CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5301|Reply: 128

[Tempatan] Kerajaan BN bukan terlebih penjawat awam tapi tak cukup

[Copy link]
Post time 16-2-2017 09:22 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menolak cadangan mengecilkan jumlah penjawat awam bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan.

Sebaliknya menurut Presidennya Datuk Azih Muda, perkhidmatan awam ketika ini sebenarnya kekurangan kakitangan, berbeza daripada apa yang didakwa.

Hal itu menyebabkan perkhidmatan awam mengalami kesulitan menjalankan tugas mereka dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Kita tidak ada servis yang overlap (bertindan), setiap posisi ada tugas masing-masing. Contohnya yang bekerja di pejabat tanah tidak sama dengan kerja pentadbiran biasa.

“Tiada jabatan yang terlebih kakitangan, kurang ada. Bersara 50 orang, pengambilan cuma tiga orang. Satu hari kerja di klinik bayangkanlah 1,000 orang yang datang, yang kerja cuma lima orang. Kerja non-stop daripada tujuh pagi sampai 10 malam, makan pun tak sempat. Nak buang orang lagi?” soal Azih.


Jelas Azih, apa yang membuatkan masyarakat melihat lambakan kakitangan dalam perkhidmatan awam adalah kerana tentera, polis, kesihatan dan pendidikan turut diklasifikasi sebagai perkhidmatan awam, sepertimana tertakluk dalam Perlembagaan Persekutuan.

Peerkara itu tidak diamalkan di banyak negara di dunia dan tidak adil untuk membandingkan Malaysia dengan negara lain dalam hal tersebut.

“Jika dianalisa perkhidmatan awam kita, jumlah kakitangan hanyalah sekitar 500,000 jika tidak dikira sama empat cabang perkhidmatan tersebut,” katanya.

Ketika ini, terdapat 1.6 juta orang berkhidmat dengan kerajaan iaitu 11 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja di negara ini, menjadikan nisbah penjawat awam kepada penduduk di Malaysia paling besar di rantau Asia Pasifik.

Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani juga sebelum ini memaklumkan bahawa terdapat kira-kira 1 orang penjawat awam untuk setiap 19.37 orang penduduk ketika ini, menyebabkan perbelanjaan kerajaan bertambah.

Tahun lalu sahaja kerajaan telah membelanjakan RM74 bilion untuk menggaji penjawat awam dan jumlah itu dijangka meningkat kepada RM76 bilion dan pada tahun ini.


Bagaimanapun Azih menyatakan bahawa kerajaan tidak terbeban dengan perkhidmatan awam.

“Kerajaan tak terbeban pun, dia yang sibuk jadi kerajaan. Kerajaan OK saja, saya jumpa Perdana Menteri beliau kata tak ada isu. Perdana Menteri mengatakan tahun 2017 adalah tahun delivery, delivery, delivery (penyampaian) kepada rakyat. Beliau tak kata tahun 2017 tahun kita kena buang orang kerana pekerja telah terlebih.
“Jadi apa yang kita nak balik ialah produktiviti. Kalau dulu kita boleh buat sepuluh perkara, hari ini kita kena serve (berkhidmat) untuk rakyat 20 perkara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Khas kongres itu di ibu pejabatnya di sini hari ini, di mana mesyuarat sebulat suara menggesa kerajaan agar tidak melihat cadangan yang diutarakan bekas ketua setiausaha perbendaharaan Kementerian Kewangan, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim kelmarin.

Berhubung itu, Azih menegaskan bahawa cadangan sebegitu tidak sepatutnya keluar daripada mulut seorang yang menikmati faedah yang banyak semasa tempoh perkhidmatan dahulu dan kini sedang menerima wang pencen.

Katanya, cadangan tersebut boleh menimbulkan kemarahan kakitangan awam dengan melihat keadaan semasa di mana kos sara hidup semakin meningkat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2017 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
macam betul juga

byk dh jawatan dijumudkn
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 09:36 AM | Show all posts
ok... ok la... kurang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 09:52 AM | Show all posts
Hapuskan jawatan menteri kabinet bodoh tak guna dalam Parlimen serta baruah2 kau kat peringkat grassroot tue. Menyemakkk membazir berass pemalas keje bodoh babi!
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
di swasta umur kalo dh lanjut ditawarkan vss sebab majikan x nak bayar gaji lebih.amik orang baru kurang skit kos. tpi kerajaan pelik pi smbung lgik umur bersara. lagik la kos meningkat. ...padahal kalau amik staf baru mmg kos tu jimat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 09:58 AM | Show all posts
buang aja...yang mana tak buat kerja hakiki tu...contohnya yg sibuk berpesatuan mcm presiden cuepecs ni....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2017 09:58 AM | Show all posts
Hapuskan pembuat keputusan dalam jabatan kerajaan yang selalu buat keputusan yang merugikan
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:00 AM | Show all posts
aku listen..jawatan govt pun yang kat peringkat atas laa..tak cukup woo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-2-2017 10:04 AM | Show all posts
kita perlukan yg kalah PRU dilantik Penasihat
yg sabit poltik wang dilantik Pengerusi Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:05 AM | Show all posts
yang patut dikecilkan adalah jawatan pentadbiran pengkeranian sebab tu boleh multitask..
tapi penguatkuasa  mcm polis, imigresen, doktor, nurse, bomba memang kena ramai..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2017 10:06 AM | Show all posts
Civil service will remain large, says think tank
Tarrence Tan
| February 16, 2017


PETALING JAYA: A think tank says it is unlikely that Putrajaya will reduce the size of the civil service although many quarters have spoken of the need for a trimming.

