CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5985|Reply: 68

[Dunia] Jantan Arab Tak Guna :Jemaah wanita diculik kini ada dua suami

[Copy link]
Post time 16-2-2017 09:43 AM | Show all posts |Read mode
Jemaah wanita diculik kini ada dua suami








Oner melihat gambar lama ibunya ketika sebelum ke Makkah pada 1990 (gambar kecil) dan kanan, gambar ibunya yang dirakam kenalan ketika berniaga di Makkah. - Foto Euro News










Agensi



Istanbul: Selepas hampir 27 tahun hilang disangka meninggal dunia dalam tragedi rempuhan jemaah haji yang mengorbankan kira-kira 1,400 orang ketika melontar pada 1990, seorang wanita Turki didapati diculik dan dipaksa menjadi isteri seorang pekerja perbandaran Makkah.
Menurut portal berita Turki ILKHA, Fahire Kara dari Yontukyaz di daerah Beşiri, dekat sini, yang mempunyai 12 anak, menunaikan haji bersama suaminya, Abdurrahman Kara, ketika berusia 47 tahun.
Anak perempuannya, Oner, 42, berkata ibu dan bapanya cedera dalam tragedi rempuhan itu dan bapanya dibawa ke hospital tanpa mengetahui nasib ibunya.

Menurut Euro News, ketika tragedi rempuhan itu, pihak berkuasa Arab Saudi memanggil semua pekerja perbandaran untuk membantu kerja menyelamat dan seorang pemungut sampah dari Yaman dipercayai membawa Fahire pulang ke rumahnya selepas mendakwa dia mahu membawanya ke hospital.
Sebaliknya, Fahire dibawa ke sebuah rumah di Madinah dan dikurung sepanjang masa. Dia hanya dibenar keluar dari rumah ketika melahirkan tiga anak dengan ‘suami’ barunya itu.
Selepas keluar dari hospital, bapanya berusaha mencari ibunya selama beberapa hari namun gagal dengan pihak berkuasa Makkah menyatakan kemungkinan wanita itu terbunuh. Abdurrahman pulang ke Turki dan selepas sekian lama tiada berita mengenai isterinya, dia berkahwin lain.
Menurut Oner, selepas 26 tahun, kenalan keluarga itu yang menunaikan umrah mendakwa berjumpa dengan ibunya yang memberitahu dia mahu pulang ke Turki namun tidak boleh kerana ketiadaan pasport dan dokumen perjalanan lain.
“Kenalan kami memberitahu ibu menyatakan dia diculik pekerja perbandaran di Makkah.
“Ibu diseksa dan dikurung dalam rumah selama 10 tahun. Dia dipaksa berkahwin dengan lelaki itu, mungkin sebagai isteri kedua atau ketiga hingga melahirkan tiga anak,” katanya.
Menurut Oner, kenalan itu memberitahu terserempak dengan ibunya tiga atau empat bulan lalu, yang berniaga barangan cendera mata di sekitar Makkah dan Madinah dengan harapan dapat berjumpa sesiapa dari Turki yang mengenalinya.
“Kami merayu kepada Presiden (Recep Tayyip Erdogan) dan Perdana Menteri (Binali Yildrim) supaya membantu mencari ibu. Tolonglah bantu kami,” katanya.
Menurutnya, ibunya memberitahu sudah beberapa kali memohon kepada konsulat untuk pulang ke Turki namun gagal kerana kisahnya yang dianggap mengelirukan.
Kini, wanita itu terperangkap dengan undang-udang Arab Saudi kerana jika dia mahu meninggalkan Arab Saudi Fahire akan menghadapi dua situasi iaitu memfailkan dakwaan terhadap ‘suami’ barunya yang bermakna bapa kepada tiga anaknya itu akan dihukum bunuh manakala dia sendiri akan dihukum rejam dengan batu kerana berzina.
Menurut Euro News, usaha sedang dilakukan oleh pegawai kerajaan Turki untuk mencari penyelesaian yang membolehkan wanita itu pulang ke Turki tanpa memusnahkan keluarga barunya di Arab Saudi atau menjalani hukuman.




Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Februari 2017 @ 12:23 PM





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2017 09:46 AM | Show all posts
yg kesiannya dia plk bakap terhukum kerana zina.. hadoiii. tang sini dh xbrapa nmpk keadilan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 09:51 AM | Show all posts
So, neh ker gambaran ajaran yang sebenar dari Arabia? Sebelum kau hentam ai, how do you address this injustice terhadap wanita yang polosss nann lemahhh seperti weolssss nehhh??!
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 09:52 AM | Show all posts
Itulah hokom hokom arob saudik kebangaan ummah malaya! rejam dan hokom panchong!
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 09:55 AM | Show all posts
melayu sunni ajer yg pandang tinggi kat arab2 gila ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 09:57 AM | Show all posts
Bedah.Cun replied at 16-2-2017 01:51 AM
So, neh ker gambaran ajaran yang sebenar dari Arabia? Sebelum kau hentam ai, how do you address this ...

