CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2844|Reply: 34

[Tempatan] Pakar, konsultan dirayu jangan selalu buli doktor pelatih

[Copy link]
Post time 17-2-2017 11:50 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Menjadi pemegang peranan paling bawah biasanya menyukarkan, dan sesetengah doktor pelatih berkata mereka boleh tangani keadaan itu, tetapi tidak tahan bila terus “dibelasah” pegawai atasan mereka.

“Majoriti daripada mereka memang merendahkan kami. Mereka biasanya menjatuhkan maruah kami pada kebanyakan hari, dan paling teruk ialah bila pakar dan konsultan membandingkan anda dengan pelatih pada zaman mereka,” kata seorang doktor pelatih kepada FMT.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa, doktor pelatih menjadi kakitangan kerajaan yang paling banyak diberhentikan.

Ali berkata pelatih dipecat kerana ponteng kerja akibat tidak tahan dengan tekanan berkhidmat di hospital kerajaan dan ada hilang sehingga 400 hari pada satu-satu masa.

Doktor pelatih itu berkata tekanan dialaminya bersama rakan pelatih lain bukan saja kerana dihina daripada penyelia atasan mereka tetapi juga daripada jangkaan yang pelatih perlu berfungsi sama seperti doktor sebenar sebaik saja bertugas.

“Pada hari pertama, ada sesuatu yang dipanggil ‘tagging’, iaitu anda belajar bekerja dengan bekerjasama dengan seseorang lebih senior.

“Di sesetengah tempat anda dipantau, tetapi ada tempat lain anda diharap berfungsi, bekerja dan masih kepada lapor kepada penyelia.

“Kita bercakap tentang hari pertama, dan bila saya kata berfungsi, ia bermakna anda boleh memberikan diagnosis dan mengendalikan pesakit yang ditugaskan kepada anda. Anda perlu tahu bagaimana mengambil darah dan buat perkara lain yang diperlukan, termasuk memberi ubat,” katanya.

Bagaimanapun, seorang lagi doktor pelatih berkata dia tidak perlu membuat keputusan penting bagi menjaga kepentingan pesakit pada hari pertama ketika “tagging”.

“Pada saya, ‘tagging’ asasnya ialah mengikut pelatih senior di wad, tahu kawasan persekitaran dan apa yang sepatutnya anda buat selain mengubah diri menjadi pelatih yang berfungsi sepenuhnya.

“Anda diharapkan untuk belajar bekerja ketika masih ‘tagging’. Saya setuju yang ‘tagging’ menjadi latihan kepada pelatih, tetapi tidak ada latihan seragam atau ‘tagging’ di semua tempat,” katanya.

Katanya, dia tidak pernah berdepan masalah dengan senior, tetapi ada mendengar pengalaman ngeri pelatih lain.

“Pengalaman saya dengan senior agak ok. Tetapi saya ada dengar cerita di mana pelatih dimalukan oleh senior mereka di depan pesakit dan pelawat,” katanya.

Katanya, semua sedia maklum tekanan kerja dalam profesion itu.

“Doktor pelatih hanya perlu belajar tangani tekanan itu. Jadi doktor memang susah, dan jika anda bayangkan ia berjalan lancar, maknanya mental anda belum benar-benar bersedia,” katanya.

Katanya, dia berpendapat lebih bermanfaat jika doktor pelatih dilayan dengan rasa hormat yang lebih baik.

“Apa yang perlu berubah di Malaysia ialah hubungan hierarki antara doktor pelatih dan senior mereka. Saya rasa jika semua orang belajar untuk layan satu sama lain seperti rakan sekerja seperti di Barat, maka kita akan mempunyai suasana tempat kerja yang lebih baik,” katanya.

Menurut laman web Majlis Perubatan Malaysia, tugas doktor pelatih termasuk menguruskan kes dan menjalankan prosedur ringkas di bawah penyeliaan sewajarnya.

Doktor pelatih perlu mengambil dan memeriksa sejarah perubatan pesakit dan mengarahkan serta menjalankan siasatan, bekerja rapat dengan pasukan penjagaan kesihatan lain bagi memastikan pengurusan pesakit efektif, serta mengekalkan perkembangan positif rekod pesakit.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2017 12:07 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 17-2-2017 01:00 PM

my sister  dulu ada pengalaman kena baling files..but kena sabaq and part of the learning process.

tapi ini klau kat UK tak berlaku dah. consultants and junior okay je lepak je, walaupun stress tapi kalau ada kesalahan apa apa depa akan panggil dan make sure SHO or registrar double check .

tapi tengok juga kesalahan sebab tak tahu then kena tahu pi kursus ke ape ke.
atau  yg memangs alah laku - like pi mabuk masa administering  say? warfarin yups  masa nak thrombolysis ...so memang out lah doktor  tu...

tapi tang bab bab tak sure takut tanya ke - kat UK dpea bagi reassurance yg  : ask your senior colleague if you are not sure and to realise limitation you yg you tak sure, pi tanya.

it is okay.


yg i biase engar di UK.
kalau ada silap ke ape ke yg minor dan serious tapi bukan jenis salah laku like mabuk ye masa dok adminsietring warfarin -  depa panggil and reprimand nicely but seriously.tapi kalau dah mabuk dan pi presecribed warfarin tanpa kelulusan more senior colleague ni berlaku dan memamg doktor tu out yups ini tak dapat tidak salah - ini sangat bahaya dan memang doktor tu out.

tapi kalau bab tengking tengking atau marah marah depan pt atau depan lah tak buat dah.
depa panggil dalam bilik. that 's it.

cuma doktor tu i think akan ada registrar atau SHO double check.

i tatau kat masia camne la ni.

bully lagu mana?




Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 12:14 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 17-2-2017 12:22 PM

kat sini pesakit nyer family yg bully consultant  hahahah sampai tulisan sorang  consultant pun depa complaint
hahahahahahahahahaahahahah - u see? kekadang tak patut jugak no wtak pe dah computerised pun, so kat nhs sekarang ni paperless.

oh yeah they can and will complaint , i tengok kesian sangat nursses and doctors  tau..ni band 5 and 6 nurse ye.
maka banyaklah consulatnt  yg i kesian sangattau kena huloq borang soal selidik  kepuasan pelanggan/ pesakit kalau PAL system tu kata ada org complaint.


tu consultant nhs tu

hhahaahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 12:15 PM | Show all posts
Malaysia neh mengada2. Im not referring to pelatih doctors tapi kat pakar and consultants. Bajet bagus pegidaaah
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Xsemua senior dan boss tu takde hati perut. Ikut luck la kalau jumpa yg tak bagi can maki depan2 patient. Kalau yg suey lagi even senior punya nurse pun join kutuk sama. Sebab ade yg belum ada pengalaman dan takut2 lg dgn sistem kt msia ni esp yg graduate overseas so bila buat salah tu memang biasa kena la. Nk salahkan senior sepenuhnya pun xleh masing2 stress dan penat dengan kerja yg tak putus2 sampai 36 jam kalau time shift. Nk makan pun xde masa. So bila emosi tak stabil tu tak boleh buat ape la. Lain org lain cara handle stress. Tu belum masuk drama2 kat tempat kerja lagi tu cam kaki kipas boss dan sebagainya.
Dua2 pun kena belajar tahan. Junior belajar tahan stress dan senior kena belajar tahan maki.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Doktor pelatih yg komplen ni lah kat fb komen masa dia kecik2 mak pak cikgu kat sekolah hentam dia dengan rota, kayu beluti untuk menjadikan dia hari ini namun, akhirnya tersungkur di peringkat akhir
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2017 12:57 PM | Show all posts
budaya buli ni yang susah ni.......tak payah lah kita banding2 kan zaman kita dgn zaman adik2 anak2 kita.....memang lah lain....
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala...doctors pun sama yg junior eksyen nak mampus dgn nurses.tapi yg pakar memang baik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2017 02:01 PM | Show all posts
Edited by Simunggu at 17-2-2017 02:02 PM

mana mana jurusan pun sama...yg senior akan belasah yg junior...jurutera, lauyar pun sama...terutama yg senior tu ca nun ya alip...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
apa motif pakar & konsultan buli HO??? nk tahu ada daya keje yg kuat atau mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
apa motif pakar & konsultan buli HO??? nk tahu ada daya keje yg kuat atau mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 02:17 PM | Show all posts
sekurangnya..belajar untuk kuatkan semangat..kentalkan hati..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu doc pelatih Mo semua byk sgt melakukan kesalahan masa bekerja..depa bukan stress keje byk.tp stress melayan kerenah superior yg suka maki kalaunsalah tapi bukan nak mengajar betul2! Tak dinafikan ada consultant n pakar yg rajin ajar..tp boleh kira ngan jari kot. Tu belum lagi birokrasi punya hal
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 02:28 PM | Show all posts
penah tgk sendiri depan bijik mata..kat hosp ampang...bila time round....doc pakar dgn segerombolan doc pelatih...kasihan aku tgk part jerit2 dan memalukan doc pelatih..xkiralaaa depan patient ke apa....nak marah org pun kene laa ada adab juga..dah laa ganggu provasi patient pastu ko jatohkan air muka doc pelatih...manalaaa dorg x stress...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
doktor pelatih bodoh sombong memamg patut kena makilah, kena panda2 belajar sendiri bukan semua kena suap.belajar dah tinggi patut kena tahu..tapi tak tahu sebab tu kena maki...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 02:31 PM | Show all posts
Lebih kepada selalu kena marah tengking, layanan kurang professional, tunjuk ajar dgn berlagak. Tak rasa terma buli tu sesuai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2017 02:31 PM | Show all posts
doktor pelatih ni maksudnya houseman ke?
diorg ni yang kena tamatkan kontrak la bukan kena lucut jawatan. senget betul info
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
aku rasa istilah buli berlebihan di gunakan, padahal bukan buli itu untuk biasakan staf baru nak jadi doktor dapat hendel teknan kerja...tekanan kwrja memang berat..kalau tak buat macam tu..jadilah doktor sampah yg manjspa dan tak tahu apa apa..semua harap kat org. sama gak macam askar....askar dia org bagi traning kaw kaw ini bukan buli tapi sebhgian dari tugas.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Again
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 02:47 PM | Show all posts
semua tmpat kerja ada buli2. tpulang pd diri sndiri, kuat tak kuat
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.079868 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list