CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] Yayasan anak yatim saman Jamil Khir, Yapeim RM20 juta. #54 Yapiem nafi disaman.

[Copy link]
Post time 17-2-2017 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Godless replied at 17-2-2017 02:35 AM
alien?

Ntahla cong.. makhluk mn ntah..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2017 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 16-2-2017 11:31 PM
makhluk berdarah halal atau haram?

Makhluk berbulu bang abuk...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
sebaik baik nya lah dibawa ke mahkamah dan didedahkan jika betul terdapat unsur unsur penyelewengan.ini lah peluang terbaik utk yapein membela diri jika betul ia dipihak yg benar. hak ummah utk dapatkan kebenaran bukan hanya bersandarkan spekulasi dan tokmahan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Mahkamah pun bakul sampahkan je saman jamil khir kt akmal aritu...tohmahan la sangattt
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 09:32 AM | Show all posts
bagus jgk dulu ade mamat mental baling batu kt umah si jamil ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 09:53 AM | Show all posts
noell replied at 16-2-2017 09:11 PM
duit zakat la apa lagi...asnaf fakir katanyer

Tabley... dulu dah penah kantoi.

Patut tanya... "Jib, hang duit belen aritu ada lagi tak? Nak pinjam sket."
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2017 09:56 AM | Show all posts
nampaknya kes ni lebih berat dari kes annuar musa guna duit unikl

lebih dasat
lebih kebabom


#selangkah ke neraka

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 09:56 AM | Show all posts
nampaknya kes ni lebih berat dari kes annuar musa guna duit unikl

lebih dasat
lebih kebabom


#selangkah ke neraka

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2017 09:59 AM | Show all posts
nak mencarut boleh dekat diorng ni boleh x???
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 10:11 AM | Show all posts
apa dah jadi bang jamil oiiii..dlu time jd penceramah forum perdana aku suka tengok dia..sekarang nur pun xnmpk kt muka dia..

simpan dlm TH angpa guna, Yapeim pun guna..mana la org nk percaya kt angpa..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 10:29 AM | Show all posts
lolita737 replied at 17-2-2017 10:11 AM
apa dah jadi bang jamil oiiii..dlu time jd penceramah forum perdana aku suka tengok dia..sekarang nu ...

hahaha,, aku ngn nenek aku dulu pun suka tgk dia bg ceramah dlm forum perdana tu sb dia dulu ustaz dlm tentera kan kalo tak silap. tup2 dh jadi menteri atas kelayakan apa pun taktau.

why bang jamil why??
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 10:40 AM | Show all posts
ker kejap aja ni... satgi tup2 x jadi saman...
close case gitu...
hahahhaa...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 11:05 AM | Show all posts
makan Garret Popcorn (sebab sama dia juta2 kan...)
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 11:45 AM | Show all posts
Yapeim nafi disaman RM20 juta


KUALA LUMPUR 16 Feb.— Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) menafikan laporan portal berita propembangkang, Malaysiakini hari ini yang mendakwa yayasan tersebut dan tujuh lagi individu termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah disaman sebanyak RM20 juta.


Ketua Pengarahnya, Datuk Abibullah Samsudin berkata, pihaknya tidak menerima sebarang notis saman daripada dua bekas Pengarah Yayasan Pembangunan Anak Yatim / Miskin (Pemangkin), Mohd. Yusoff A. Bakar dan Ahmad Fadzil Hashim setakat pukul 7 malam ini.

“Namun, Pemangkin sebenarnya telah menyaman kedua-dua individu tersebut pada 29 November yang lalu dan mendapatkan perintah injuksi bagi membekukan kesemua akaun bank mereka bagi melindungi harta, aset-aset serta kepentingan yayasan.

“Malah, pada 23 Januari lalu, Mahkamah Tinggi telah memberi kebenaran untuk memulakan prosiding terhadap mereka di atas keingkaran kerana tidak mematuhi perintah mahkamah yang mengarahkan supaya mereka menyatakan aset-aset kepunyaan masing-masing dan Pemangkin,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Abibullah menambah, memandangkan writ saman tersebut masih belum diterima, pihaknya tidak mengetahui alasan di sebalik tindakan pendakwaan terhadap Yapeim.

Beliau juga berharap writ saman tersebut diserahkan serta-merta dan percaya sistem kehakiman negara akan menegakkan keadilan sekali gus membersihkan nama Yapeim di mahkamah secepat mungkin.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
me_xy82 replied at 17-2-2017 09:59 AM
nak mencarut boleh dekat diorng ni boleh x???

Jom..jom..mencarut berjemaah.... :  :  :  :  :
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Nyahkan je menteri yg tak amanah. Baik juga dah berhenti buat potongan utk yapeim. Nampak duit terus kelabu Mata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2017 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysiakini melaporkan bahawa DS Jamil dan 6 lagi di saman oleh Mohd Yusoff A Bakar dan Ahmad Fazil sebanyak RM 20 juta.

Walhal yg Yapeim terlebih dahulu menyaman 2 individu ini.  

Besok adalah keputusan mahkamah utk dua individu ini yg boleh mengheret mereka ke penjara.  

Lucunya, apabila MK melaporkan tetapi YaPIEM masih tidak menerima saman tersebut.

