menulis kalimah riba dengan huruf alif (yakni الربا , tetapi di dalam mushaf Rasm Uthmani ditulis الربوا) yang sesuai dengan kaedah abjad hija’iyyah, maka dalam kes penulisan menggunakan bahasa selain abjad tersebut lebih kuat lagi larangannya.”

  • Beliau menyambung: “Dan juga pada penulisan dengan huruf-huruf ajam (bukan Arab) itu ialah suatu campur tangan dalam lafaz al-Quran yang mu’jiz (seni bahasa yang hebat tidak terkalah) menyebabkan tersebut ialah al-tahaddi - suatu cubaan mencabar al-Quran.”


  • Akan tetapi yang muktamad di dalam mazhab al-Syafie seperti mana yang ditulis di dalam Fath al-Mui’n, adalah haram menulis al-Quran dengan huruf bukan Arab walaupun tanpa perubahan makna. Rujuk I`anah al-Talibin (1/83).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2017 06:30 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 16-2-2017 06:34 AM

2. Terjemahan secara makna


Berkata Syeikh al-Zurqani lagi:
وإن لم يلاحظ فيها هذا الترتيب فتلك ترجمة القرآن التفسيرية أو المعنوية
Maksudnya: “Dan jika penterjemahan itu tidak berlaku secara teliti pada tertib maka itu dinamakan penterjemahan al-Quran secara tafsir dan maknawi.”


  • Penterjemahan jenis ini diharuskan bahkan dituntut oleh syarak.

  • Ini kerana pada hakikatnya ialah tafsir kepada al-Quran dalam bentuk yang bukan menggunakan bahasa Arab.

  • Ini juga perlu berlaku dengan syarat tidak terkeluar daripada kaedah-kaedah tafsir yang muktabar sehingga makna-maknanya terpelihara.

  • Berkata Syeikh Abdul Qadir al-Mandili (w.1385H) Rahimahullah: “Dan adalah ayat al-Quran yang di dalam syarah (matan Aqidah Tahawiyyah) ini tiadalah hamba terjemah akan dia,  bahkan hamba naqal akan tafsirnya.”

  • Di dalam nota kaki disebut, ‘kerana haram diterjemahkan akan Quran’.
  • Rujuk Perisai Bagi Sekalian Mukallaf (ms. 4)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2017 06:31 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 16-2-2017 06:34 AM

3. Terjemahan fonetik



  • Terjemahan jenis ini adalah penulisan teks-teks Arab bagi al-Quran dalam bahasa lain yang bertujuan untuk membantu pembaca yang bukan Arab untuk menyebut dengan sebutan Arab.

  • Sebahagian ulama mengharuskannya. Imam Syihabuddin al-Ramli (w.957H) apabila ditanya adakah diharamkan menulis al-Quran dengan qalam (penulisan) India atau selainnya.

  • Maka dijawab hukumnya adalah tidak diharamkan kerana penulisan itu menunjukkan kepada lafaznya yang berbahasa Arab dan tiada padanya sebarang perubahan bagi al-Quran.

  • Akan tetapi menterjemah al-Quran adalah haram selain daripada bahasa Arab kerana hal itu menyebabkan perubahan bagi al-Quran.
  • Rujuk Fatawa al-Ramli (1/23).

  • Imam al-Syarwani (w.1301H) juga menyebut dalam Hasyiah-nya ke atas kitab Tuhfah al-Muhtaj (1/154) ketika menghuraikan hukum menyentuh mushaf: “Dan diharuskan untuk menulis al-Quran tanpa menggunakan bahasa Arab, tetapi ditegah untuk membacanya menggunakan bahasa selain Arab.” Yakni membaca dengan lisan, bukan dengan hati.


  • Dalam bahasa moden, kaedah ini bolehlah disebut sebagai kaedah transliterasi. Menurut   Kamus Dewan Edisi Keempat, ‘transliterasi’ bererti: “Penukaran huruf (perkataan dan sebagainya) daripada abjad sesuatu tulisan (misalnya tulisan Arab) kepada huruf yang selaras bunyinya dan sebagainya dalam abjad sistem tulisan lain (misalnya Rumi).”

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2017 06:35 AM | Show all posts
Fatwa-Fatwa
    • Dar al-Ifta al-Misriyyah
    Lajnah Fatwa al-Azhar ditanya adakah harus menulis al-Qran menggunakan huruf-huruf daripada bahasa selain Arab agar orang yang berbahasa asing boleh membacanya. Lajnah menjawab: “Tidak syak lagi bahawa huruf-huruf Latin yang dikenali memiliki kelemahan untuk bersesuaian dengan bahasa Arab, maka itu menyebabkan tulisan Latin ini tidak setanding untuk menerangkan tulisan Arab. Jika ditulis juga al-Quran al-Karim dengan huruf-huruf tersebut menggunakan sistem Arab (yakni transliterasi) nescaya akan berlakulah kekurangan dan penyelewengan pada maknanya, yang mana kedua akan diikuti dengan pengubahan makna dan kerosakannya. Nas-nas Syarak juga telah menetapkan kewajipan untuk memelihara al-Quran al-Karim daripada segala apa yang menyerangnya untuk menukar dan menyeleweng. Telah berijmak para ulama Islam yang terdahulu dan terkemudian bahawa setiap perkara yang diubah daripada al-Quran al-karim itu membawa kepada penyelewengan lafaznya dan penukaran pada maknanya maka hukumnya dilarang dan diharamkan secara pasti.”