Kalau saya yang buat undang undang Arab saudik semua wanita tidak perlu menotop rambut tapi setiap wanita diwajibkan membotakan kepala supaya semua lelaki tidak stim lagi melihat perempuan!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2017 09:58 AM | Show all posts
Hukum pancung jantan babi tue dah lar. Yang pempuan tue kena paksa. Kau hengat orang suka2 nak meromen dengan orang. Kalau taste takpe lar, neh entah2 muka macam taik unta. Kalau kat sineh babi penculik tue mesti dah ade dua tiga charge dah termasuk charge merogol bini orang
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
jahcomel replied at 16-2-2017 09:43 AM
Jemaah wanita diculik kini ada dua suami



Kejam nya undang2 islamiyah saudi. Tiada peri kemanusiaan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2017 10:06 AM | Show all posts
kasihan perempuan tu.. bukan dia mintak kena culik pun..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila nak wat undang2 gini kat kelate...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:09 AM | Show all posts
Lagi satu ai tak paham, this woman is not a Saudi citizen. Means dia dipaksa duduk secara haram kat negara orang tue. Bukan sebab dia rela nak masuk snirik. Die pegi atas visa pilgrimage jer kat tempat tue. So, how jurisdiction bodoh Saudi handle the case? She was raped and die tak penah bercerai dengan laki asal dia pun. Kalau dia jadi second wife of this bastard, then die kawin secara legal ikut undang2 and adat tempatan ker? Ker dia jadi macam harta rampasan perang Arab tue? Turkish government patut ban jer pilgrim ke Saudi Arabia. Better kau pilgrim jer kat keramat tempatan kau. Neh haa macam weols hader keramat kat Johor tue. Buat pening2 jer membazir duit pegi beribadat nak buat baik di Arabia pastu kena punish pulak. So stupiddd haaa
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:13 AM | Show all posts
kejamnye undang2 arab
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:54 AM | Show all posts
sepatutnya dia x leh di cas berzina, bukan kerelaan dia kot!
Kini, wanita itu terperangkap dengan undang-udang Arab Saudi kerana jika dia mahu meninggalkan Arab Saudi Fahire akan menghadapi dua situasi iaitu memfailkan dakwaan terhadap ‘suami’ barunya yang bermakna bapa kepada tiga anaknya itu akan dihukum bunuh manakala dia sendiri akan dihukum rejam dengan batu kerana berzina.
Menurut Euro News, usaha sedang dilakukan oleh pegawai kerajaan Turki untuk mencari penyelesaian yang membolehkan wanita itu pulang ke Turki tanpa memusnahkan keluarga barunya di Arab Saudi atau menjalani hukuman.
better siasat kes ni sebaik2nya. jgn kerana nk hukum mbabi buta, org cop islam ni ganas pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 16-2-2017 11:04 AM

Susah nk ckp..

Bila ckp lebih2...nnti ada yg ckp Saudi tu bukan undang2 Islamic..tu arab punya undang2...

Sedangkan hakikatnya Saudi tu pusat islam..mekah kan kt situ..alim ulama sumer bkuntum situ...

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 11:09 AM | Show all posts
gi haji umur 47...pastu dicluik dan lahuirkan 3 anak..mengandung umo 50 ke??..wow!!!





Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 16-2-2017 09:57 AM
Kalau saya yang buat undang undang Arab saudik semua wanita tidak perlu menotop rambut tapi setiap ...

Ko lagi kejam..
Kenapa nak hodohkan perempuan semata2 nak kekang nafsu kuda korang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2017 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah moga m cik ni dapat pembelaan sewajarnya...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa jadi ngan yamani xguna tu..harap dia dah mati ketulahan..gila punya orang mains eauka hati culik orang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-2-2017 11:43 AM | Show all posts
bangsa ereb ni mmg bangsatksian makcik nih tpaksa lahirkn benih manusia x guna...sdgkn dia mnderita nk balik jupe somi n anak2 dia...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 11:48 AM | Show all posts
haaaaa sikit sikit terbongkar

so x gilakan tuduhan  bahawa tragedi rempuhan haji dua tahun lalu pun sama
tu pun masih ada mangsa mangsa yang dikategorikan hilang terutama dari negara2 tak signifikan .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.066553 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list