CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3084|Reply: 0

TAJAAN PENUH UNTUK MELANJUTKAN PELJARAN KE PERINGKAT DIPLOMA JURUSAN AUTOMOTIF

[Copy link]
Post time 16-2-2017 04:56 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Emzee at 16-2-2017 06:18 PM

Mungkin anda lebih cenderung kearah kemahiran berbanding akademik . Itu tak bermakna bahawa anda itu tiada masa depan, mungkin anda menyukai sesuatu pembelajaran secara praktikal.
Untuk pengetahuan anda Mazda kini sedang menjalankan sebuah program yang dinamakan Body & Paint (BPP), mereka mahukan remaja berkelulusan sekurang-kurangnya PT3 atau PMR untuk menyertainya. . Lebih menarik ini, program BPP akan ditaja sepenuhnya oleh Bermaz Motor Group dan pada masa yang sama anda akan mendapat elaun bulanan. Ketahui segala kelebihan jika anda menyertai program ini

Jika anda mempunyai sikap positif dan bersemangat tinggi untuk belajar, anda layak untuk Body & Paint Program (BPP) ini. Calon-calon haruslah berumur dari 16 hingga 20 tahun dan minat kepada dunia automotif. Calon dari kolej Vokasional, Kolej Komuniti  & IKM juga digalakkan untuk menyertainya.
Program BPP ini akan dijalankan selama 18 bulan, sepanjang program tersebut, tahun pertama, peserta akan menjalani sesi kuliah dan latihan. Pada tahun kedua pula, semua peserta akan didedahkan dengan latihan sepenuhnya bagi asah kemahiran. Peserta bakal dilatih menggunakan teknologi terbaru dari Mazda bagi menjalankan tugas tenaga kerja teknikal secara profesional

Makanan Tengah Hari Disediakan
Mazda sangat mementingkan kebajikan peserta program ini. Mereka telah bersetuju untuk menyediakan makanan tengah hari kepada pelajarnya.

RM 500 Elaun Bulanan Untuk Tahun Pertama
Kesemua pelajar akan diperuntukkan sejumlah RM 500 sebagai elaun bulanan bagi tahun pertama. Bagaimanapun,  ia akan meningkat pada tahun kedua pula. Selain itu, pelajar akan diberikan perlindungan perubatan dan insurans oleh pihak Mazda.

RM 600 Elaun Bulanan Bagi Tahun Kedua
Pada tahun kedua, jumlah elaun akan semakin meningkat kepada RM 600, pada tahun kedua, pelajar akan didedahkan dengan latihan mengendalikan sesebuah tugas secara praktikal.

Selepas tamat pengajian, anda akan mendapat salah satu pengiktirafan yang diberikan oleh Bermaz Motor Group jika program ini diselesaikan sepanjang 18 bulan. Terdapat dua jenis pengiktirafan yang akan diberikan.

Pengiktirafan
UNTUK BACAAN LANJUT KLIK SINI

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.073277 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list