Institute for Democracy and Economic Affairs external relations manager Azrul Mohd Khalib said he didn’t see any probability of Putrajaya mustering the political will to do so in spite of signs that the economy was going into a slump.

Last year, civil service wages cost Malaysia RM70.5 billion, or 25.5% of the federal budget, which Azrul said was “not normal”.

“The civil service is not and should not be a jobs programme,” he said.

Azrul warned that taxpayers would in the long run bear the burden of paying the civil servants’ pensions, gratuities, perks and allowances.

He noted that about 5% of the Malaysian population, or 13% of the working population, were employed by the government and there were currently 600,000 pensioners.

“This is double the civil servant proportion of countries such as Indonesia, Thailand and the Philippines.”

He also compared Malaysia with Britain. Malaysia has 1.6 million civil servants for a population of 30 million, whereas Britain has 393,000 civil servants for a population of 64 million.

“The last time the UK had 1.2 million workers in the public sector was during the Second World War,” he said.

Azrul said the government must realise that it had to begin sacking unproductive and non-performing civil servants.

“What the government needs is an intelligent combination of pay rises, downsizing of lower-level and non-performing staff and smart recruitment.”

The government must seek to hire and retain people with the right experience and credentials, he added.

“Racially preferential policies have no benefit whatsoever and only result in burdening the service with a large number of low performing individuals.”

Recently, Second Finance Minister Johari Abdul Ghani pointed out that there was one civil servant for every 19.37 Malaysians.

In comparison, the ratio of civil servants to population in Singapore is 1:71.4; Indonesia 1:110; South Korea 1:50; China 1:108; Japan 1:28; Russia 1:84; and Britain 1:118.

Last Monday, a former director-general of the Economic Planning Unit, Mohd Sheriff Mohd Kassim, urged the government to retrench lower-level staff in the public sector while it could still afford to pay compensation. He warned that the civil service in its current size would be a problem in the event of a financial crisis.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
..sebagak bagak Canada, depa cuma ada 70K tentera dan 60K polis aje... jangan nak bawak modal2 basi perkhidmatan awam negara lain tak campur polis, tentera, cikgu bagai
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
-banyak agensi dah diswastakan
-banyak bende dah di outsource
- semua bende dah computerized
- semakin banyak sekolah swasta
- semakin banyak sepital swasta
... tapi kenapa penjawat awam makin vanyak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:27 AM | Show all posts
Betul tu...
Kat opis yg baru 2 bln aku kerja ni pun dah ada 2 org bersara awal (pilihan sendiri)
1st day aku kerja, sorg bersara awal. Bln lps sorg lg.

Tp sampai skrg, dua2 tu belum dihantar pengganti.
Desas desus kata waran penjawatan akan ditarik balik
maknanya mmg takkan ada pengganti pun
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:27 AM | Show all posts
hapuskan portfolio menteri yg bodoh2..lagi jimat kos
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:49 AM | Show all posts
Bedah.Cun replied at 16-2-2017 09:52 AM
Hapuskan jawatan menteri kabinet bodoh tak guna dalam Parlimen serta baruah2 kau kat peringkat grass ...

hidup bedah! iolsss setuju
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2017 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Jawatan menteri je melambak2 timbalan menteri je sampai 2 3 org... apeke hal...

Cikgu 1 kelas murid 40 org... buang jela jawatan ppd segala tu..jpn dah cukup..gred dg jugak tp x jd cikgu duk berlagak je kt ppd tu..pastu cikgu yg tanggung keje dorg kt sekolah...ngajar sekelas sampi 40 org.. dorg datang boleh lagi nak kondem mcm bagus sangat....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:59 AM | Show all posts
jawatan menteri pelawak harus dimansuhkan
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurangkan birokrasi kerja dalam Kerajaan. Byk benda yang tadak value added pun...disediakan pegawai untuk urus buat apa? Berbuih transformasi kehulu inovasi kehilir tapi budaya kerja Kerajaan masih di takuk 80an. Pekejadah?

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 11:01 AM | Show all posts
mommymonster82 replied at 15-2-2017 02:54 PM
Jawatan menteri je melambak2 timbalan menteri je sampai 2 3 org... apeke hal...

Cikgu 1 kelas mur ...

Cerrcakan mereka, yang! Benda yang utama kau tutup perjawatan. Yang tak penting pulak dibuat jawatan. Casshhh!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.103103 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list