Tengku Ian Uzzam, seorang putera raja yang membesar dan menetap di luar negara, akhirnya pulang ke Malaysia for good. Tapi kepulangannya ada tujuan. Tengku Ian pulang membawa sebuah misi yang telah diamanatkan oleh ayahnya Tengku Ismadi. Misi untuk mencari dan menyelamatkan Nura Medina.
Siapa Nura Medina? Beliau adalah pelajar fisioterapi, anak kepada Tan Sri Azizan. Medina tinggal bersama ibu tiri Puan Sri Mawar, isteri kedua ayahnya, dan juga bersama kakak tirinya Puteri Emallyn, anak Mawar hasil dari perkahwinannya yang pertama. Medina dilayan dengan begitu kasar sekali oleh Mawar, sehinggakan diperlakukan seperti orang gaji. Medina dan Puteri tak pernah sebulu. Akibatnya Medina berkawan rapat dengan Zuyyin, anak pembantu rumah, Mak Mun.
Di Malaysia, Tengku Ian berjumpa semula dengan adik angkatnya Farizzam dan Nurul Ayana, ibu Farizzam, seorang ibu tunggal. Ian dan Izam berkawan sejak dari kecil, seperti adik beradik kembar.
Pertemuan pertama Ian dan Medina berlaku tanpa sengaja. Tapi bermula dari saat itu, Tengku Ian sudah mula jatuh hati pada gadis yang perlu dia selamatkannya ini.
Apakah sejarah silam Farizzam, macam mana dia boleh jadi adik angkat Tengku Ian? Apakah misi sebenar Tengku Ian? Kenapa dia perlu selamatkan Medina? Boleh kah Ian menjadi hero kepada cinderellanya?
Sama-sama kita tontoni Hero Seorang Cinderella, setiap hari Isnin hinggan Khamis pada jam 10 malam, dia saluran Astro Ria dan Ria HD.
PARA PELAKON
Hero Seorang Cinderella dibintangi oleh pelakon-pelakon ”Ensemble” yang terdiri dari:
Author|Post time 16-2-2017 06:47 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Loginlogoff replied at 16-2-2017 06:39 PM
tania hudson..lembut lembut manja n boyish sket..
mane tahu tercinlok dgn FA mcm yg hajah cana ...
Menarik cadangan tu. Tania pernah digossipkan menjadi "orang ketiga" antara Fattah dan Lofa tahun lepas. Tania is Fattah's co-star dalam filem KL Special Force.
Kalau cari yang rendah, takut tak matching pulak? Fattah ni 6-ft tall tingginya.
Macam cerita SHMP tahun lepas, Lofa terpaksa pakai kasut macam platform tingginya just to match dengan Fattah's height.