...

Apa kisah yg sebenar?

1.  Pemangkin adalah anak syarikat kepada YaPEIM. Pemangkin menjalankan aktiviti2 apa yg YaPEIM lakukan. Memandangkan aktiviti2 ini overlaping, maka YaPEIM "memansuhkan" Pemangkin.

2.  Dengan pemansuhan Pemangkin, YaPEIM dapat menjimatkan RM 5 - 6 juta setahun.  Pemangkin hanya menerima dana dari YaPEIM. Tidak menjanakan pendapatan. Ini merupakan ketirisan yang tidak patut berlaku.  

3.  BOD bagi pemangkin ada 5 orang. Dua daripada adalah Mohd Yusoff dan Ahmad Fazil. Mereka berdua tidak bersetuju dengan pemansuhan Pemangkin. Maka, mereka berdua mengeluarkan RM 2.5 juta dari simpanan Pemangkin tanpa pengetahuan 3 lagi BOD Pemangkin.

4.  Justeru, YaPEIM mengambil injuksi mahkamah agar segala akaun mereka dibekukan.

5.  Esok merupakan keputusan mahkamah. Mereka dapat hidu keputusan mahkamah. Maka timbulah cerita kononnya nak saman DS Jamil dan YaPEIM. Malangnya, surat saman tak sampai. Mungkin waze rosak.

6. Persoalan: Kenapa MK spin tajuk hingga mengheret orang ramai memaki DS Jamil Khir?

7. Sebabnya - lusa DS Jamil akan hadir keperhimpunan RUU355. Serangan persepsi menjadi senjata lidah mereka (MK).

Begitulah bagaimana mereka nak menjatuhkan institusi Islam di Malaysia yg mana mereka ini diketuai oleh Rabiji.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 04:30 PM | Show all posts
Yapeim sedia bersihkan nama di mahkamah

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) memohon writ saman terhadapnya berkaitan dakwaan penyalahgunaan dana Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (PEMANGKIN) diserahkan segera.

Ketua Pengarah Yapeim Datuk Abdullah Samsudin berkata, setakat jam 7 petang semalam, saman tersebut tidak lagi diserahkan kepada mana-mana pihak.

“Memandangkan setakat ini pihak kami masih belum diserahkan dengan writ saman tersebut, kami tidak mengetahui apakah kausa tindakan terhadap kami dan memohon agar ia dapat diserahkan dengan serta-merta bagi membolehkan membersihkan nama kami di mahkamah dengan secepat mungkin,” kata Abdullah.

“Kami juga mempunyai keyakinan penuh dengan sistem kehakiman negara serta percaya keadilan sentiasa ditegakkan.”

Malaysiakini semalam melaporkan Yapeim, menteri agama Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan enam pihak lagi disaman RM20 juta oleh dua pengasas PEMANGKIN Mohd Yusoff A Bakar dan Ahmad Fazli Hashim.

Plaintif mendakwa Yapeim menggunakan dana PEMANGKIN untuk menaja program Jamil ke Eropah, Amerika Syarikat dan program-program Yapeim di Ausralia.

Defendan lain yang dinamakan adalah anggota lembaga pemegang amanah PEMANGKIN Shahlan Ismail, Mohd Yusof Abd Rahman, Mokhtar Abd Razak, ketua pengarah Yapeim yang juga ketua pegawai eksekutif Abibullah Samsudin, pengarah undang-undang Yapeim Sharina Ramli dan bekas setiausaha syarikat itu Normala Embi.

Plaintif mendakwa Yapein dan defendan-defendan bertindak bersama untuk menjadikan PEMANGKIN tidak aktif, digulung secara rahsia tanpa memaklumkan atau dibincangkan dengan pengasas-pengasasnya.

Mereka juga mendakwa terhadap usaha menutup kelemahan, salah laku dan salah tadbir oleh sesetengah defendan seperti laporan media berkaitan PEMANGKIN.

Sementara itu, Abdullah juga mengingatkan bahawa PEMANGKIN lebih dahulu menyaman Mohd Yusoff dan Ahmad Fazil pada 29 November tahun lalu dan perintah injunksi bagi membekukan kesemua akaun bank mereka telah diperoleh.

Ia, katanya, bagi melindungi dan memelihara harta, aset-aset serta kepentingan PEMANGKIN.

Abdullah juga berkata Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 23 Januari lalu telah memberikan kebenaran memulakan prosiding mengkomitkan ke penjara terhadap Mohd Yusoff dan Ahmad Fazil atas keingkaran terhadap perintah menyatakan aset mereka dan pemangkin.

Tahun lalu NGO yang diasaskan oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat (NOW), mendakwa Jamil menggunakan dana PEMANGKIN untuk bermain golf dan membeli-belah.

Jamil menyaman pengarahnya Akmal Nasir, tetapi ini kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
bioessence replied at 17-2-2017 02:02 PM
Malaysiakini melaporkan bahawa DS Jamil dan 6 lagi di saman oleh Mohd Yusoff A Bakar dan Ahmad Fazil ...

Menarik. Kita tungguuuu
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by R2D2 at 17-2-2017 07:04 PM

Bab saman satu hal
Bab program YAPEIM di luar negara tu jgn lupa bagi penjelasan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.119660 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list