CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1740|Reply: 24

[Tempatan] FGV tak pernah rugi, cuma untung kadang-kadang tak besar, kata Isa

[Copy link]
Post time 16-2-2017 05:49 PM | Show all posts |Read mode
Isa: FGV tak pernah rugi, cuma untung kadang-kadang tak besar

http://www.malaysiakini.com/news/372701

Hari ini, 4:30 petang      Hari ini, 4:38 petang




Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) menjangka mencatatkan perolehan lebih baik tahun ini susulan peningkatan harga minyak sawit mentah serta program tanam semulanya yang mula mengeluarkan hasil, kata Pengerusinya Tan Sri Isa Abdul Samad.

"Kita punya jangkaan tahun 2017 dan 2018 perolehan FGV akan lebih baik. Pertama kerana harga sawit nampak begitu baik, kedua penanaman semula kita yang bermula pada 2012 dan 2013 dengan jumlah 15,000 hektar setahun sudah mula mengeluarkan hasil," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Ramah Mesra di Kampung Stoh, Lundu, dekat Kuching hari ini.

Mengulas lanjut mengenai perolehan tahunan FGV, Isa berkata, sejak ditubuhkan pada 2012 syarikat itu tidak pernah rugi cuma keuntungannya kadang-kadang tidak besar.




"Ini disebabkan pendapatan kita hampir 80 peratus daripada perladangan dan 20 peratus daripada aktiviti hiliran.

"Jadi perladangan seperti ini kita sedia maklum harga komoditi sentiasa turun naik dan kita juga kadang-kadang menerima bencana alam seperti tahun lalu sedikit banjir, dicampur El Nino yang semuanya meninggalkan kesan kepada pencapaian kita," katanya.

Mengenai prestasi FGV di Sarawak, beliau berkata ketika ini syarikat itu memiliki dua ladang di Sampadi, Lundu dan di Miri, masing-masing dengan keluasan 7,000 hektar dan 12,000 hektar.

Mengulas pertikaian tanah seluas 1,000 hektar yang dituntut kembali oleh masyarakat sekitar di Sampadi, Isa berkata, beliau sudah dimaklumkan oleh Pengarah Tanah Felda mengenai penyelesaian yang akan diambil.

"Semalam kita telah adakan perbincangan, perbincangan itu akan dibawa ke Lembaga Felda. Kita (FGV) akan terima apa saja keputusan Lembaga Felda yang ditimbulkan untuk selesaikan masalah ini (dengan masyarakat tempatan)," katanya.

- Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2017 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
4.3 billion duit IPO FGV mana wahai Isa
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Isa ni kalau cakap x nak kalah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tan Sri Isa....we know wat u did last summer...ehh salah.. We know what you did in Nilai

So skill Tan Sri di Nilai tu re apply la yer kat Felda...hehehehe...

Soklan tambahan....baper masyukk Tan Sri bersempena taking over hotel One Borneo, KK jadik Hotel Felda las couple of years?? Bayar zakat tak duit masyukk tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap tuan tuan bersabar 30 tahun lagi baru ada siasatan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2017 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Biase gemok ketot mcm ni jahat2 mcm kim jong un,jho low, isa samad pun skali la kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia baru bgn tido ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2017 07:07 PM | Show all posts
Amacam Siti Aiysah boleh bunuh Kim Jong kat KLIA ....???
WHY only Kim Jong........???????
(Soalan yang ada maksud tersirat tak berani nak jelas)
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 07:10 PM | Show all posts
kadang2?? bilatu untung besar time mula mula listed kan kankan kan?
yang ko dpt byk saham percuma....out of thin air...wargan felda dpt berapa ratus unit je hutang bank lagi...skrg menanggung .


apa kebaikan FGV sebenarnya? dah berapa tahun xda kan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 07:13 PM | Show all posts
Edited by cabalero at 16-2-2017 07:15 PM

tak pernah rugi kepala atok dia


http://www.thesundaily.my/news/2070216

http://www.theedgemarkets.com/my ... lleged-turkey-fraud


Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 07:13 PM | Show all posts
ARKIB : 27/06/2013
FGV yakin prospek 2013

KUALA LUMPUR 26 Jun - Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) agak yakin dengan prospek separuh kedua 2013, dan menjangkakan harga-harga minyak sawit mentah (MSM) akan berlegar antara RM2,400 dan RM2,800 setan metrik dalam tempoh itu.

Presiden FGV Group, Tan Sri Sabri Ahmad berkata, permintaan yang baik untuk komoditi bagi bulan Ramadan akan datang akan merancakkan pasaran MSM.

FGV, pengendali perladangan minyak sawit ketiga terbesar di dunia berdasarkan kepada keluasan hektar yang ditanami itu, mempunyai 350,000 hektar perladangan kelapa sawit di Malaysia dan menghasilkan 5.2 juta tan metrik tandan buah segar pada 2012.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... -2013#ixzz4YuNxvptL
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ale utooooo
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
kat mahsyar nnt jgn haraplah ko boleh bg jawapan ni masa ko dipersoalkan atas segala amanah yg dipertggjwbkan kat ko sebab time tu mulut dah terkunci & tangan serta kaki yg akan bongkarkan sgala penyelewengan yg dah dilakukan

"Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan" Surah YaSin ayat 65
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:09 PM | Show all posts
Sayang benor Najib dengan Isa neh. Apa dia penah buat pun taktau laa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 16-2-2017 10:09 PM
Sayang benor Najib dengan Isa neh. Apa dia penah buat pun taktau laa.

..Podeksen... Podeksen    
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2017 11:06 PM | Show all posts
Liat giler orang tua neh.
Kalau orang lain dah lama kena humban keluar dah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 11:18 PM | Show all posts
"Mengulas lanjut mengenai perolehan tahunan FGV, Isa berkata, sejak ditubuhkan pada 2012 syarikat itu tidak pernah rugi cuma keuntungannya kadang-kadang tidak besar."

Tak pernah rugi? Like seriously? Pakcik ni ingat rakyat Malaysia ni bangsat sangat ke minda dia. Mungkin acik-acik yang terinspirasi dgn quote nak parking kereta dekat valet je yg percaya dgn statement pakcik ni!
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 08:21 AM | Show all posts
syarikat itu tidak pernah rugi
k..................


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 08:49 AM | Show all posts
orang tak belajar tinggi pun boleh cakap cam tu...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.084628 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list