    Al-Majallah al-Azhar (7/45)



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2017 06:36 AM | Show all posts
    • Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-24 yang bersidang pada 5-6 Jun 1989 telah membincangkan Penulisan Ayat-Ayat Al-Quran Dengan Huruf Roman. Muzakarah telah memutuskan bahawa adalah haram ditulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada ayat Al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab atau bukan tulisan Al-Quran.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2017 06:36 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 16-2-2017 06:42 AM

  • Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan
Setelah meneliti setiap pandangan ahli muzakarah dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 07/2016-1437H yang bersidang pada 25 Ogos 2016 bersamaan 22 Zulkaedah 1437H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-24 berkenaan Hukum Penulisan Ayat-Ayat al-Quran Dengan Huruf Roman Atau Latin dengan sighah seperti berikut :
  • Setiap orang Islam wajib mempelajari al-Quran dalam Bahasa Arab Rasm Uthmani.



  • Haram ditulis atau digunakan mana-mana bahagian daripada ayat al-Quran dengan tulisan yang bukan huruf Arab atau bukan tulisan al-Quran kecuali:
  • Penulisan akademik (petikan/phrasa) yang menggunakan tanda transliterasi al-Quran yang betul serta mengikut kaedah yang standard.


  • Untuk tujuan menarik orang membaca al-Quran dan tujuan pembelajaran (تعليم) dalam jangkamasa sementara. Teks/nas al-Quran hendaklah disertakan.

  • Haram menerbit dan menjual tafsir dan terjemahan al-Quran tanpa disertakan teks asal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2017 06:37 AM | Show all posts
Kesimpulan

Setelah meneliti keterangan-keterangan di atas, kami berpendapat bahawa hukum menulis al-Quran menggunakan huruf Roman adalah haram pada asalnya. Ini kerana ulama sepanjang zaman, salaf dan khalaf, telah bersepakat bahawa al-Quran hendaklah ditulis dengan menggunakan metod Rasm Uthmani. Ini bagi mengelakkan pengurangan dan penyelengan lafaz yang membawa kepada perubahan dan kerosakan makna kerana sifat al-Quran itu diturunkan dalam bahasa Arab memiliki mukjizat yang tersendiri.

Namun begitu, terdapat beberapa keadaan apabila penulisan sebegini dibenarkan. Syeikh Muhammad Abdul Azim al-Zurqani (w.1367H) berkata: “Para ulama kita telah mengecam perbuatan menulis al-Qran dengan huruf-huruf yang bukan daripada bahasa Arab. Atas ketetapan ini, maka adalah wajib bagi seseorang ketika menterjemahkan al-Quran kepada apa jenis bahasa pun hendaklah disertaka ayat-ayat al-Quran yang ditulis dengan bahasa Arab supaya tidak berlaku pengurangan dan penyelewengan lafaz yang membawa kepada perubahan dan kerosakan pada maknanya.”

Rujuk Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran (2/134)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-2-2017 06:39 AM | Show all posts
Kami nyatakan dibawah beberapa dhawabit atau prinsip-prinsip tersebut:

  • Hendaklah dinyatakan teks atau nas asal a-Quran bersamaan dengan teks Roman
  • Hendaklah menggunakan kaedah transliterasi yang diterima oleh ahli akademik dan difahami oleh masyakat setempat.


  • Hendaklah diiktikadkan bahawa penulisan berkenaan hanyalah bersifat wasilah (sarana) bagi pembelajaran al-Quran, dan bukan tujuan utama.


  • Hendaklah sarana ini bersifat sementara dan bukan kekal. Maksudnya, hendaklah kaedah sebagai alat bantuan pembelajaran bagi mubtadi (orang yang baru belajar), dan bukan dikekalkan setelah dikuasai kaedah pembacaan al-Quran yang betul.


  • Buku, makalah atau terbitan yang mengandungi ayat transliterasi itu tidaklah dianggap sebagai mushaf al-Quran mengikut pendapat yang masyhur.


  • Jika semua prinsip-prinsip di atas diambil kira, maka hukum menulis al-Quran dalam abjad Roman adalah diharuskan.

  • Semoga umat Islam mempelajari al-Quran dan menjaganya sebaik mungkin kerana dengan usaha ini akan menjadikan mereka umat yang berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.



Akhukum fillah,

SS. Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2017 04:24 AM | Show all posts
.....................
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.062536 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list