View: 3961|Reply: 16
|
Susu Zirafah Jauh Lebih Berkhasiat Dari Susu Lembu, Biar Betul?
[Copy link]
|
|
Selalu kita dengar minum susu baik untuk kesihatan. Tak kira la susu lembu atau kambing, masing-masing ada khasiat dan kelebihan tersendiri. Tapi, pernah tak anda terfikir nak minum susu zirafah?
Foto: Live Science
Menurut portal Metro.uk, sekumpulan penyelidik memerah susu zirafah selepas diberi pelali bagi mengkaji apa yang terkandung dalam susu haiwan berkenaan, pada tahun 1962.
Hasil kajian menemui susu zirafahmengandungi 12.5 peratus lemak, 3.5 peratus lebih tinggi dari kandungan lemak dalam susu lembu!
Foto: Medical News Today
Bagaimanapun, susu zirafah mengandungi jumlah Vitamin B, B1, dan B6 yang sama dengan susu lembu, namun kandungan Vitamin A dan B12 jauh lebih tinggi dari susu lembu.
Dalam erti kata lain, jika kandungan lemaknya dapat dikurangkan, susu zirafah akan menjadi lebih berkhasiat berbanding susu lembu yang kebiasaannya diambil bersama bijirin ketika bersarapan.
Universiti Tufts dalam sebuah kajiannya mendapati mereka yang mengamalkan pengambilan lemak tenusu mempunyai risiko diserang diabetes 46 peratus lebih rendah. Wah, bagus tu! Namun, sayangnya tiada siapa berani menjalankan perniagaan dengan produk tenusu zirafah.
Foto: www.packagingoftheworld.com
Kenapa kebanyakan produk tenusu berasal dari lembu?
Ini kerana deria manusia tak dapat terima susu dari haiwan mamalia lain. Susu kambing pun tak ramai yang mampu 'telan', inikan pula susu zirafah. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
omg apa rasa agakanya. bau zirafah lah kot kan haha |
|
|
|
|
|
|
|
Ha lepas ni boleh la bukak ladang susu zirapah |
|
|
|
|
|
|
|
please sapa nak bukak ladang zirafah...sila pm saya....
saya supply zirafah dari belom baligh ke mak pak zirafah....kehkehkeh |
|
|
|
|
|
|
|
Kita mmg da ada lah susu zirafah ni. Korg x igt ke susu grow yg maskot dia zirafah tu. Google sndiri hahah |
|
|
|
|
|
|
|
Comellah kotak susu zirafah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
selama hidup aku tak penah lagi tngok zirafah |
|
|
|
|
|
|
|
Moga tinggi renjong cam zirafah |
|
|
|
|
|
|
|
mesti lega lembu dengar...boleh past tugas kat zirafah plak |
|
|
|
|
|
|
|
rasa pelik x? |
|
|
|
|
|
|
|
Hihihi,apa rasa susu zirafah tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kwangsoo pny femili |
|
|
|
|
|
|
|
kih3..susu zirafah...tagline xmenahan tu..Tasty milk giteww.. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana agaknya rasa susu zirafah |
|
|
|
|
|
|
| |
|